Wednesday, September 5, 2012

Tanda tak perlu ada Sultan





SULTAN adalah payung negeri bagi negeri yang berSultan..Bagi kami rakyat Melaka yang tidak bersultan, Gabenor adalah payung kami. Biarpun satu ketika dahulu Empayar Kesultanan Melayu Melaka begitu gah di mata dunia, semuanya luput ditelan masa, luput kerana kebiadapan dan kebodohan rakyat Melaka sendiri.

Hari ini jangan ditanya kepada rakyat Melaka cara dan etika untuk mengadap Sultan, tentunya kekok bukan kepalang. Tetapi jangan pula ingat kami tidak menghormati Sultan. Buktinya? Gabenor Melaka yang datang dari luar Melaka pun kami junjung tinggi inikan pula jika Sultan Melaka dan Sultan Melayu yang lainnya.

Menyentuh kepada soal, ada negeri yang tidak menjemput Sultan sebagai tetamu kehormat semasa Perbarisan Hari Kemerdekaan yang lalu disifatkan sebagai BIADAP dan KURANG AJAR. Haruslah diingatkan kepada semua bahawa negeri itu milik Sultan dan anda sekadar menumpang teduh di situ. Amatlah kurang ajar jika memasuki rumah orang tanpa kebenaran tuan rumah sendiri.

Dan tambah malang apabila orang Pulau Pinang dari Permatang Pauh pula dinobatkan sebagai tetamu kehormat. Aduhai malangnya nasib orang-orang Selangor. 

Video  ini jelas menggambarkan mengapa tidak perlu dijemput Sultan ke Perbarisan Hari Kemerdekaan itu kerana rupanya ada individu yang tarafnya lebih tinggi dari Sultan telah hadir ke majlis itu.

Sebagai seorang yang lebih tinggi dari Sultan tentulah tidak perlu mengangkat tangan semasa Rukun Negara dibacakan. Wah..jauh lebih teruk daripada kanak-kanak sekolah yang pasti akan mengangkat tangan apabila     Rukun Negara dibacakan.

Anda semua tidak sabar-sabar untuk menyaksikan Malaysia mempunyai Presiden yang pertama? Bendera Republik Malaysia pun sudah dikibarkan dan andalah menjadi penentu sama ada untuk mengekalkan apa yang ada sekarang atau menjahanamkan apa yang datuk nenek anda telah sediakan untuk anda. 

Tuesday, September 4, 2012

Boboiboy atau Transformer?




Anda pernah mendengar pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang juga anggota pentadbiran kerajaan mencerca atau menjatuhkan penghinaan tahap terlampau kepada mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat?

Siapa yang tidak pernah mendengar ahli-ahli Pakatan melaungkan ‘Najib Altantuya’, ‘Lembu Kondo’ dan pelbagai lagi kata-kata mengaibkan yang jelas menjurus kepada soal merendahkan moral dan nama baik pimpinan kerajaan di mata rakyat.

Tujuan mereka untuk merendahkan moral dan nama baik pimpinan kerajaan itu cukup jelas dan nyata kerana biarpun mahkamah sudah memutuskan bahawa mereka tidak pernah terlibat dengan apa yang didakwa tetapi asakan terus dilakukan supaya kebusukan nama itu menjadi darah daging yang sebati dan akhirnya terperosok di minda rakyat. Selamanya.

Pun  begitu biarpun sudah diludah dan diinjak-injak pimpinan kerajaan tampak begitu bersahaja seolah-olah tidak punya perasaan tetapi percayalah jauh di sudut hati mereka pasti terguris menerbitkan luka cuma terpaksa ditelan kerana tidak mahu melayan dakwaan yang penuh kegilaan itu.

Atau mungkin sahaja sudah terbiasa dengan momokan itu yang pada hemat pimpinan kerajaan mampu dineutralkan dengan peribahasa ‘anjing menyalak bukit, bukit tidak runtuh tetapi anjing yang penat’ dan ‘alah bisa tegal biasa’.

