Tuesday, September 21, 2010
Ke mana haluan blogger pro BN?
Benar dan tidak salah memberi pandangan dan teguran tetapi wajarkah membuka pekung di dada di dalam masa yang semakin hampir kepada pilihanraya umum ke 13? Tidak pernah kedengaran dan jika ada pun bilangannya amat kecil di kalangan blogger pro pembangkang yang dengan secara terbuka menghentam dasar dan pimpinan mereka sebaliknya dewasa ini blogger pro BN amat gemar dan tanpa segan silu menghentam dasar dan pimpinan BN. Apabila ditanya pada mereka kenapa mereka membuat teguran ini, mereka akan mudah melenting dengan berkata 'benda tidak betul perlu ditegur'. Benar, apa yang diperkatakan mereka ini, tetapi adakah kita sedar bahawa teguran yang membuta tuli dengan kenyataan yang terbuka untuk tontonan umum di alam maya ini hanya menampakkan kelemahan yang ada pada diri kita. Jangan hanya kerana terlalu mengejar hits dan jumlah pembaca, kita sampai terlupa untuk menjaga asas perjuangan. Menghentam secara terbuka hanya akan mendatangkan kesan yang buruk kepada keputusan pilihanraya ke 13 nanti.
Pernahkan kita dengar di kalangan blogger pro pembangkang yang melabelkan pimpinan mereka dengan nama nama yang jelek? Biarpun pimpinan mereka membuat dasar dan kenyataan yang terkadang tidak langsung boleh diterima akal mereka akan tetap mempertahankan kenyataan ketua mereka. Itulah prinsip perjuangan yang seharusnya diguna pakai semula oleh blogger pro BN.
Jangan hanya bangga mendabik dada menggelarkan diri sebagai blogger pro BN sekiranya asas perjuangan dilupakan. Siapa yang menjadi kolonel perang dan siapa pula menjadi prebet prebet yang menerima arahan dari kolonel perang? Susah untuk berjaya di dalam perang sekiranya prebet prebet pun terlalu bijak memberi arahan dan pandangan dan mungkinkah di atas puncak gunung akan ada dua ekor harimau?Kalau adapun pastinya seekor akan mati bercakaran sesama sendiri dan yang ruginya adalah diri kita sendiri. Asasnya, kita cuma mahukan keputusan yang terbaik di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Segera sedar dan kita rapatkan saf..
Ikhlas dari sahabat marhaen...jebat...
Monday, September 20, 2010
Gila kuasa sebenarnya
Yang paling menarik adalah kisah pertembungan Azmin Ali dan Zaid Ibrahim. Azmin yang dah berhempas pulas sejak penubuhan PKR kini nak 'disondol' oleh pendatang baru di dalam PKR yang kalah di dalam pemilihan UMNO dan yang kalah di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor. Kalau dulu semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor, Zaid Ibrahim dikatakan mahu sangat berkhidmat untuk rakyat Hulu Selangor, rupanya khidmat Zaid Ibrahim sendiri tidak diperlukan sangat oleh ahli-ahli PKR bila ada yang secara terang menyatakan sokongan terhadap Azmin Ali.
Azmin Ali tidak punya banyak pilihan, dia kena menang dalam pemilihan ni. Kalau kalah, jawabnya tinggal bot lah Azmin. Dulu ada ura ura kata Azmin Ali orang yang sepatutnya jadi MB Selangor tapi dek kerana Anwar bercita cita nak ke Putrajaya, Azmin silap langkah. Di pilihanraya kecil Hulu Selangor, ada orang kata Azmin nakkan calon lain selain Zaid Ibrahim tapi sekali lagi pandangan Azmin ditolak ke tepi. Nasib kaulah Azmin.
Ada orang kata, Nuar Berahim mahu Azmin jadi Timbalan Presiden PKR tapi Nurul Izzah pula dikatakan membuat sokongan terbuka pada Zaid Ibrahim. Pandai anak beranak ni main wayang. Main selamat lah tu. Andaikata, Azmin menang maka Azmin akan terhutang budi pada Anwar dan kalau Zaid Ibrahim menang, maka Zaid Ibrahim akan terhutang budi pada Nurul Izzah. Yang pasti, siapa pun menang, Nuar Berahim dan family akan tetap menongkat kuasa di dalam PKR. Semua orang di dalam PKR akan merasakan yang mereka terhutang budi pada Nuar Berahim and family. Hebat percaturan anak beranak ni.
Mudah mudahan, Zaid Ibrahim tidak akan kalah di dalam pemilihan ni, kalau dia kalah rajuk Zaid sukar dipujuk. Silap silap boleh tinggalkan PKR. Risau juga kalau Zaid akan sertai mana mana parti yang bukan Melayu kerana Tok Guru yang alim pun dah kata yang dia tak bangga jadi Melayu.
Siapa yang kalah dalam pemilihan ni, boleh lupakan hasrat nak ke Putrajaya bersama Nuar Berahim pada tahun 4 juta Masihi.
