Monday, February 8, 2010

Dunia masih belum kiamat

Dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah di dalam perjuangan seperti yang didakwa PAS, seharusnya keputusan mahkamah hari ini yang menetapkan bahawa Dato' Seri Zambry sebagai Menteri Besar yang sah haruslah diterima dengan redha oleh PAS khusunya Nizar. Tidak perlu dinafikan bahawa ada segelintir pimpinan pimpinan DAP yang mungkin kurang menerima keputusan ini lantaran istilah Qada dan Qadar tidak pernah wujud di dalam kamus harian mereka. Tidak ada yang perlu dihairankan sekiranya pimpinan DAP agak meronta dengan keputusan ini.

Dan adalah suatu perkara yang cukup aneh sekiranya Nizar, yang seperti didakwa oleh PAS sebagai seorang pejuang Islam tidak dapat menerima keputusan yang tidak memihak kepadanya hari ini dengan dada yang lapang. Doa dan sembahyang hajat khabarnya telah dilakukan oleh Nizar hingga ke perkarangan mahkamah tetapi doa dan hajatnya itu masih tidak dimakbulkan Allah. Di mana silapnya? Sewajarnya Nizar bermuhasabah dan mengimbas kembali apa yang telah dilakukan semasa memegang jawatan Menteri Besar suatu ketika dahulu. Menjadi Menteri Besar bukanlah kerana kehebatan Nizar tetapi adalah kerana kehendak dan izin Allah jua bahkan jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Zambry juga adalah dengan keizinan Allah jua. Apakah Nizar terlupa setiap apa yang berlaku adalah dengan kehendak dan kudrat Allah? Mengakui keesaan Allah di dalam kalimah syahadah tetapi mengapa keesaan Allah itu tidak mahu diterima pakai oleh Nizar di dalam warna kehidupan di dunia?Adakah Allah pada pandangan ulamak PAS hanya berkuasa di akhirat dan tidak di dunia? Adakah payah untuk menerima ketentuan Allah yang terkadang pahit untuk diterima?

Bersyukurlah dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada kita dan jangan sesekali berburuk sangka dengan Allah. Allah maha mengetahui..Setiap denyut nadi dan setiap kerlipan mata adalah semata-mata kena ilmu Allah. Dunia masih belum kiamat dan gunakanlah kehidupan di dunia untuk kita melihat keesaan Allah. Dalam terang Dia sembunyi....

2 comments:

  1. alhamdulilah! langkah pertama dalam meneruskan langkah2 seterusnya!

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah,

    Semoga dapat advertise blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com/ di blog tuan.

    ReplyDelete