Monday, November 16, 2009

Bukti Azmin kaya raya




1. Rundingan malam tadi sukses! Informer telah menyerahkan dua salinan dokumen pemilikan saham Azmin dan Shamsidar serta keluarga yang bernilai hampir setengah juta RM. Semuanya jelas atas nama Azmin dan isterinya.

2. Salinan dokumen adalah pada tahun 1992. Ketika ini AnWAR adalah Menteri Kewangan dan sedang mendaki tangga TPM. Semasa menjadi Menteri Kewangan AnWAR juga adalah Pengerusi J/K Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan yang sekretariatnya ialah Badan Pencegah Rasuah (BPR). Apakah moral AnWAR sebagai ketua sedangkan pegawainya Azmin, Setiausaha Sulitnya MAMPU membeli saham bernilai hampir setengah juta RM.

3. Azmin ketika itu masih baru dalam perkhidmatan kerajaan dan gaji pegawai muda sepertinya ketika itu tidak melebihi RM2200. Sebagai penjawat awam, Azmin juga wajib mengisytiharkan harta yang dimiliknya. Adakah beliau berbuat demikian? Jika beliau berbuat demikian, adakah pemilikan saham bernilai jutaan RM ini diisytiharkan? (Difahamkan akan ada lagi pemilikan saham yg lain bernilai lebih dari ini).

4. Menurut sumber BPR, salahlaku Azmin berkaitan rasuah dan salahguna kuasa pernah diadukan kepada mereka. Namun aduan ini tidak kemana. Apakah AnWAR campurtangan menghalang siasatan ke atas Azmin? Apakah kes ini yang dimaksudkan? Kita tidak tahu, AnWAR dan Azmin perlu tampil menjelaskan keadaan!

5. Menurut informer, ada lagi pemilikan saham-saham atas nama Shamsidar jyang bernilai jutaan RM. TAktik apakah ini? Apakah ia sebagai proksi atau imbuhan? Dan menurut sumber itu lagi, beliau sudi untuk memberikan salinan dokumen yang dimaksudkan kepada blogmaster selepas ini. Pasti 'lakonan' AnWAR dan Azmin menafikan semakin menarik. Sama-sama kita nantikan salinan dokumen seterusnya.....


sumber dari x-pkr

2 comments:

  1. Apapun kesalahan tu dibuat oleh ahli UMNO (pada masa itu). Alah.. macam kira muallaflah. Masa tak peluk islam, boleh buat macam macam dosa (he..he.. masa tu UMNO lah katakan... tak takut hudud etc). Tapi skrg dah jadi PKR, bersekongkol plak dgn PAS, kena takut hudud... tak buat dah... ibarat muallaflah... Cuba kau cari kalau ada bukti seleweng masa dah dlm PKR ni????

    ReplyDelete
  2. Lagi satu aku nak tanya sikit, yang kau samakan TAKBIR dengan Take BEER tu tak hina islam ke?? Jatuh syahadah nanti, kalau jatuh syahadah tercerai isteri... takut kalau kau tak perasan...

    ReplyDelete