Showing posts with label Saifuddin Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Saifuddin Abdullah. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

Apa lagi Saifuddin Abdullah mahu?


Apa lagi bekas Timbalan Menteri ni mahu bila menjelaskan kriteria calon yang harus dipilih di dalam pemilihan Agong UMNO nanti.

Apakah beliau merasakan bahawa kriteria yang ada pada beliaulah merupakan kriteria yang perlu ada pada calon yang hendak dipilih?

Sudahlah Saifuddin kita sudah muak dengan cakap kosong kamu yang entah apa-apa.

New Politics..istilah yang kamu agung-agungkan.. Sudahnya kamu pun menyungkur bersama istilah itu di dalam PRU ke 13.

Jangan jadi seperti ketam yang hendak mengajar anak berjalan lurus.

Kamu fikir kami akan lupa bagaimana kamu 'membeli insurans' semasa menyertai kegilaan Adam Adli di PWTC?

Kami masih ingat kepada gambar-gambar di bawah dan adakah kriteria seperti ini yang perlu UMNO harapkan untuk dinobatkan sebagai pemimpin..??

 
 
 
Saiffudin..mungkin kamu boleh jadi pemimpin untuk golongan seperti gerombolan ini tapi maaflah kami tidak boleh menerima kamu!!!
 
Baca DI SINI untuk kenyataan Saifuddin yang maha hebat itu..!!!
 
Sudahlah!!!!
 
 


Thursday, August 9, 2012

Saipuddin Dollah: Jangan buka mulut boleh?



JIKA diikut kepada masa rasanya tidaklah sesuai untuk Jebat melontarkan kata-kata yang mungkin boleh menyinggung perasaan orang lain di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Tetapi dek kerana kurang fahamnya Jebat kepada kata-kata seorang anggota pentadbiran di dalam kabinet Malaysia ini terpaksa jua Jebat olah ayat-ayat manis yang mungkin boleh melahirkan pandangan Jebat. Anggap sahaja ianya sebagai satu pandangan.

Saipuddin Dollah yang merupakan anggota Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri baru-baru ini sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang agak celaru bunyinya. Mungkin sekali lagi Saipuddin akan mengatakan inilah yang dinamakan NEW POLITICS sebagaimana suatu ketika dahulu Saipuddin menggunakan istilah new politics apabila mengasak minda blogger yang dikatakan kurang faham dengan politik baru.

Terbaru, Saipuddin mengkritik Rais Yatim yang merupakan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan berhubung pemilihan tema hari kemerdekaan yang ke 55. Kritikan Saipuddin itu adalah rentetan daripada kenyataan Rais terhadap Malay Mail yang digambarkan seolah-olah pro pembangkang di dalam perkara ini. 

Saipuddin mengatakan bahawa Rais seharusnya menghormati kebebasan akhbar. Saipuddin mengatakan bahawa kita kena menghormati akhbar kerana itu memang bidang kerja akhbar. Ada benarnya dengan kata-kata Saipuddin tersebut. Cuma bolehkah Saipuddin meminta Harakah untuk bersetuju dengan dasar dan polisi kerajaan dan menyokong dasar yang diamalkan kerajaan?

Rais menjelaskan bahawa pemilihan tema itu bukan dilakukan oleh beliau seorang diri tetapi ianya adalah keputusan JEMAAH MENTERI. Jadi, adakah Saipuddin tidak bersetuju dengan keputusan jemaah Menteri yang kemuncaknya adalah keputusan Perdana Menteri? Atau Saipuddin sekadar ingin menggambarkan bahawa beliau selayaknya duduk di kerusi Menteri penuh dan tidak sekadar Timbalan Menteri seperti sekarang?

Jika Saipuddin merasakan Rais harus tahu bagaimana menghormati akhbar, KITA MINTA SAIPUDDIN TAHU BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHORMATI KEPUTUSAN KABINET DI DALAM PERKARA INI. Kalau tidak tahu apa yang orang mensyuaratkan jangan pandai-pandai mengeluarkan pandangan yang nampak sangat celarunya.

Dulu Jebat pernah menulis artikel yang bertajuk BOLEH SESIAPA SURUH SAIPUDDIN TUTUP MULUT kali ini terpaksalah sekali lagi Jebat memohon perkara yang sama tetapi kali ini permintaan ini terus kepada Saipuddin sendiri ..BRO..JANGAN BUKA MULUT BOLEH?

Thursday, May 10, 2012

Boleh sesiapa suruh Saipuddin tutup mulut?

Kalau handal sangat kenapa tak halang mahasewel daripada menurunkan bendera Presiden UMNO?

SEBENARNYA Jebat kurang berminat untuk menulis mengenai Saipuddin Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang Jebat sifatkan entah apa-apa. Sehingga ke hari ini Jebat berasa hairan bagaimana orang seperti Saipuddin boleh duduk di kerusi Timbalan Menteri. Kalau rezeki beliau tak mengapalah.

Suatu ketika Saipuddin bangga dengan istilah new politic yang padanya tidak ramai yang faham dengan istilah itu sehinggakan ada rakan-rakan blogger yang berasa kecil hati kerana dikatakan tidak faham dengan istilah yang digambarkan oleh Saipuddin sebagai terlalu abstrak.

Saipuddin terus melakukan kejutan dengan hadir di perarakan mahasewel yang cuba menerobos ke PWTC. Katanya untuk mendengar suara orang muda dan atas kapasiti Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Yang peliknya bila ASPIRASI berarak ke pejabatnya bayang Saipuddin  tidak pula kelihatan.

Apabila Saipuddin mengatakan bahawa Tun Hanif Omar tidak sesuai untuk menganggotai Panel Penasihat Bebas berhubung tindakan polis sewaktu KOTOR 3.0,  bertambah-tambahlah lagi tidak minatnya Jebat untuk berbicara soal Saipuddin.


Adakah Saipuddin lupa bahawa beliau adalah anggota pentadbiran kerajaan justeru adalah lebih elok sekiranya Saipuddin menyerahkan hal-hal seumpama itu kepada boss-bossnya untuk membuat kenyataan atau setidak-tidaknya bersetuju dengan apa jua keputusan yang kerajaan lakukan sesuai dengan kapasitinya sebagai anggota pentadbiran walaupun sekadar Timbalan Menteri.

Jebat berasa agak pelik pada Saipuddin ini kerana setiap kali beliau buka mulut tangan Jebat secara automatiknya akan menutup telinga dan jika ada sesiapa yang terbaca artikel ini dan boleh menyampaikan perihal ini kepada beliau, tolonglah sampaikan pesan ini  'BOLEH TAK ANDA TUTUP MULUT?'