Saturday, April 25, 2009

Tahniah dan terima kasih 'National Press Club'


Sekalung tahniah dan terima kasih kepada ‘National Press Club’(NPC) di atas anjuran majlis diskusi dan penerangan berkenaan kemelut yang berlaku di Perak. Majlis yang telah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Ipoh pada 24 April 2009 (Jumaat) yang lalu jam 9.00 malam itu wajar diucapkan tahniah di atas kejayaan dan kelicinan majlis tersebut.

Harus kita faham dan kita sedar bahawa majlis yang dianjurkan itu BUKANLAH satu majlis debat yang sengaja NPC anjurkan untuk mencari siapa yang menang dan kalah sebaliknya atas rasa tanggungjawab untuk memberi penerangan dan menerangkan apakah yang sebenarnya yang berlaku di dalam kemelut politik Perak. Aku faham apa yang NPC harapkan daripada majlis itu ‘perpaduan di kalangan rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia amnya’. Itu yang membuat aku bangga dengan usaha murni NPC ini. Walaupun ada segelintir penonton yang tampak kurang faham dengan matlamat majlis ini tapi aku harap ianya akan memberi impak yang besar kepada rakyat negeri Perak.

Tak perlulah aku komen panjang tentang majlis ini kerana aku tidak mahu membuka peluang untuk majlis ini dikritik dan seolah olah menampakkan NPC berpihak kepada pihak pihak tertentu. Dalam hal yang sebenarnya NPC cuma berhasrat untuk memberi penerangan dan membantu mendamaikan rakyat negeri Perak.

Aku harap NPC akan terus menganjurkan majlis majlis seumpama ini. Terima kasih kepada brother Rocky dan agaknya hadiah daripada beliau kepada semua kerana dah dapat angka 10 juta..Great bro!!!

Wednesday, April 22, 2009

Mursyidul Am Sr dan Mursyidul Am Jr.


Si mangkuk Kor Ming nampaknya betul betul nak jadi mursyidul am. Kali ni dia tunjuk hebat dia sebelah mursyidul am PAS yang dah tak berapa popular tu sampai orang orang kuat dalam PAS pun dah lupa yang dia boss sampai dia kena ingatkan yang dialah nakhoda dalam PAS. Orang PAS mungkin dah anggap dia macam Quran buruk.

Si Kor Ming kali ni menunjuk depan mursyidul am yang dah tak popular tu bahawa dialah yang paling layak jadi mursyidul am yang baru dan digelar mursyidul am jr. Dengan penuh bergaya dia baca ayat suci Al Quran beserta dengan terjemahan ayat tersebut dan makcik makcik yang bertudung labuh dan pakcik pakcik yang berkopiah kat bawah pentas tu pun mendengar dengan penuh asyik. Mungkin makcik dan pakcik tu fikir bahawa layak benarlah Kor Ming ni jadi mursyidul am yang baru.

Dan akhirnya Kor Ming akan kata “ memang aku lebih terror dari mursyidul kau yang dulu pasal selain dari pandai baca Al Quran aku jugak pandai makan daging babi. Dia cuma ada satu kelebihan tetapi aku ada dua kelebihan”.

Kes Kor Ming samalah seperti orang yang tahu memandu tetapi tak ada lesen dan tetap salah di sisi undang undang. Bezanya antara hukuman penjara dan hukuman neraka.
-layari blog penembak-tepat.blogspot.com untuk melihat video kor ming membaca ayat Al Quran-

Balasan yang kau terima



Tiada siapa yang dapat menolak bahawa Allah swt maha berkuasa..Dialah yang memberi rezeki dan Dialah jua yang menentukan segala-galanya.

Inilah balasan yang kau terima kerana mempermainkan Al Quran yang kau ajar kepada orang tak berkhatan tu. Kau halalkan semua untuk kepentingan politik seolah olah kau lah yang berkuasa sehingga kau lupa Allah jualah yang maha berkuasa. Insaf dan taubatlah sebelum terlambat.

