Wednesday, April 15, 2009

Elizabeth Wong diminta kembali bertugas

Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan Selangor yang juga Exco Pelancongan Elizabeth Wong telah diminta untuk kembali bertugas bermula esok, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim umumkan hari ini.Khalid berkata, jika beliau menerima tawaran itu, Elizabeth diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esokKatanya, keputusan itu wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan yang juga gagal membuat keputusan yang muktamad.Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas dibincangkan dalam mesyuarat exco pagi ini.

Katanya, Pakatan Rakyat memandang serius isu moral dan isu peribadi.Sehubungan itu, katanya, Pakatan akan memastikan kepimpinannya menjunjung prinsip itu."Jika ada bukti-bukti kukuh, kita tidak akan beragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya."Namun demikian pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseoarang."Dan kerajaan negeri amat serius mempertahankan hak ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabat hari ini.Khalid berkata, beliau telah memaklumkan kepada Sultan Selangor pagi tadi mengenai keputusan kerajaan negeri untuk mengekalkan jawatan Elizabeth sebagai exco negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Beliau juga ditanya sama ada Elizabeth ada memberi tanda-tanda akan menerima tawaran tersebut."Beliau perlu menerima tawaran tersebut sebelum esok," kata Khalid sambil menambah: "Anda datanglah esok".Ditanya sama ada ianya keputusan exco kerajaan negeri atau PKR negeri, Khalid menegaskan bahawa ia adalah keputusan kerajaan negeri.Ditanya sama ada keputusan ini bermakna kerajaan negeri tidak menganggapnya sebagai satu isu moral, Khalid berkata: "Iya, isu moral, tetapi tidak ada kenyataan yang paling sahih. Seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan.

"Ditanya mengapa keputusan ini berbeza dengan kes yang berlaku di Pulau Pinang yang membabitkan ADUN PKR penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan walaupun masih dalam siasatan.Khalid berkata perkara itu berbeza kerana Fairus meletakkan jawatan secara sukarela."Elizabeth juga turut menawarkan diri untuk meletak jawatan, jadi kita melihatnya sebagai mangsa dan menawarkan (jawatannya) kembali," katanya.

Jebatberkokok- Aku rasa kalaulah wakil rakyat BN yang ditimpa musibah macam ni maka berbondong bondonglah ekstrimis Pakatan Rakyat keluar berarak mintak wakil rakyat tu letak jawatan. Tapi bila kena batang hidung sendiri dia orang kata dia oranglah menjadi pembela kepada orang yang teraniaya...membela hak wanita dan macam macam lagi. Semuanya nak tunjuk baik pasal kononnya amat memahami jiwa orang yang kononnya dianiaya tu. Pesta airmata pasti berlaku dan akan mendakwa airmata itu adalah lambang keikhlasan membela..Kalau kena pada wakil rakyat BN tak pulak mereka nak membela..Dah tentu akan wujud gesaan dan pelbagai kata kata kesat yang dilemparkan..Adilkah KEADILAN (PKR)???

No comments:

Post a Comment