Monday, September 22, 2014

MB Selangor: Jangan jadi derhaka!!!


Esok Menteri Besar baru Selangor akan diumumkan..

Khabarnya Azmin Ali ADUN Bukit Antarabangsa akan menggantikan Khalid sebagai MB.

Selagi belum sah dan angkat sumpah tak perlulah buat spekulasi atau tekaan dan ramalan nujum.

Serahkan saja pada Baginda Tuanku Sultan untuk buat pilihan.

Kalau suatu ketika DAP dan PKR dikatakan derhaka kerana engkar titah dengan hanya menghantar satu nama sebagai calon MB jangan pulak kita sama menjadi derhaka dengan mempersoalkan pilihan Sultan.

Tak perlulah nak menulis di laman sosial dengan istilah ais krim dan sebagainya.

Tentulah Baginda Sultan Selangor telah mempertimbangkan semasak masaknya siapa yang perlu dinobatkan sebagai Menteri Besar. 

Kalau benarpun ada pilihan lain pada pihak PKR dan DAP biarlah Baginda Sultan Selangor yang memutuskannya.

Sebagai rakyat terima sahajalah pilihan Baginda Sultan Selangor...

p/s: Jangan jadi derhaka!!! Di antara kita ramai sangat yang merasa terlalu bijak membuat keputusan

Friday, September 19, 2014

Pengkalan Kubor: Medan ujian terbaik buat UMNO


Pakatan Rakyat ketika ini berantakan..isu terbesar isu Menteri Besar Selangor.

PAS belasah PKR tidak seperti sebelumnya.

Imej Pakatan Rakyat di mata rakyat tercalar bukan kepalang.

Jika dalam kemelut sebesar ini pun  tidak memberikan kemenangan selesa kepada UMNO di dalam PRK Pengkalan Kubor nampaknya UMNO kena mengambil langkah drastik membetulkan keadaan menjelang PRU ke 14 nanti.

PKR tentunya tahu kemelut Menteri Besar Selangor merobek hubungan PKR-PAS. PKR lebih bimbang sekiranya hubungan dingin antara PKR-PAS ini akan memberi ruang kepada kerjasama antara PAS dan UMNO apatah lagi UMNO memberikan sokongan padu kepada PAS di dalam isu Selangor.

Dengan memberi ruang kepada PAS untuk bertanding di PRK Pengkalan Kubor harapannya biarlah meracik racik kasih yang mungkin terjalin di antara PAS dan UMNO.

Mengenali kuncu kuncu serpihan UMNO yang ada di dalam PKR ini mereka sangat oportunis. Tentulah setiap langkah yang mereka ambil akhirnya pasti bermatlamatkan memberi keuntungan kepada PKR.

Harapnya UMNO dan PAS tidak terlalu berantakan berkempen di Pengkalan Kubor.

p/s: Seharusnya Pengkalan Kubor menjadi medan terbaik untuk UMNO menguburkan Pakatan Rakyat

Friday, September 5, 2014

Tun M tegur Najib..ini puncanya!!!


allo brader...duit makan pun mak bapak bagi tak payah nak demo sangatlah!!


Mahasewel berdemo lagi..kali ni..betul betul depan bangunan Kementerian Dalam Negeri..

Macam mana gerombolan mahasewel ni boleh terlepas sampai ke depan pintu Kementerian?

KDN kementerian jaga polis pun mahasewel boleh lepas macam mana agaknya Kementerian lain?

Cakap banyak pun tak guna..sama ada Menteri Zahid Hamidi terlalu lemah..atau Perdana Menteri Najib yang terlalu lemah..atau kedua duanya lemah..? Wajarlah bila Tun M menegur gaya kepimpinan Perdana Menteri Najib...

Dengan mahasewel ni tak perlu cakap banyak..kenal pasti muka muka mahasewel ni...hantar surat disingkirkan dari universiti atau mana mana tempat dia belajar..Bukan susah mana pun nak ajar mahasewel ni..Seminggu lepas disingkirkan mungkinlah mahasewel ni melolong macam budak hingusan tapi lepas seminggu baru dia tahu erti penyesalan..silap silap makan penampar bapak dia..

Perdana Menteri Najib..Menteri Zahid Hamidi dan Menteri Pengajian Tinggi..tunggu apa lagi?

Mahasewel dah banyak lemak..Kalau Perdana Menteri Najib kata kena bertindak ikut undang undang..mahasewel ni ikut undang undang ke?

Apabila diberikan kuasa oleh rakyat tetapi tidak menggunakan kuasa pun boleh dianggap sebagai salah guna kuasa..

Baca selanjutnya DI JUST READ

p/s: Dulu masa sekolah kalau tak siap kerja rumah esoknya memang makan penampar lah dengan cikgu..balik rumah mengadu dengan ayah kena tambah lagi penampar..Mahasewel ni tak pernah kena tampar ke dengan cikgu atau ayah dia?