Sejauh mana tahap kesabaran pimpinan kerajaan dengan asakan sebegini bukanlah mahu kita persoalkan tetapi kita harus mengambil kira persepsi rakyat kepada ‘kejantanan’ kerajaan apabila berdepan dengan asakan moral yang terlampau.

Mustahil rasanya Perdana Menteri tidak mendengar bagaimana Menteri Dalam Negeri digelar sebagai ‘Menteri Amaran’ oleh rakyat biarpun rakyat tidak pernah sedar bahawa tangan dan kaki Menteri berkenaan seakan terikat untuk mengambil tindakan yang menjolok mata demi menjaga kedaulatan dan keamanan negara seluruhnya. Pokoknya, rakyat tidak pernah memikirkan segalanya selain hanya menelan apa jua persepsi yang dilontarkan gerombolan Pakatan Rakyat.  

Belum terlalu lama untuk kita melupakan soal lembu dan kondo yang dikaitkan dengan Sharizat. Biarpun mahkamah sudah memutuskan bahawa beliau tidak terlibat dengan perkara itu tetapi ‘mahkamah’ gerombolan Pakatan Rakyat terus menjatuhkan hukuman berterusan kepada Sharizat. Semboyan ‘lembu dan kondo’ terus ditiupkan ke gegendang telinga rakyat seolah-olah Sharizat benar-benar terlibat. Pun pimpinan kerajaan terus membisu dan memekakkan telinga.

Altantuya, Scorpene dan pelbagai lagi nista cuba dikaitkan kepada pemimpin nombor satu negara, Najib Razak. Mungkin kerana lahir pada waktu Subuh yang cuacanya dingin dan sejuk menyucuk ke tulang sesejuk itulah Najib menelan kata nista itu tanpa serangan balas yang mengecutkan halkum gerombolan Pakatan Rakyat. Anda fikir adakah keadaan ini akan serupa di zaman pemerintahan Tun Mahathir? Jawapannya ada pada anda.

Terbaru, asakan itu mencapai klimaks apabila gambar pemimpin nombor satu negara dan isteri dipijak dan di’punggung’kan oleh mereka yang separuh masak. Pun masih tidak ada sebarang tindakan drastik yang diambil oleh tuan punya badan.  Kesabaran tahap apakah ini? Tentunya ramai di luar sana yang membuakkan amarah marah dengan kejadian ini merasa sama ada hairan atau bingung dengan tahap kesabaran tuan punya badan.

Inilah kelebihan yang ada pada pimpinan kerajaan yang tahap kesabaran mereka seolah ‘malaikat’ yang digambarkan oleh Tun Mahathir.

Dalam pada kagum pada kesabaran itu, rakyat masih menanti sampai bilakah kuku yang ada pada kerajaan hendak disimpan. Sarang tebuan jangan dijolok tetapi kerajaan telah terlalu banyak dijolok tetapi entah di mana silapnya sengat masih tidak kelihatan.

Rakyat di luar sana sudah agak bingung dengan pendekatan yang digunapakai kerajaan untuk menangani sebarang isu yang dijuarakan oleh gerombolan Pakatan Rakyat yang objektif jelasnya menimbulkan huru hara kepada negara. Kerajaan terus diam dan memekakkan telinga. Sehinggakan ada  yang berkata jika kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan untuk memerintah negara tidak digunakan pun boleh dikategorikan sebagai salah guna kuasa.

Dihina sudah, dipijak sudah, di’punggungkan’ pun sudah, kesabaran itu masih terus kukuh di dada pimpinan kerajaan. Kita sekadar tidak mahu sikap matang dan kesabaran pimpinan kerajaan itu disalah ertikan oleh rakyat sebagai TIDAK BERUPAYA DAN PENAKUT.

Bekas banduan itu terus menyerang dan adakah tempoh berkurung di Sungai Buloh dahulu berjaya menjadikan beliau seorang ‘malaikat’ yang baik sifatnya? Dengan video yang jelas dan saksi yang ramai pun tidak berupaya untuk ‘menjentik’ beliau dan mungkin sahaja kebalnya setebal dinding Sungai Buloh.

