Sunday, April 4, 2010

Hulu Selangor : Masa terbaik untuk rakyat Hulu Selangor balik ke Barisan Nasional

Pilihanraya kecil Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25 April ni adalah masa dan medan terbaik untuk rakyat Hulu Selangor kembali kepada kerajaan Barisan Nasional. Mungkin dulu kerana terlalu mengikut emosi dan sekadar menzahirkan rasa tidak puas hati dengan pimpinan UMNO dan BN terdahulu, rakyat Hulu Selangor menzahirkan rasa tidak puas hati itu di atas kertas undi. Yang jelas, bukan kerana pimpinan Pakatan itu bagus dan bijak tetapi hanya kerana pengundi di Hulu Selangor melepaskan rasa tidak puas hati kepada Barisan Nasional. Itu cerita dulu, zaman dan masa telah berubah, Barisan Nasional kini berada di landasan yang betul dan kembali menakhoda zaman. Dengan kepimpinan Presiden baru Barisan Nasional dilihat kembali berada di landasan yang betul.

Banyak program yang bertujuan untuk mensejahterakan rakyat telah diatur. Dan slogan 1 Malaysia bukanlah hanya satu slogan politik sebaliknya telah diterjemahkan semata-mata hanya untuk kepentingan rakyat. Penstrukturan semula minyak contohnya telah ditangguhkan atau mungkin dibatalkan apabila kerajaan Barisan Nasional mengambil kira pandangan rakyat sebagai satu asas terpenting sebelum menjayakan sesuatu rancangan dan program. Jelas, UMNO dan Barisan Nasional dinobatkan sebagai kerajaan yang mendahulukan rakyat dan sesuai benarlah dinobatkan sebagai Juara Rakyat.

Selama 52 tahun, kita merdeka tidak ada pihak lain yang bertanggungjawab untuk memajukan Malaysia yang ada cuma kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Tradisi kejayaan ini haruslah kita pertahankan dan tidak mengambil risiko untuk mencuba suatu kerajaan yang baru kerana pertaruhan yang perlu kita ambil untuk percaturan ini terlalu tinggi iaitu masa depan negara. Tergamakkah kita mengambil risiko ini hanya kerana rasa kecewa dan marah yang terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan harga sebuah negara yang amat kita sayangi dan tidak ternilai harganya. Lebih dari itu, negara adalah maruah harga diri kita.

Kesetiaan kita sebagai rakyat amnya dan rakyat Hulu Selangor khasnya dilihat sebagai satu medan untuk menggambarkan betapa rakyat sayangkan apa yang telah kita bangunkan selama ini melalui suatu kerajaan terbaik iaitu UMNO dan Barisan Nasional. Ayuh, kepada rakyat Hulu Selangor kita kembali kepada asal dan berpeganglah kepada prinsip 'jangan kerana marahkan nyamuk kelambu hendak dibakar'. Biarlah kewarasan mendahului kemarahan kerana kemarahan itu hanyak mengikut telunjuk syaitan.

No comments:

Post a Comment