Monday, January 9, 2012

Anwar kena mohon maaf pada Najib dan rakyat



Kalau sebelum ini riuh di sana sini Nuar Berahim berkata yang mahkamah dan apa jua sistem perundangan di Malaysia dikawal dan dikudakan UMNO khusunya Perdana Menteri keputusan mahkamah yang membebaskan Nuar semalam telah menerangkan segala-galanya.

Jika benarlah dakwaan Pakatan bahawa UMNO dan Barisan Nasional boleh mengkudakan mahkamah seperti mana PAS dikudakan DAP tentunya semalam Nuar Berahim sudah ke Sungai Buloh. Tanyalah kepada mana-mana individu yang pro kerajaan tentulah mereka mahukan Nuar 'melanjutkan pelajaran' ke Sungai Buloh. Tetapi keputusan semalam yang jelas memihak kepada Nuar menagih suatu penjelasan daripada Pakatan tentang dakwaan mereka berhubung pengawalan sistem perundangan negara oleh Barisan Nasional.

Pengumuman keputusan mahkamah jelas menampakkan semangat kedewasaan di kalangan penyokong kerajaan. Tidak ada sebarang bantahan yang melampau dan keterlaluan. Biarpun ada yang mengeluh dengan keputusan itu tetapi mereka menerima dengan dada yang lapang dan redha. Bayangkan sahaja jika keputusan semalam memenjarakan Nuar. Tentulah ianya akan mengundang 'malapetaka' yang sememangnya sudah boleh dijangka.

Kita hormati keputusan mahmakah dan terpulanglah kepada barisan pendakwaraya sama ada mahu menfailkan kes ke Mahkamah Rayuan atau tidak dan kita percaya kepada ketelusan sistem perundangan kita.

Sudah terlalu lama rasanya Nuar dan Pakatan mendakwa sistem perundangan dikawal oleh Barisan Nasional dan khusunya Perdana Menteri, justeru kita menagih Nuar memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri akan kelantangan dan dakwaan yang tidak berasas sama sekali.

2 comments:

  1. woit,
    lu ingat itu nuar nak minta sorry dengan najib ke, sorry le nampaknya. dia akan round satu malaysia hentam pm kerana rasa dah begitu hebat sekarang.

    ReplyDelete
  2. Apa pulak nuar nak minta maaf...sepatutnya semua yg tukang fitnah..lah..yg minta maaf termasuk dalam blog ni..ingat cepat-cepat minta maaf..dosa pemfitnah lagi dasyat..ingat..Allah Maha Mengetahui..

    ReplyDelete