-gambar dari garamanis-

Tuesday, April 21, 2009

Selumbar Nibong dalam Pakatan

Sabtu lalu, 18 April 2009 entah kenapa tiba-tiba kawan lama menelefon. Agak lama juga tidak kirim berita, setelah kawan lama itu bergelar wakil rakyat. Sejak menang pilihan raya atas tiket PAS, Mac 2008, saya sempat kirimkan sms mengucapkan tahniah. Walau pun antara saya dan dia berlainan pandangan politik, kawan tetap kawan.

Menurut cerita, PAS tahun ini memang hebat. Akan ada banyak cabaran dan ada dua kumpulan sedang cuba melobi merebut jawatan. Kumpulan kepimpinan ulama dilihat oleh puak yang satu lagi, yang digelar erdogan beriya-iya mahu menerajui kempimpinan parti.Digunakan segala helah dan bunga-bunga silat, agar kecundang kumpulan ulamak. Yang sedihnya, ada tuduhan terhadap seorang pemimpim ulamak yang suatu ketika dahulu amat terkenal dengan doktrin taghut, fatwa kafir mengkafir, assabiyah, tetapi apabila diberi peluang menerajui kepimpinan negeri Terengganu, terkena gelombang biru tsunami. Hanya mampu jadi Menteri Besar selama sepenggal, parti pimpinannya tewas.Maka kegagalannya meneruskan penguasaan pentadbiran Terengganu menyebabkan dia dibelasahkanlah teruk oleh puak-puak erdogan.

Kepimpinan yang lemah, tidak tahu mentadbir, selalu tidur dalam Dewan Undangan Negeri, tidak pandai merancang, kurang peka dengan masalah rakyat menjadikan BN dapat kembali berkuasa pada tahun 2004.Atas alasan percubaan yang gagal itulah maka Tuan Presiden tidak lagi mampu memimpin PAS. Tok Guru yang satu lagi, yang pandai memerintah dan mampu mengekalkan kuasa di Kelantan sering mempunyai pendapat yang bercanggah dengan tuan presiden. Sebagai nakhoda, akhirnya tunduk juga dengan keputusan tuan presiden. Kita pun tidak tahu, tapi kalau dalam operasi pukat jerut, nakhoda bot hanyalah mengikut arahan yang diberikan oleh juru selam. Juru selam lebih mengetahui lubuk ikan berbanding tuan nakhoda (atau juru mudi).Sebab itu Nasharudin Mat Isa bergerak ke sana ke mari bersama-sama kumpulannya. Husam pun ada juak-juaknya sendiri.

Khabarnya, mungkin Husam akan berpakat untuk sesama menumbangkan tuan presiden dengan Nasharudin. Nasharudin lawan presiden manakala Husam jadi Timbalan Presiden.Husam boleh buat kerja itu. Husam banyak duit, kerana dia pandai. Dia bijak mengambil peluang dan membaca potensi, malah ada yang menganggap sentuhan Husam bagaikan sentuhan midas dalam dunia perniagaan suatu waktu dahulu. Husam gunakan kelebihannya, membina kekuatan dan sudah banyak yang terhutang budi dengannya, termasuk menang tanpa bertanding di Kubang Kerian. Dia juga turut menguasai Harakah dan harakahdialy online. Kerana itulah berita-berita mengenai puaknya banyak terpapar hinggakan Tok Guru dan Tuan Guru tak keruan dibuatnya. Pernah diberikan peringatan, tapi puak-puaknya tetap buat-buat tak faham.Tuan Guru sudah buat kenyataan, sedia ditandingi. Kecil hati Tuan Guru yang banyak meniupkan semangat orang Melayu supaya menyokong PAS suatu ketika dahulu, termasuk Husam dan Nasharudin ketika itu masih dibangku sekolah. Tuan Guru yang muda belia dan darah masih panas kerana banyak mengambil idealisme Syed Qutb dan Ikhawanul Muslimin, al-Maudidi dengan Jemaat Islami berjaya melonggarkan lutut ramai umat Islam. Ceramah-ceramahnya, walaupun diadakan di dalam kebun getah, tetapi mendapat sambutan.

