Thursday, February 11, 2010

1 Melayu

Pusing kanan..pusing kiri..rupanya Jebat berada di Tanah Melayu..Kalau dah nama tanah Melayu tentulah tuannya Melayu. Soalnya bijakkah tuan punya tanah yang bergelar Melayu? Melayu secara dasarnya sama..baik budi bahasa, sopan tingkahlakunya..serba-serbi yang indah itu Melayu dan Melayu yang kurang enaknya...'AKU BERI HAK AKU PADA KAMU, YANG PENTING KAMU SOKONG AKU'..

Itulah yang terjadi pada Melayu. Dalam kepompong yang sekecil ini, Melayu tidak dapat bersatu. Melayu lupa akan perjuangan generasi terdahulu. Kerahan keringat yang membasahi bumi bukan sikit dan murah harganya hasil dari perjuangan Melayu terdahulu dalam memartabatkan Melayu. Susah sangat ke Melayu nak bersatu?..Melayu ni pun satu..Biarlah bangsaku layu..asal tercapai agenda politikku..

Siapa punya angkara Melayu tidak bersatu? Siapa punya angkara yang merobek harga bangsaku? Dalam diam membisu..si kitol bijak menghitung waktu..ketika Melayu terkulai layu..akan kita rampas satu persatu. Melayu sendiri yang membuka pintu..kau ambillah semua hartaku..Bumi ini memang milik bangsaku..tapi dek kerana nafsu..akan ku gadaikan negeriku jika perlu.

Apa lagi yang Melayu mahu? Kemewahan tersedia mencari lagi tidaklah perlu..Sematkan di hati ini tanahku...Tanah empunya asalnya Melayu..Perlu bersama menyanyikan lagu..Melayu teguh kerana bersatu.

Ada Melayu menjadi penghulu..Tugasnya mudah membuat sekutu..Eh ini tanahairku..Tapi tak apalah aku ikut telunjukmu..Kamu tolonglah aku..tiada apa lagi yang Melayu mahu..boleh digadai bangsa negeriku, asal kuasa jatuh dalam dakapanku..

Betapa lemahnya kamu Melayu..hidung ditindik ibarat lembu, siapa lembu siapa penghulu..peduli apa aku dengan negeriku..

Itulah luahan Melayu bernafsu..biar roboh bangsa Melayu..apa perlu kita bersatu..sesama Melayu kita seteru..

Ingatlah wahai Melayu..jangan jadi penghulu bernafsu..kelak perjalanan akan berliku..si kitol berkata bodohnya Melayu..rakyatnya ramai tak terjaga bangsa yang satu!!!!

2 comments: