Monday, January 18, 2010

DUN Perak tidak akan dibubarkan

Dewan Pemuda PAS Perak terus-terusan jadi Mat Jenin yang penuh dengan angan-angan yang memasang harapan tinggi untuk dibubarkan DUN Perak.

Terbaru, Dewan Pemuda PAS Perak membuat spekulasi bahawa tanda-tanda untuk dibubarkan DUN Perak telah jelas kelihatan hanya kerana Menteri Besar Perak berlepas ke Arab Saudi untuk berjumpa YAB Perdana Menteri.

Spekulasi yang entah dari mana datang logiknya jelas menunjukkan Dewan Pemuda PAS Perak sudah tidak ada kerja lain selain dari mengharapkan pembubaran DUN untuk terus menunjukkan bahawa Pemuda PAS Perak masih wujud. Tanpa politik dan pembubaran DUN, Pemuda PAS sudah tentunya nampak seperti tunggul mati yang hanya menunggu masa untuk reput.

Kalau dah pucuk pimpinan Fuckatan hancur tingkahlaku dan cara pemikirannya tak hairanlah kalau Dewan Pemuda PAS yang macam tak wujud ni berperangai dan berfikiran macam ni. Macam ketam mengajar anak berjalan lurus. Fuckatan kan ada tiga bapak. Satu bapak tengah sakit kepala terbayang jeriji besi menjelang 25hb ni, satu bapak yang dah tak lena tidur kerana perangai menantu walaupun kunci syurga ada ditangannya, satu bapak lagi sibuk buat rencana nak masuk hutan macam Chin Peng..jadi anak jadi apa? Anak jadilah anak merempat dan terbiar.

Dalam kepala otak Pemuda PAS tak ada fikir lain selain politik. Tidur politik, berak politik, mimpi pun mimpi politik sampaikan terbawa mimpi ke alam nyata.

Rasanya, tidak wujud langsung sebarang spekulasi bila mana seorang Menteri Besar berjumpa Perdana Menteri atas alasan semata mata mahu membubarkan DUN. Payah untuk diterima akal spekulasi Dewan Pemuda PAS yang kelihatan agak dungu dan dangkal. Inilah sifat PAS yang terlalu berburuk sangka. Menteri Besar Perak ke Arab Saudi untuk berjumpa Perdana Menteri adalah atas jemputan Perdana Menteri untuk mencari peluang peluang yang ada di sana demi mengukuhkan pencapaian ekonomi negeri dan menarik pelabur pelabur dari Arab Saudi ke Perak. Inilah misi perjuangan kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mahu mengukuhkan ekonomi Malaysia. Berbeza benar dengan PAS yang tidak nampak langsung cuba mewujudkan hubungan di peringkat antarabangsa yang boleh menjana ekonomi. Kalau ada pun sekadar mengharapkan simpati politik semata-mata.

Rakyat jangan terpedaya dengan mainan politik sampah Pemuda PAS ini. Kita tidak mahu berpolitik sepanjang masa kerana kita masih ada misi yang perlu dilaksanakan iaitu memelihara keharmonian negara baik dari segi ekonomi,politik dan sosial dengan berteraskan gagasan 1 Malaysia..Depa nak berpolitik biaq pilah...Usah dilayan ragam anak anak muda yang kecewa ini.


Sunday, January 17, 2010

Datuk Ahmad Maslan:Sebutir Permata yang sedia digilap



Tahniah kepada Datuk Ahmad Maslan di atas kurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk..Walaupun agak terlambat untuk mengucapkan tahniah tetapi ucapan tahniah ini biarpun lambat tetapi ikhlas, seikhlas hati Datuk Ahmad Maslan di dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang digalaskan dia atas bahunya.

Membaca artikel sesi bual mesra Datuk Ahmad Maslan dan pihak Agendadaily di http://agendadaily.com/, Jebat tersenyum sendirian kerana Jebat telah mendapat sebab yang munasabah mengapa Presiden UMNO melantik beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Jawapan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Maslan agak bersahaja tetapi jelas menunjukkan kewibawaan beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO. Mungkin mengenangkan susur galur kehidupannya yang amat memeritkan pada masa lampau membuatkan Datuk Ahmad Maslan bercakap dengan berpijak di bumi yang nyata dan tidak sekadar membuat omongan kosong.
Kita akan terus memerhatikan kewibawaan pemimpin muda ini di dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Penerangan di kala UMNO tercalar luka. Jebat juga percaya pastinya ada sebab yang tersendiri apabila Datuk Ahmad Maslan diizinkan Allah s.w.t untuk memegang jawatan penting ini. Mudah mudahan tugas sebagai Ketua Penerangan ini akan digalas sebaik mungkin dan benar benar merealisasikan UMNO sebagai Juara Rakyat.