Husam bijak menggunakan saluran media. Bukan sekadar dua akhbar (cetak dan on-line) malah bersengkongkol dengan kickdefella, Penarik Beca, Tulang Besi membuat tafsiran pelbagai bagi menimbulkan keraguan dan syak wasangka terhadap kumpulan Tok Guru dan Tuan Guru.Tok Guru pernah, sama ada secara bergurau atau serius menyifatkan Husam sebagai calon yang layak menjadi presiden PAS. Mungkin kerana Tok Guru dah tak sanggup lagi berlawan dengan tsunami Husam, maka kesimpulan itu dibuat. Tok Guru mungkin sedar, Husam akan tetap menggunakan caranya sendiri, seperti mana sifunya suatu ketika dahulu menumbangkan Tun Ghafar Baba. Nak cuba belasah ketua nombor satu, sudah dapat dihidu lebih awal, dan kena belasah. Hingga kini masih belum boleh terima kenyataan, masih cari jalan nak jadi Perdana Menteri walhal mimpinya sudah lama berakhir.Kawan-kawan rapat yang cuma bersetuju secara kontrak, makin pening. Karpal Singh suruh bertaubat, masih belum dilakukan. Husam nak teruskan "negara Islam", Karpal Singh tersinggung dan Guan Eng minta penjelasan Tuan Guru. Tuan Guru jolokkan "kerajaan perpaduan", Guan Eng semacam kepanasan. Tapi, kenapa sokong Eli? Patutnya turut tidak setuju kerana Eli telah mengaibkan parti-parti dalam kumpulan "kahwin mutaah"itu?

Kenapa tidak perincikan soal dosa dan pahala, sebagaimana pernah dibuat ke atas orang UMNO suatu ketika dahulu? Gunakan kriteria yang sama, wahai Tok Guru dan Tuan Guru?Dr. Syed Husin Ali marahkan Guan Eng kerana guna media kecewa dengan PKR atas isu Fairus. Dahulu ia-ia marahkan media kerana memutarbelitkan kenyataannya, tapi kali ini kenapa guna media. Tidakkah pelik bin ajaib namanya? Sekali begitu, sekali begini. Tak ubah seperti permainan gelap-cerah kanak-kanak suatu ketika dahulu.

Nampaknya banyak selumbar nibung dalam pakatan parti-parti politik dalam "perkahwinan mutaahnya" kali ini. Istana pasir yang sedang mereka duduki, semakin menipis kerana teriknya mentari dan kuatnya angin menerjah, selumbar nibung akan menembus kulit-kulit kaki. Gigi pantai, pasir-pasir akan runtuh dan istana pasir pecah berderai......

Saya akan terus mengelamun di tepian tasik, pantai yang selama ini memberikan inspirasi telah lama tertutup muaranya............

Monday, April 20, 2009

Di sini kami teguh berdiri



Walau apa sekalipun keputusan yang bakal diambil oleh UMNO dan Barisan Nasional sama ada meletakkan calon atau tidak dalam pilihanraya kecil DUN Penanti kami berikrar akan tetap setia kepada pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Biarpun kecundang dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini, pendirian dan pegangan kami terhadap Barisan Nasional dan UMNO tidak pernah goyah dan tetap utuh. Sayugia kami katakan perjuangan yang lahir ini adalah suatu keikhlasan dalam memperjuangkan tanahair dan bangsa tercinta. Tidak rela kami melihat tulang tulang anak bangsa kami diratah walaupun ada segelintir anak bangsa seperti menjual tanahair dan bangsa sendiri.

Di sini kami teguh berdiri menjunjung kasih kepadamu Malaysia.

Sunday, April 19, 2009

Raja berada atas politik, tidak mampu tangkis tohmahan secara terbuka


Kau orang yang buat angkara dengan sembah sembah derhaka ni jangan nak senyum pulak. Ada jugak yang kena penampar nanti. Tak ada cara lain selain dari kau orang minta ampun dan ucapkan terima kasih pada Tuanku. Titah Tuanku jelas menunjukkan Tuanku amat mementingkan kesejahteraan dan keamanan rakyat. Kalau nak kira tindakan banyak yang Tuanku boleh ambil ke atas kau orang. Tetapi pasal Tuanku ni bijak dan sayang pada rakyat, Tuanku diamkan diri je. Tuanku bukan bodoh macam kau orang yang sanggup gunakan rakyat untuk keenakkan anak tekak kau orang. Kalau aku jadi kau orang aku dah lama bersyukur dapat Tuanku yang kasih kepada rakyatnya. Kalau tidak dah lama berterabur gigi kena penampar. Tu pun nak tunjuk keras kepada lagi.

