Thursday, April 8, 2010

Hulu Selangor: Pengorbanan seorang pejuang wanita UMNO




Sahabat blogger herokecik.blogspot.com telah mengambil inisiatif untuk meninjau reaksi penerimaan ahli-ahli UMNO di Hulu Selangor berhubung isu calon Barisan Nasional di pilihanraya kecil Hulu Selangor seperti yang diumumkan Najib semalam.Melihat kepada gambar di atas aku menarik nafas sedikit lega kerana tampaknya semangat juang ahli-ahli UMNO tidak luntur dengan pengumuman itu.
Menurut sahabat blogger herokecik, bilik gerakan seperti gambar di atas itu telah dibangunkan oleh seorang wanita UMNO di Kampung Serigala di Hulu Bernam. Sebenarnya ruang yang digunakan untuk mendirikan bilik gerakan itu digunakan oleh wanita UMNO tersebut untuk menjalankan aktiviti perniagaan menjual kuih muih. Wanita itu telah mengambil keputusan untuk menutup sementara kedainya bagi membolehkan ruang itu digunakan sebagai bilik gerakan. Satu semangat juang yang harus kita contohi dan menjadi teladan kepada semua ahli-ahli UMNO.
Menurut rakan blogger herokecik lagi, walaupun secara peribadinya wanita itu sedikit terkilan dengan keputusan Najib tetapi beliau dan ahli-ahli UMNO di tempatnya tetap yakin dan percaya dengan keputusan Najib itu dan mereka pasti bahawa Najib telah memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan itu. Pada mereka, mereka akan tetap menyokong sepenuhnya keputusan Najib dan berikrar untuk membantu siapa juga calon yang akan diletakkan di pilihanraya kecil Hulu Selangor pada 25hb ni.
Mudah-mudahan semangat juang wanita ini akan kita jadikan contoh teladan dan akan terus berjuang untuk memenangkan Barisan Nasional.

2 comments:

  1. aku pon nak jadi macam dia la...

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan itu percakapan yang ikhlas..

    ReplyDelete