Ada yang kata jika sekali lagi dihantar Sungai Buloh beliau mungkin akan bertukar pula menjadi ‘transfomer’ yang apabila keluar kelak akan mampu menukar dirinya kepada bentuk yang lain bahkan menukar Malaysia menjadi sebuah negara baru seperti mana telah dizahirkan bendera baru.

Mampukah Bo Boi Boy menandingi kehebatan Transformer..Alahai pimpinan kerajaan janganlah anda dikelaskan sebagai Bo Boi Boy oleh rakyat. Transform!!!

Nuar Juburi?? Yang itu kena tanya Mat Sabu.

Monday, September 3, 2012

Jangan jentik telur sendiri



TAHNIAH kepada pengamal media sosial Malaysia khususnya penggemar Twitter yang berjaya mencipta rekod Malaysia dengan bilangan himpunan pengamal twitter yang paling ramai dan bilangan twit yang paling banyak di dalam tempoh sejam sehingga mencecah ke angka 3.6 juta. Hebat dan seharusnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Kesungguhan rakyat Malaysia untuk mencipta rekod itu dizahirkan semasa Himpunan Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos yang baru lalu.

Dalam pada ramai yang memuji kesungguhan untuk mencipta rekod itu ada pula di kalangan rakyat Malaysia yang tidak dapat menerima keadaan itu. Pelbagai tohmahan dilontarkan kepada kejayaan rekod itu sehinggakan ada di antara mereka yang bersusah payah untuk 'print screen' sebagai membuktikan bahawa rekod itu dicapai dengan kaedah menipu. 

Sejauh mana dakwaan itu benar tidaklah dapat Jebat huraikan tetapi Jebat sekadar hairan dengan kebusukkan hati sesetengah di antara kita untuk menerima apa jua kebaikan yang kita lakukan. Apa perlunya kita bersusah payah untuk menjalankan 'homework' semata-mata untuk membuktikan bahawa apa yang rakyat lakukan untuk negara itu sebagai menipu? Adakah mereka mahu rakyat percaya bahawa 'print screen' mereka itu adalah benar dan tidak menipu?

Inilah sebenarnya penyakit yang menular di kalangan rakyat Malaysia. BUSUK HATI dan tidak mahu menerima kelebihan yang ada pada orang lain. 

Jebat sekadar ingin melontarkan cabaran kepada mereka yang busuk hati kepada kejayaan mencipta rekod itu untuk mengadakan acara yang serupa untuk mencatat rekod baru. Jangan sekadar bijak menyalak.

Kalau anda gagal baru anda akan sedar bahawa sakitnya telur anda apabila dijentik lebih lebih lagi jika anda yang menjentik telur anda sendiri. Senak perut.

Thursday, August 30, 2012

Nak papan tanda atau hadiah?


ESOK kita akan merayakan sambutan hari kemerdekaan kali ke 55. Bermula dengan perarakan di Dataran Merdeka seawal jam 7 pagi petangnya membawa ke malam sambutan diteruskan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Biarpun pelbagai pandangan dan kecaman yang diterima oleh kerajaan kerana slogan JANJI DITEPATI kita angkat topi pada kerajaan kerana tidak tunduk kepada desakan yang dibuat oleh Pakatan. Persetankan sahaja dengan apa yang mereka lontarkan. Anak jantan!!

Berbalik kepada sambutan kemerdekaan kali ini, di Ulu Kelang Selangor Pakatan sudah pun menaikkan papan tanda untuk menyambut hari kemerdekaan dengan slogan mereka sendiri. Jebat sedikit pun tidak pernah kagum dengan papan tanda tersebut kerana kita sudah muak dengan kebolehan kerajaan Pakatan yang sekadar heboh dengan papan tanda dan janji. 