Kita percaya Datuk Ahmad Maslan adalah ibarat sebutir permata yang sedia digilap dengan kerjasama seluruh ahli UMNO khasnya dan seluruh rakyat yang akan mendoakan beliau sebagai penterjemah aspirasi UMNO untuk negara tercinta.

Saturday, January 16, 2010

Mamphuz suruh Hishamuddin letak jawatan


Mamphuz suruh Hishamuddin Si Menteri Amaran letak jawatan pasal gagal nak tangani isu bakar sana bakar sini kata si Mamphuz. Mamphuz ni tak habis habis buat hal. Kau nak suruh Hishamuddin duduk jaga kat semua gereja dalam Malaysia ni ke? Kau nak suruh Hishamuddin kerah semua anggota polis berjaga jaga kat gereja sepanjang masa ke? Lepas tu kes kes jenayah lain sapa nak jaga? Kau nak jaga ke Mamphuz?

Suka tekak kau je Mamphuz nak suruh Hishamuddin letak jawatan. Menantu kesayangan N.Ajis pemegang kunci syurga kenapa kau tak melalak suruh dia letak jawatan 24 jam? Nak tunggu sampai bulan tiga baru nak lepaskan jawatan. Tua kutuk N.Ajis tu kau tak suruh pulak letak jawatan selepas dia sendiri mengaku ada kesilapan di dalam proses membeli Bazaar Tok Guru (mual tekak aku nak panggil Guru)..Aku rasa elok kau je lepaskan jawatan kau sebagai Ahlul Parlimen pasal kau cakap tak serupa bikin.

Khalid Gonjol Bapak Gereja kau tak suruh pulak dia letak jawatan kan Mamphuz..Terang terang dia lawan titah Baginda Sultan Selangor pasal isu kalimah Allah ni. Kau diam je tak menyalak pulak..Ini mana adil Mamphuz..Kalau kawan kawan kau semua betul kalau orang lain semua salah. Mana ada jalan macam ni.

Kita tengok bila si Mamphuz ni akan berlaku adil pada semua orang. Kalau dia betul betul anak jantan kita suruh dia diamkan Khalid Gonjol Bapak Gereja tu. Baru anak jantan Mamphuz..Menteri Amaran Semalaysia apa lagi beri lah amaran kali ke 600 pada si Mamphuz..Ada bran?

Thursday, January 14, 2010

Nik Aziz: Cerita dalam kain tersingkap lagi


Kata kawan..kawan kawan tak mau lawanlah..Kahhhhhh!!!

Jebat nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada Kickdefella kerana terus berani untuk membongkar satu demi satu kes dalam kain N.Ajis walaupun 'kapak terbang' telah jatuh di rumahnya. Ini adalah suatu perjuangan ikhlas dan anak jantan yang tidak pernah gentar untuk mempertahankan kebenaran.

Apa kata blogger sebelah sana apabila Kickdefella 'menelanjangkan' N.Ajis dengan fakta bahawa wang kerajaan negeri hangus sebanyak 23 juta kerana mengambil langkah yang silap dalam urusan mengendalikan satu projek? Tidak Jebat nafikan dalam hal projek ni kadang kadang akan berlaku kekhilafan tetapi kenapa N.Ajis masih tidak mahu mengaku kelemahan diri dan bermuhasabah diri bahawa dia bukanlah seorang rasul yang maksum lantaran daripada itu tidak seharusnya mengambil sikap menuding jari pada kerajaan seolah olah dia tidak pernah membuat silap.

