Monday, September 16, 2013

Najib jantan Najib Melayu!!!


Harimau mati meninggalkan belang.

Ching Peng mati meninggalkan abu..Itu abu pun Perdana Menteri Najib tak kasi bawa balik ke Malaysia. Sebab abu itu abu PENGKHIANAT dan bapak komunis. Semua orang tahu kecuali Mat Sabu.(ada sesiapa yang nak sponsor tiket kapalterbang untuk membolehkan Bang Mat memberikan penghormatan terakhir pada bapak komunis?)

Sejak dari Sabtu yang baru lalu, nampaknya Perdana Menteri Najib sudah menjadi benar-benar Melayu dan berani. Tidak lagi seperti dulu yang sering mengangguk apabila diasak. Tahniah buat Perdana Menteri Najib.

Menteri Zahid Hamidi dan seluruh jemaah Menteri sudah sepakat supaya abu pengkhianat dan bapak komunis Chin Peng tidak di bawa balik. Semua sudah jadi Melayu dan jantan. Eh! Ini kerajaan benar-benar kerajaan Melayu. Melayu jangan jadi pengkhianat dan memuja pengkhianat.!!!

Semua kita harus bersemangat kembali bahawa Perdana Menteri Najib telah membuktikan bahawa dia tidak lupa yang dia adalah Melayu dan dia adalah Perdana Menteri di sebuah negara yang majoritinya adalah Melayu..

Bangga bila punya Perdana Menteri yang namanya Melayu dan jiwanya juga Melayu..

Hidup Perdana Menteri Najib...!!!

Thursday, September 12, 2013

Spender dan kondom percuma diedarkan...


Rakyat Malaysia kalau boleh semua nak free..Terlalu manja..

Kenyataan itu bukan Jebat yang cakap tetapi diakui sendiri oleh jiran yang rakyatnya membenci kita bukan kerana apa tetapi kerana rahmat dan rezeki yang melimpah ruah di Malaysia.

Laman portal Indonesia Kompasiana menyatakan di dalam artikelnya bertarikh 28 Ogos bertajuk DARI KULIAH SAMPAI NIKAH PUN DIKREDIT jelas menggambarkan kepada kita betapa banyak negara yang begitu cemburu kepada rahmat dan rezeki yang ada di Malaysia.

Itu hakikat yang tidak dapat kita sangkal tetapi adakah sebagai rakyat Malaysia kita mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita melalui sebuah kerajaan yang mampu menggalas amanah dengan begitu baik?

Biarpun ada segelintir pimpinan pembangkang yang cuba merosakkan imej Malaysia di mata rakyat Indonesia tetapi hakikat dan kenyataan bahawa Malaysia terlalu unggul cukup dirasai dan dicemburui rakyat Indonesia.

Begitu banyak subsidi yang telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Pun begitu rakyat Malaysia masih tidak tahu untuk mengucapkan terima kasih bahkan ada pula di kalangan kita yang sengaja membuka pekung dan mereka reka cerita bahawa Malaysia sebuah negara yang kucar kacir pentadbirannya.

Jika negara luar pun mengakui kehebatan Malaysia adakah kita sebagai rakyat Malaysia sendiri masih mahu menidakkannya? Jika kita tidak mampu membantu menaikkan imej Malaysia maka janganlah pula kita sesekali menjadi perosak kepada apa yang telah kerajaan usahakan selama 56 tahun ini.

Malaysia ibu pertiwi dan anda jangan pula menjadi  ANAK YANG DERHAKA KEPADA IBU PERTIWINYA!!!!

Ikuti artikel yang dimaksudkan oleh portal Kompasiana  itu di blog sahabat blogger JUST READ DI SINI

Wednesday, September 11, 2013

Azalina di kuntau Sharizat..Ada black belt pun tak boleh pakai!!!

azalina-ijat-513
 

Sama ada bekas Menteri Sharizat hebat atau bekas Menteri Azalina yang goyang tak tentu fasal.

Bekas Menteri Sharizat nampak ganya tak perlu sinsing lengan baju untuk mempertahankan kerusi Ketua Wanita UMNO apabila bekas Menteri Azalina yang merupakan satu-satunya pencabar untuk merebut jawatan itu mengesahkan akan menarik diri.

Di mana hebatnya bekas Menteri Sharizat sehinggakan bekas Menteri Azalina mengibarkan bendera putih atau bahasa mudahnya CHECKMATE!!

Saya tak mahu bibit-bibit perpecahan berlaku khususnya dalam Wanita UMNO yang merupakan tunjung kepada UMNO.

Alahai bekas Menteri Azalina, bercakap dahulu baru berfikir? Kenapa tidak berfikir dahulu sebelum beria-ia mengumumkan mahu bertanding??

Bekas Menteri Azalina ada black belt Tae Kwan Do takkanlah seorang perwira dan pahlawan mahu mengaku kalah sebelum berjuang!!

Aduhai...entahlah ikut suka kamu oranglah Wanita wehh!!!

Tuesday, September 10, 2013

Ribuan penyokong hamPAS berhimpun demi kalimah suci..Tahniah!!!



Mereka berhimpun seramai ini untuk kegilaan seseorang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri


 

Mereka berhimpun lagi untuk melepaskan 'gangster' dan memberikan ruang mereka melakukan apa sahaja



Mereka terus berhimpun


Mereka membantah Lynas kerana dakwa mereka Lynas membahayakan nyawa



Mereka dakwa itu dan ini


Mereka berhimpun demi survival politik seorang individu

TETAPI DI MANA MEREKA BILA PERKARA INI BERLAKU?


BUKANKAH ELOK JIKA MEREKA BERHIMPUN DEMI KESUCIAN INI?

ANDA BUATLAH PENILAIAN DAN PILIHAN SENDIRI!!


ANDA PILIH POLITIK ATAU KESUCIAN ISLAM?

Monday, September 9, 2013

Tepukan gemuruh untuk KJ


Ada orang kata gambar menerangkan pelbagai maksud.

Apapun syabas buat Menteri Khairy kerana kesediaan beliau untuk duduk bersama rakyat di kelas ekonomi di dalam penerbangan.

Sama ada beliau benar-benar berjiwa rakyat atau sekadar mencari publisiti itu bukanlah persoalan utama kerana sebagai pemimpin kenalah berjiwa rakyat. Kesediaan KJ harus dijadikan contoh.


Bagaimana agaknya kalau gerombolan di atas berkuasa sebagai kerajaan? 

Sendiri mahu ingat lah der...!!

p/s: Tak boleh belah tengok senyuman Mak Lampir!!!