Saturday, May 11, 2013

Apa khabar Ali Rustam aka Tok Ali?



 

Apa khabar agaknya Tok Ali di Melaka selepas kecundang di Bukit Katil?
 
Sebagai anak Melaka, Jebat rasa amat dukacita di atas kekalahan Tok Ali tambah-tambah lagi di tangan manusia yang paling tinggi di Melaka aka Sam Kemetot.
 
Tetapi sebagai rakyat yang faham erti undang-undang, Jebat menghormati keputusan orang Bukit Katil walaupun Jebat merasa sedikit hairan adakah orang-orang di Bukit Katil sudah buta sehingga terlupa akan sumbangan Tok Ali kepada negeri Melaka?
 
Kita penyokong tegar BN bukan seperti penyokong Pakatan Haprak yang tidak tahu menerima keputusan dengan hati yang tenang sehingga memaksa mereka melolong di jalanan. Kalau acuan pemimpinnya begitu apalah yang mahu kita hairankan dengan sikap biadab penyokongnya.
 
Seorang rakan Jebat memaklumkan pada Jebat yang beliau ada menghantar sms pada seseorang yang rapat dengan Tok Ali supaya mencadangkan Tok Ali bertanding di Parlimen Tangga Batu. Tetapi jawapan daripada makhluk perosak kepada Tok Ali itu membalas dengan penuh angkuh ' Kau tak perlu masuk campur'.
 
Pada peringkat awal lagi, Jebat sudah merasa kurang selesa apabila Tok Ali memaklumkan mahu bertanding di Parlimen Bukit Katil. Bukan kerana risaukan kekuatan Sam Kemetot tetapi risaukan akan senario dan trend pengundi di situ.
 
Pada tahun 2004, BN menang besar di situ. Datuk Dr Mohd Ruddin Abdul Ghani menang bergaya di Bukit Katil sebelum landskap politik negara berubah yang menyaksikan Dato Mat Sirat hampir tersungkur di Bukit Katil pada tahun 2008.
 
Bayangkan daripada majoriti puluhan ribu yang diperolehi Mohd Ruddin hanya tinggal seribu lebih semasa era Mat Sirat. Bukit Katil terus menjadi ruang untuk Pakatan bertapak dan menjadi seribu pertanyaan siapakah yang bakal menggalas tanggungjawab untuk mengibarkan panji BN di situ dalam PRU yang baru lalu.
 
Akhirnya sebagai anak jantan, Tok Ali mengibarkan bendera untuk berjuang di Bukit Katil. Tindakan yang Jebat lihat amat berani walaupun sedikit menggusarkan. Dengan beberapa DUN di situ, yang terdapat ramai pengundi Tionghua risiko yang di ambil Tok Ali amat tinggi. Tetapi tentulah Tok Ali fikir orang-orang Melaka tahu mengenang budi. Tanggapan Tok Ali jauh meleset apabila segala jasa Tok Ali kepada negeri Melaka dihumban begitu sahaja oleh pengundi di situ. Tok Ali tersungkur.
 
Haprak sungguh pengundi di Bukit Katil yang tidak tahu mengenang budi. Kalau selepas ini Melaka kehilangan pemimpin yang berwibawa seperti Tok Ali andalah yang menjadi punca kepada keadaan ini. Lebih malang kerana langkah pertama Tok Ali untuk membantu menambah bangunkan Malaysia telah dibantutkan oleh pengundi di Parlimen Bukit Katil semata-mata dek kerana kecintaan kepada manusia bantut bernama Sam Kemetot.
 
Kepada Ketua Menteri Melaka yang baru, intai-intailah apa yang boleh Datuk lakukan untuk memberikan kedudukan kepada Tok Ali selaras dengan kemampuan dan jasa Tok Ali.
 
Semoga Tok Ali tidak patah semangat!!!

6 comments:

  1. Lantik aja tok ali jadi TYTmelaka yang baru selama ni pun mana ada anak melaka yang mengalas tanggungjawab sebagai TYT MELAKA.


    Masa tu kita cengok le siapa mengkarungbyng sanggup nak melutut dan merangkak menyembah meminta belas ekhsan danmeluahkan seribu alasan.

    ReplyDelete
  2. Datuk Ali Rustam kalah di gelanggang, memang adat pahlawan, Jasanya kepada Negeri Melaka memang banyak, terima kasih Datuk. Seperti kata Cencaluk memang setuju anak Melaka belum ada yang menjadi TYT Melaka , sejak merdeka lagi. Jadi bolihlah Datuk Ali dicalunkan sebagai TYT Melaka akan datang.

    ReplyDelete
  3. sabarlah tok ali...manusia tak reti menilai jasa2 tok ali tapi Allah ada disisi utk menilainya..satu hari nanti..bila masing2 dah terantuk baru la sedar..ramai di Melaka yg jadi Raja Mendaliar..suku sakatnya terlalu ramai..dulu fitnah Bendahara..sekarang fitnah Ketua Menteri..tengok apa jadi lepas tu? Malaka dijajah..semoga Datuk Idris Haron akan mempersiapkan barisan hulubalang..lawan tetap lawan !!

    ReplyDelete
  4. Tun Mahathir dulu pun pernah jugak kalah dalam pilihanraya....1969. Tapi lepas tu beliau melangkah lebih jauh lagi.

    ReplyDelete
  5. Dato ali al agib selamat bersara..

    ReplyDelete
  6. ...Saya rasa ini adalah satu percaturan yang silap.

    Tok Ali merupakan seorang pemimpin yang berwibawa dan masih mampu lagi unutu menjadi pemimpin Melayu yang berkarisma.

    Tetapi hasil dari kajiselidik yang kurang mantap terhadap senario diBukit Katil sebelum PRU13 lepas maka inilah akibatnya. Sam Ketot tu bukannya ada apa apa pun!. Tetapi dia boleh mendapat undi yang lebih disana. Kenapa?.

    Orang orang Bukit Katil pun satu.

    Memanglah mereka tidak tahu menilai mana yang batu mana yang permata. Tetapi jika majoriti pengundinya adalah kaum Cina kekalahan Tok Ali pastilah sudah diduga. Ini kerana intipati kempen pembangkang khususnya DAP adalah menyemaikan perasaan benci terhadap pemimpin kerajaan serta 'character assisination'. Jadi ini juga perlu diambilkira sebelum Tok Ali menggalas tugas disitu.

    Tetapi bersabar sahajalah kerana Allah maha mengetahui segala natijahnya...

    Salam dari orang Serkam.

    ReplyDelete