Tapi khabarnya kerugian itu berpunca dari menantu kesayangan N.Ajis dan semata mata mahu menutup kemaluan dan airmuka N. Ajis. Soalnya..dengan 23 juta wang kerajaan negeri itu berapa banyak kemajuan yang boleh dibuat di Kelantan? Patutlah Kelantan tak maju maju di bawah PAS rupanya banyak sangat kelemahan Menteri Besar. Itu yang Kickdefella telah beritahu pada umum yang masih tersimpan baik di dalam kelambu dan kain N. Ajis tidaklah kita tahu berapa jumlahnya.

KESIMPULAN DARI CERITA KICKDEFELLA INI MUDAH: N.AJIS NI TIDAK ALIM DALAM ILMU AKHIRAT DAN TIDAK JUGA BIJAK DALAM ILMU DUNIA. ADAKAH DIA MASIH LAYAK UNTUK MENJADI MENTERI BESAR? APAKAH DALAM SELURUH NEGERI KELANTAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MAMPU MENGGANTIKAN N.AJIS INI? MUNGKIN RAKYAT KELANTAN TAKUT KERANA KUNCI SYURGA ADA PADA N.AJIS?

Licik benar permainan budak Permatang Pauh yang nak dibicarakan pada 25hb Januari ini berhubung kes tusukan arjuna. Kalau N.Ajis tumbang sebagai Menteri Besar di Kelantan siapakah yang akan menggantikannya? Husam Musa? Kickdefella akan kembali ke pangkuan Husam semula sekiranya Husam menjadi Menteri Besar? Wow..PKR akan dapat lebih banyak kerusi di Kelantan. Jepun mendarat di Tanah Melayu di Kelantan dan nampak gaya PKR nak melebarkan sayap pun di Kelantan. Teori apa ni??

Teori tetap teori dan tidak akan sesekali dapat mengaburi HAKIKAT. Apabila terbuka hijab semua kebenaran akan terhidang di depan mata.

Tuesday, January 12, 2010

Forum meyesatkan akidah bertajuk 'Allah:Siapa Yang Punya?'

"Bukan isunya kalimah (Allah), tapi maksud (sebenar) pada (kalimah) 'Allah' itu sendiri yang berbeza-beza," jelas beliau dalam Forum 'Allah: Siapa Yang Punya?' Forum bangang ini diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dan di sinilah Khalid Samad si alim besar berucap..

Apa kejadah pulak si Khalid Samad ni kata bukan isu kalimah Allah yang dibincangkan dan menjadi punca ketegangan dalam tempoh seminggu ini. Kalau nak pusing cerita pun biarlah berakal sikit. Satu Malaysia bahkan mungkin satu dunia dah tahu yang isunya di sini ialah apabila akhbar-Herald-The Catholic Weekly memohon untuk menggunakan kalimah Allah dan mahkamah telah membenarkannya dan inilah punca isu ini tercetus. Apa kejadah Khalid kata bukan isu kalimah Allah pulak?? Nak jadi hero pada orang bukan Islam lagi ke? Tajuk forum pun dah nampak macam tak betul. "Allah siapa yang punya? Bodoh ke bangang tajuk forum tu.

Mengucap dua kalimah syahadah dan mengakui bahawa tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Allah jelas menunjukkan bahawa Allah itu milik dan akuan orang orang Islam sahaja. Sejak bila pulak kafir laknat nak mengaku kalimah syahadah ni? Sejak bila kafir laknat nak mengaku tentang keesaan Allah? Apa ke bangang orang Islam nak hadiri forum forum yang tajuknya saja dah menunjukkan bahawa siapa yang hadir kalau tak kuat imannya akan menyesatkan akidah. Tapi Khalid orang yang fleksibel walaupun dalam hal hal agama jadi tak le dia risau nak hadir. Yang penting nampak macam hero dan boleh glamor. PAS memang macam tu..untuk dapat publisiti lelong agama pun tak apa..Agaknya Khalid belajar dengan ustaz Ngeh ataupun Ustaz Gobala..ke belajar dengan Khalifah Guan Eng..patutlah alim semacam si Khalid ni..Siapa yang nak belajar boleh daftar nama di pondok Guan Eng..Nama nama tersohor dalam bidang keagamaan ni..Kahhhh!!!!

Baginda Sultan Selangor dah pun bertitah tentang isu ini, kita sama sama harap tiada lagi yang akan mempersoalkan perkara ini. Daulat Tuanku..di bawah payung negeri Tuanku kami tumpang bernaung dengan izin Allah jua..Daulat Tuanku.