Tuesday, January 3, 2012

Sambungan kata Hang Tuah



Anda takut Melayu akan hilang di dunia? Anda takut bangsa Melayu akan lenyap di dunia?

Anda tidak perlu gusar akan kemungkinan Melayu akan hilang dan luput di dunia kerana pahlawan Melayu, Hang Tuah ada berkata 'TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA'.

Timbul pula pertanyaan daripada segelintir sahabat yang bertanya kepada Jebat, 'Hang Tuah cakap Melayu tak hilang di dunia tetapi Hang Tuah sendiri hilang entah ke mana' dan Jebat jawab kepada mereka 'Hang Tuah bukan hilang tetapi sedang sibuk mengelilingi dunia untuk pastikan benarkah Melayu masih ada di setiap pelusuk dunia'.

Bukti benarnya kata Hang Tuah, Melayu tidak akan hilang dan Melayu akan sentiasa kelihatan, tunggulah 9hb Januari ini Melayu akan bersepah di tengah jalan. Sebabnya, Melayu tidak mahu Melayu dipenjarakan. Melayu liwat Melayu, yang bertembung juga Melayu dengan Melayu. Hebatkan Melayu..di mana-mana ada Melayu.

Itulah yang bukan Melayu risaukan kerana pepatah Melayu ada mengatakan 'gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah'. Benarkah? Pelanduk bukan bodoh seperti gajah, pelanduk lebih suka gajah bergaduh kerana apabila keletihan bergaduh, gajah sudah hilang tenaga dan sudahnya gajah hilang kuasa.

Jadi sambungan kepada kata-kata Hang Tuah 'Melayu takkan hilang di dunia....KUASA BAGAIMANA?

1 comment:

  1. Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

    Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

    ReplyDelete