Thursday, August 9, 2012

Saipuddin Dollah: Jangan buka mulut boleh?



JIKA diikut kepada masa rasanya tidaklah sesuai untuk Jebat melontarkan kata-kata yang mungkin boleh menyinggung perasaan orang lain di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Tetapi dek kerana kurang fahamnya Jebat kepada kata-kata seorang anggota pentadbiran di dalam kabinet Malaysia ini terpaksa jua Jebat olah ayat-ayat manis yang mungkin boleh melahirkan pandangan Jebat. Anggap sahaja ianya sebagai satu pandangan.

Saipuddin Dollah yang merupakan anggota Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri baru-baru ini sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang agak celaru bunyinya. Mungkin sekali lagi Saipuddin akan mengatakan inilah yang dinamakan NEW POLITICS sebagaimana suatu ketika dahulu Saipuddin menggunakan istilah new politics apabila mengasak minda blogger yang dikatakan kurang faham dengan politik baru.

Terbaru, Saipuddin mengkritik Rais Yatim yang merupakan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan berhubung pemilihan tema hari kemerdekaan yang ke 55. Kritikan Saipuddin itu adalah rentetan daripada kenyataan Rais terhadap Malay Mail yang digambarkan seolah-olah pro pembangkang di dalam perkara ini. 

Saipuddin mengatakan bahawa Rais seharusnya menghormati kebebasan akhbar. Saipuddin mengatakan bahawa kita kena menghormati akhbar kerana itu memang bidang kerja akhbar. Ada benarnya dengan kata-kata Saipuddin tersebut. Cuma bolehkah Saipuddin meminta Harakah untuk bersetuju dengan dasar dan polisi kerajaan dan menyokong dasar yang diamalkan kerajaan?

Rais menjelaskan bahawa pemilihan tema itu bukan dilakukan oleh beliau seorang diri tetapi ianya adalah keputusan JEMAAH MENTERI. Jadi, adakah Saipuddin tidak bersetuju dengan keputusan jemaah Menteri yang kemuncaknya adalah keputusan Perdana Menteri? Atau Saipuddin sekadar ingin menggambarkan bahawa beliau selayaknya duduk di kerusi Menteri penuh dan tidak sekadar Timbalan Menteri seperti sekarang?

Jika Saipuddin merasakan Rais harus tahu bagaimana menghormati akhbar, KITA MINTA SAIPUDDIN TAHU BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHORMATI KEPUTUSAN KABINET DI DALAM PERKARA INI. Kalau tidak tahu apa yang orang mensyuaratkan jangan pandai-pandai mengeluarkan pandangan yang nampak sangat celarunya.

Dulu Jebat pernah menulis artikel yang bertajuk BOLEH SESIAPA SURUH SAIPUDDIN TUTUP MULUT kali ini terpaksalah sekali lagi Jebat memohon perkara yang sama tetapi kali ini permintaan ini terus kepada Saipuddin sendiri ..BRO..JANGAN BUKA MULUT BOLEH?

2 comments:

  1. Cakap rais jangan perangai macam panteq boleh tak????

    ReplyDelete
  2. lagi rosak politik orang macam ni

    ReplyDelete