Tapi kalau dah nama kepala batu, apa orang cakap pun kau orang takkan berubah. Kau tetap jugak nak baring tengah jalan. Aku rasa bila mati je baru kau orang akan senyap. Itupun kalau tak kena belasah dalam kubur tuh. Kau bagai nak gila dengan sembah derhaka kau orang tapi brader yang kemaruk nak jadi PM tu senyap je. Walhal kau orang kononnya berjuang untuk dia. Nampak sangat kau jadi alat dia. Yang kena penampar nanti kau bukan dia. Dia langsung tak bersuara dalam hal ni kan. Sunyi sepi. Yang dia sibuk pasal nak ke Putrajaya je..Akai ada ka??? Toksah mimpi lah.

Saturday, April 18, 2009

Penanti - BO LAYAN


Dalam berkira kira semasa bawak kereta untuk ke Putrajaya, aku berfikir fikir untuk mencadangkan agar BN dan UMNO tidak meletakkan calon untuk pilihanraya kecil DUN Penanti. Tahu tahu Dato’ Sri Najib umumkan untuk tidak menolak kemungkinan BN tidak meletakkan calon untuk bertanding kerusi di Penanti tu. Satu Malaysia beb..Pemimpin dan rakyat bersatu suara.

Pasal tak nak letak calon di Penanti ni bukanlah nak tunjuk pada rakyat yang BN atau UMNO takut untuk berdepan dengan PKR. Tetapi BN dan UMNO bukanlah parti yang bodoh nak melayan kerenah orang yang tengah kemaruk untuk jadi PM tu. Ada yang lebih penting untuk dilaksanakan oleh BN dan UMNO sebagai PARTI PEMERINTAH. Aku rasa kalau ekstrimis PKR nampak perkataan PARTI PEMERINTAH ni mahu jugak meleleh air liur. Mana tidaknya boss dia orang dah kempunan nak buat kerajaan baru kononnya pada 16 September 2008. Ohh lama dah tu..Cerita basi dan macam tin kosong. Penghuni di Tanjung Rambutan pun boleh buat rancangan macam tu. Sebagai parti pemerintah ada baiknya BN dan UMNO memberi fokus yang lebih untuk menangani permasalahan ekonomi yang melanda sekarang ni. Jauh lebih baik berkhidmat kepada rakyat daripada melayan PM yang tak jadi tu. Inilah kenyataannya, BN dan UMNO sentiasa memberi penekanan untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara berbanding dengan Pakatan Rakyat yang terlalu kemaruk berpolitik semata mata walaupun politiknya hanya tertumpu kepada memenuhkan kehendak individu yang sentiasa kempunan nak jadi PM.

Ayuh BN dan UMNO kita khususkan langkah untuk membela rakyat. Biarlah dia orang menang percuma di Penanti. Kalau dia orang kemaruk nak berkempen biarlah dia berkempen di Penanti. Apalah guna melayan orang yang tidak memikirkan kepentingan rakyat. Biarlah mereka berdepan dengan rakyat di Penanti. Aku rasa pengundi di Penanti pun tidaklah bodoh seperti yang mereka gambarkan. Biarlah rakyat sendiri yang menjadi penentu apakah rakyat rela membenarkan perkataan rakyat di gunakan untuk kepentingan individu.

Kita serahkan pada rakyat. Biar sampai rakyat kata BO LAYAN pada mereka. Tidak meletakkan calon bukanlah menunjukkan kita penakut tetapi menunjukkan kita waras dalam membuat keputusan sebagai PARTI PEMERINTAH. Orang yang merengek rengek samalah seperti kanak kanak yang sentiasa mintakan perhatian. Sekali sekala perlu juga diajar dan dirotan.