Thursday, September 16, 2010
Ini baru betul

Ini bukan cubaan, ini betul betul. Nuar Berahim kencing satu Malaya kata nak tubuhkan kerajaan pada 16 September. Sampai sekarang bayang pun tak ada. Kain rentang yang puak Pakatan buat yang tertera perkataan 'menuju ke Putrajaya' pun dah naik reput agaknya. Takpelah, kepada puak Pakatan yang masih nak termakan dengan omongan kosong tu, simpanlah kain tu. Setidak-tidaknya boleh buat selimut tidur malam, buat lap air liur basi.
Berbeza benar dengan Perdana Menteri kita yang ketika ini berada di Sabah untuk merealisasikan Hari Malaysia. Tak perlu cakap banyak, terus buat dan inilah pemimpin yang kita mahukan. Cakap sikit tapi kerjanya tetap terlaksana.
Kepada puak Pakatan, bolehlah tulis dalam diari, sama ada nak tulis 16 September adalah Hari Malaysia ataupun Hari Dikencing Hidup Hidup.
Friday, September 10, 2010
Khutbah raya pun nak politik?Ikut suka lu lah labu
Berbalik pasal soal Hari Raya. Di Melaka, orang orang tua kata Hari Raya ni sebagai hari baik bulan baik. Jadi kalau dah hari baik bulan baik, seharusnya kita bercakap benda benda baik. Biasanya dalam khutbah Hari Raya, orang akan bercakap soal perpaduan sesama Islam dan betapa pentingnya ukhwah sesama umat Islam dipelihara selain dari tentang barakahnya bulan Ramadhan. Itulah yang selalunya disebut dan diingatkan.
Lain pula jadinya dalam khutbah Hari Raya di sebuah surau di Serambi Mekah hari ni. Aku tak kisah kalau nak puji kerajaan negeri tinggi melangit tapi bila sampai menyentuh tentang dasar dan keinginan kerajaan negeri Melaka, ini sudah lebih. Isunya tentang soal penubuhan sekolah untuk remaja hamil. Dikatakan dalam khutbah itu bahawa tindakan kerajaan negeri Melaka untuk menubuhkan sekolah itu lebih banyak mendatangkan mudarat kerana seolah olah menggalakkan remaja untuk terjerumus ke lembah maksiat. Itu pandangan dan aku tak mahu salahkan pandangan sesiapa. Tetapi yang aku ingin katakan di sini adalah tak perlulah sampai menyentuh perkara sebegini di dalam khutbah Hari Raya. Seharusnyalah, perbedaan ideologi politik di ketepikan semasa di dalam rumah ibadat tambahan pula di dalam suasana Hari Raya. Inilah susahnya kalau dah kemaruk politik dan gila kuasa. Apa nak buat kalau dah rasa diri akan ke syurga batas batas kemanusiaan pasti akan diketepikan.
Aku tak mahu terikut rentak apa yang berlaku di dalam khutbah itu tadi, justeru aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia baik dari UMNO, PAS dan PKR. DAP ada juga yang Islam ke?
Friday, September 3, 2010
Janji tinggal janji
Assalamu`alaikum warga Agendadaily,Saya seronok baca berita-berita yang dikeluarkan oleh Agendadaily terutama tentang apa yang berlaku di Selangor sejak dipegang pembangkang. Seronok membaca pembongkaran tentang janji-janji manis pembangkang yang 'cakap tak serupa bikin' dan berjaya mengabui mata rakyat termasuklah saya untuk mengundi mereka dalam PRU12 dulu. Ternyata kini mereka semua pakar main wayang semata-mata. Bercakap dan berjanji memang mudah, nak mengotakannya lain perkara.
Saya suka kalau Agendadaily membongkar pula cerita tentang rumah kuarters exco Selangor di Seksyen 7 yang dulunya jadi modal menghentam kerajaan BN. Saya masih ingatlah janji-janji mereka masih berkempen di padang permainan di Seksyen 7 Shah Alam untuk PRU12 dulu. Masa itu Hassan Ali berteriak sambil menuding ke arah rumah-rumah eksklusif banglo berkembar itu yang terletak berhampiran padang tempat berkempen dan kata, "Bila kita menang SAHAJA di Selangor ni, kita akan jual rumah-rumah itu dan duitnya kita gunakan untuk manfaat orang Selangor. Atau, kalau tidak jual, kita jadikannya rumah kebajikan!" Kata-kata Hassan Ali itu disambut tepuk sorak gemuruh pada hadirin semua.
Saya nak tahu, apa sudah jadi pada rumah-rumah itu sekarang? Saya duduk di seksyen 7 dan selalu lalu di hadapan rumah-rumah itu dan saya tak nampak pun janji-janji itu dikotakan. Keadaannya masih sama macam ketika BN memerintah Selangor dulu.
Saya sebagai rakyat Selangor mahu tahu apa yang telah dibuat oleh kerajaan Khalid Ibrahim terhadap rumah-rumah itu. Jangan buat tak tahu dengan janji-janji masa nak memancing hati rakyat pada tahun 2008 dulu. Sekarang sudah hampir penghujung 2010.
Imam Abdullah