Bertahun memerintah di Ulu Kelang, tiada sebarang pembaharuan atau kemajuan yang Pakatan terjemahkan. Kalau ada pun sekadar menaikkan papan tanda ' ZON BERSIH' yang tak berapa nak bersih. Papan tanda lagi? Itulah kemampuan yang Pakatan ada MEMBANGUN BERSAMA PAPAN TANDA.

31 Ogos bermula jam 8 malam hingga lewat tengah malam jom ramai-ramai kita membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk acara yang penuh gilang gemilang. Selain untuk mencatat rekod dunia dengan himpunan pengamal twitter teramai kita akan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah. Hadiahnya seperti di dalam gambar ini.


Kalau sesiapa nak dapatkan hadiah ini jom ramai-ramai ke stadium, kalau rasa-rasa nakkan papan tanda, pergi sambut merdeka dengan kerajaan PAPAN TANDA. 

Budak-budak Pakatan yang tak berapa nak malu, jomlah sertai kami di Stadium Nasional Bukit Jalil..Kita cukup gentleman tak ada nak sisihkan sesiapa...Moh kita!!!

Thursday, August 9, 2012

Saipuddin Dollah: Jangan buka mulut boleh?



JIKA diikut kepada masa rasanya tidaklah sesuai untuk Jebat melontarkan kata-kata yang mungkin boleh menyinggung perasaan orang lain di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Tetapi dek kerana kurang fahamnya Jebat kepada kata-kata seorang anggota pentadbiran di dalam kabinet Malaysia ini terpaksa jua Jebat olah ayat-ayat manis yang mungkin boleh melahirkan pandangan Jebat. Anggap sahaja ianya sebagai satu pandangan.

Saipuddin Dollah yang merupakan anggota Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri baru-baru ini sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang agak celaru bunyinya. Mungkin sekali lagi Saipuddin akan mengatakan inilah yang dinamakan NEW POLITICS sebagaimana suatu ketika dahulu Saipuddin menggunakan istilah new politics apabila mengasak minda blogger yang dikatakan kurang faham dengan politik baru.

Terbaru, Saipuddin mengkritik Rais Yatim yang merupakan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan berhubung pemilihan tema hari kemerdekaan yang ke 55. Kritikan Saipuddin itu adalah rentetan daripada kenyataan Rais terhadap Malay Mail yang digambarkan seolah-olah pro pembangkang di dalam perkara ini. 

Saipuddin mengatakan bahawa Rais seharusnya menghormati kebebasan akhbar. Saipuddin mengatakan bahawa kita kena menghormati akhbar kerana itu memang bidang kerja akhbar. Ada benarnya dengan kata-kata Saipuddin tersebut. Cuma bolehkah Saipuddin meminta Harakah untuk bersetuju dengan dasar dan polisi kerajaan dan menyokong dasar yang diamalkan kerajaan?

Rais menjelaskan bahawa pemilihan tema itu bukan dilakukan oleh beliau seorang diri tetapi ianya adalah keputusan JEMAAH MENTERI. Jadi, adakah Saipuddin tidak bersetuju dengan keputusan jemaah Menteri yang kemuncaknya adalah keputusan Perdana Menteri? Atau Saipuddin sekadar ingin menggambarkan bahawa beliau selayaknya duduk di kerusi Menteri penuh dan tidak sekadar Timbalan Menteri seperti sekarang?

Jika Saipuddin merasakan Rais harus tahu bagaimana menghormati akhbar, KITA MINTA SAIPUDDIN TAHU BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHORMATI KEPUTUSAN KABINET DI DALAM PERKARA INI. Kalau tidak tahu apa yang orang mensyuaratkan jangan pandai-pandai mengeluarkan pandangan yang nampak sangat celarunya.

Dulu Jebat pernah menulis artikel yang bertajuk BOLEH SESIAPA SURUH SAIPUDDIN TUTUP MULUT kali ini terpaksalah sekali lagi Jebat memohon perkara yang sama tetapi kali ini permintaan ini terus kepada Saipuddin sendiri ..BRO..JANGAN BUKA MULUT BOLEH?