Thursday, April 16, 2009

Penanti yang menanti

Apa punya gila..Asyik nak buat pilihanraya kecil. Kalau dulu pilihanraya kecil ni biasanya diadakan pasal ahli dewan undangan negeri atau ahli parlimen kawasan tersebut meninggal atau sakit tenat tapi nampaknya angin dah benar benar berubah sekarang ni, pilihanraya kecil diadakan pasal nak memenuhi kegilaan orang tertentu menjadi Perdana Menteri. Itulah yang dinamakan kemaruk yang keterlaluan.

Siapa pun dah boleh agak pasal pilihanraya kecil dekat Penanti ni. Walaupun macam macam alasan yang diberikan tetapi semua orang tahu memang ianya telah dirancang. Sebabnya cuma satu untuk mengelakkan PKR dari berkubur sendiri. Kalau tidak diadakan pilihanraya kecil bukan sahaja PKR akan berkubur sendiri tetapi seluruh jentera PKR juga akan seolah olah diberi peluang untuk memikirkan kerakusan dan kegilaan bossnya untuk menjadi Perdana Menteri. Sebelum parti terkulai layu sendiri dan jentera berpaling tadah kolonel PKR ni dah pun merancang kesibukkan untuk jentera jenteranya dan rakyat. Gelombang yang sengaja dicipta untuk membuatkan nama PKR terus mekar di hati rakyat. Yang pasti pilihanraya kecil yang terancang ni akan dibuat di kubu kuat PKR kalau tidak pasti PKR akan hilang satu kerusi. Memang cantik pelan dan startegi PKR dalam menyusun agenda politik. Tapi nak pelik apa kalau nak kemaruk nak jadi Perdana Menteri lautan api pun sanggup direnangi.

Yang peliknya ialah ahli ahli yang berhormat Pakatan Rakyat yang menyandang kerusi bagi kawasan terbabit. Bukankah mereka ini adalah orang yang dipilih oleh rakyat untuk menjaga kebajikan mereka?Dan bukankah satu Malaysia sedar bahawa dunia sedang menghadapi krisis ekonomi. Tetapi dek kerana nak memenuhi keinginan gila bossnya harapan rakyat yang memilihnya diketepikan mentah mentah. Agaknya tangkal apa yang boss dia orang gunakan atau mungkin bossnya ada minyak dagu yang buat semua orang ‘mengikuti’ punggungnya. Memang punggung ada tarikan pasal tu agaknya orang suka.

Yang pelik jugak, rakyat tak nak nampak apa yang kolonel gila ni buat. Keputusan pilihanraya kecil selalu memihak padanya. Sah lah Perdana Menteri illusi ni tinggi ilmunya. Biarpun menyusahkan rakyat dan menyepak harapan rakyat tetapi rakyat masih memilih orang orang yang tinggi kegilaannya. Adakah rakyat dipukau atau kasihan atau menjadi seperti lembu ditarik punggungnya..opss ditarik hidungnya..Kenapa pulak asyik tersebut perkataan punggung ni??

Tak hairan kalau gelombang yang dicipta ini akan kekal dan dilanjutkan sehingga ke pilihanraya ke 13 nanti. Kita sama sama tunggulah apa akan dilakukan seterusnya apabila tamatnya tempoh untuk diadakan pilihanraya kecil ni. Gambaran telah diberikan oleh orang kuat PAS, yang tidak mustahil gerakan seperti di Thailand akan ada di Malaysia..Cukup terancang. Pelan jangka panjang. Agak agaknya orang orang PAS pun dah siap isi borang untuk menjadi pelagak ngeri yang berbaring di tengah jalan. Jangan melecet punggung sudah lah..

Kita sambung bicara ini kemudian. Hidung asyik terbau punggung. Nak lari ke mana?? Nak naik roket untuk ke bulan pun, bulan sudah terpalit bau punggung. Satu mata yang ada jangan asyik memandang punggung..Hmm…bila bulan rindukan punggung..Ahh sudahlah!!!

Wednesday, April 15, 2009

Jom pekena kari ikan bawai penanti


PENANG, April 16 (Bernama) -- Former Penang Deputy Chief Minister I Mohammad Fairus Khairuddin today announced that he has resigned as the Penanti state assemblyman effective today to concentrate on his studies and family.He said this in a statement e-mailed to Bernama here today.


Jebatberkokok-Tak dan abaih pedaih laksa cabai selit di Bukit Selambau dah nak pekena kari ikan bawai di Penanti pulak..kemaruk jangan tak kemaruk..Nak sambung belajar ke Fairus??Tahniah..betuiiiii ka??

Elizabeth Wong diminta kembali bertugas

Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan Selangor yang juga Exco Pelancongan Elizabeth Wong telah diminta untuk kembali bertugas bermula esok, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim umumkan hari ini.Khalid berkata, jika beliau menerima tawaran itu, Elizabeth diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esokKatanya, keputusan itu wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan yang juga gagal membuat keputusan yang muktamad.Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas dibincangkan dalam mesyuarat exco pagi ini.

Katanya, Pakatan Rakyat memandang serius isu moral dan isu peribadi.Sehubungan itu, katanya, Pakatan akan memastikan kepimpinannya menjunjung prinsip itu."Jika ada bukti-bukti kukuh, kita tidak akan beragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya."Namun demikian pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseoarang."Dan kerajaan negeri amat serius mempertahankan hak ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabat hari ini.Khalid berkata, beliau telah memaklumkan kepada Sultan Selangor pagi tadi mengenai keputusan kerajaan negeri untuk mengekalkan jawatan Elizabeth sebagai exco negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Beliau juga ditanya sama ada Elizabeth ada memberi tanda-tanda akan menerima tawaran tersebut."Beliau perlu menerima tawaran tersebut sebelum esok," kata Khalid sambil menambah: "Anda datanglah esok".Ditanya sama ada ianya keputusan exco kerajaan negeri atau PKR negeri, Khalid menegaskan bahawa ia adalah keputusan kerajaan negeri.Ditanya sama ada keputusan ini bermakna kerajaan negeri tidak menganggapnya sebagai satu isu moral, Khalid berkata: "Iya, isu moral, tetapi tidak ada kenyataan yang paling sahih. Seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan.

"Ditanya mengapa keputusan ini berbeza dengan kes yang berlaku di Pulau Pinang yang membabitkan ADUN PKR penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan walaupun masih dalam siasatan.Khalid berkata perkara itu berbeza kerana Fairus meletakkan jawatan secara sukarela."Elizabeth juga turut menawarkan diri untuk meletak jawatan, jadi kita melihatnya sebagai mangsa dan menawarkan (jawatannya) kembali," katanya.

Jebatberkokok- Aku rasa kalaulah wakil rakyat BN yang ditimpa musibah macam ni maka berbondong bondonglah ekstrimis Pakatan Rakyat keluar berarak mintak wakil rakyat tu letak jawatan. Tapi bila kena batang hidung sendiri dia orang kata dia oranglah menjadi pembela kepada orang yang teraniaya...membela hak wanita dan macam macam lagi. Semuanya nak tunjuk baik pasal kononnya amat memahami jiwa orang yang kononnya dianiaya tu. Pesta airmata pasti berlaku dan akan mendakwa airmata itu adalah lambang keikhlasan membela..Kalau kena pada wakil rakyat BN tak pulak mereka nak membela..Dah tentu akan wujud gesaan dan pelbagai kata kata kesat yang dilemparkan..Adilkah KEADILAN (PKR)???

Tuesday, April 14, 2009

Pemimpin UMNO janganlah menyusahkan jentera


Aduhai belum habis lagi lelah di Bukit Selambau untuk pilihanraya kecil yang menyaksikan BN kecundang lagi dah timbul pula gelora di Terengganu. Semuanya gara gara dakwaan kononnya ada undi tak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu. Yang harunya undi tak percaya tu nak datang dari kalangan ADUN BN sendiri. Apa nak jadi??

Aku dah naik menyampah dan meluat pun ada..Kasihan lah kat jentera BN yang belum pun hilang penat lelahnya dan kerinduan pada keluarga pasal berkhidmat untuk parti di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Jentera bermati matian, bertungkus lumus bekerja untuk menarik kembali kepercayaan pengundi kepada BN. Alangkah hibanya hati bila penat lelah itu disambut dengan gelora yang pemimpin BN sendiri cipta. Tak boleh ke pemimpin BN bersatu padu dalam mengeluarkan pendapat dan berjalan seiringan.

Kalau macam nilah gayanya, jangankan cakap untuk menarik balik kepercayaan rakyat dan pengundi kepada BN, aku takut jentera BN yang di bawah ini pun akan angkat bendera putih pada BN. Bukan pasal apa tapi pasal ‘fed-up’ pada orang atasan tu. Boleh tak kalau orang atasan tu sama sama bersatu dengan jentera yang ada di bawah ni. Janganlah terlalu lalai kerana dah duduk di atas kerusi empuk di Putrajaya tu dan merasakan bahawa BN dan UMNO akan terus kekal sebagai parti terulung dan akan terus memerintah Malaysia selama-lamanya. Aku tak hairan kalau BN dan UMNO akan terus dihukum oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang kalau beginilah cara pemimpin UMNO dan BN memerintah. Jangan lupa bahawa rakyat bukanlah bodoh dan pekak serta bisu. Rakyat kini terlalu bijak sehinggakan berkuasa menghukum BN seperti dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu. Sekarang apakah wajar untuk kita terus menyalahkan Pak Lah kerana kecundangnya BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu?

Aku ingat dengar berundurnya Pak Lah dari teraju pucuk pimpinan semua pemimpin BN yang ada sekarang telah menarik nafas lega kononnya telah lepas dari belenggu seorang pemimpin yang lemah tapi nampaknya keadaan tetap sama seperti dahulu. Sekarang mungkin orang telah sedar bahawa Pak Lah bukanlah punca segala galanya tetapi yang menyebabkan UMNO menjadi sedemikian rupa adalah disebabkan pemimpin pemimpinnya. Sampai bila UMNO dan BN akan merubah dan kembali kuat seperti dulu. Budaya cantas mencantas di dalam UMNO ni perlu dibuang jauh jauh sekiranya UMNO dan BN berhasrat untuk kembali utuh seperti dulu. Soalnya bila?

Tak sampai sebulan pucuk pimpinan baru mengambil alih kuasa pemerintahan bermacam macam isu yang dah timbul dan boleh orang ramai persoalkan. Isu ‘Satu Malaysia’ pun orang boleh persoalkan kononnya sama dengan dasar Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP. Sampai bila isu ni nak dibiarkan begitu saja dan dieksploitasi oleh pembangkang?? Aku harap sangat akan ada penjelasan yang menyeluruh oleh menteri yang berkenaan kalau tidak ianya akan hanya menjadi seperti dasar ‘Islam Hadhari’ yang dibawa oleh Pak Lah. Ianya hanya akan menjadi satu beban yang terpaksa dipikul oleh seluruh jentera BN.

Rakyat sudah mula menilai kepimpinan BN dan UMNO yang baru dan mungkin semua sudah berpendapat bahawa Presiden UMNO yang baru sekarang tidaklah sebijak yang disangka dan yang lebih menakutkan apakah rakyat akan menilai pemimpin UMNO yang baru sekarang ni selemah Pak Lah..Aduhai mudah mudahan janganlah sampai ke tahap itu.

Dulu masa Pak Lah dihentam dan dicemuh kerana kononnya lemah mentadbir kini orang nombor dua negara cakap UMNO perlu diberi 2 tahun untuk dibaikpulih. Pada aku dua tahun tu satu tempoh yang lama dan kalau dulu kita sibuk mendesak Pak Lah untuk mempercepatkan tempoh peralihan kuasa kenapa sekarang kita nak pula diberi peluang untuk satu tempoh untuk membaikpulih UMNO dan BN. Tak boleh ke dilakukan sekarang. Atau adakah sekarang tempoh untuk meraikan kejayaan menduduki kerusi empuk itu??

Teguran dan pandangan aku ni bukanlah menunjukkan atau sebarang petanda yang aku akan meninggalkan UMNO atau BN kerana pada aku tetap tidak ada parti yang secekap BN dalam memerintah Malaysia tetapi anggaplah teguran ini kerana kasihnya aku pada BN dan UMNO. Aku tidak mahu UMNO dan BN lingkup kerana kebodohan dan kealpaan pemimpinya.

Ayuh kita sama sama buktikan BN dan UMNO terus relevan pada rakyat. Bukan esok atau dua tahun tapi kita mulakan dari sekarang.