Wednesday, August 17, 2011

Melayu dah lupa hujung pangkal



Gua rasa terpanggil untuk mengetuk sesuatu atas laptop buruk gua biarpun keadaan kesihatan yang tak berapa elok seminggu dua ni. Tapi dengan kudrat yang Allah bagi pada gua, gua gagahkan jugak untuk melunaskan tanggungjawab gua sesama Islam.

Gua nak sentuh sikit pasal isu Khalid Samad dan beberapa pimpinan Pakatan yang dikatakan mahu menyaman GOMO. Sesal gua kalau benda ni jadi. Sebabnya: Perkara ni terjadi dalam bulan Ramadhan dan yang menyaman dan kena saman kedua duanya adalah Islam.

Mungkin Khalid Samad tidak kenal GOMO lantaran itu Khalid Samad tidak berpeluang untuk bersemuka dengan GOMO tetapi kalau tak silap gua, kelibat Salahuddin Ayub ada kelihatan di dalam sidang media tempoh hari. Mustahil Salahuddin Ayub tak kenal GOMO. Khabarnya, GOMO dan Salahuddin Ayub telah bertentang 4 mata dalam suatu isu. Susahkah Salahuddin Ayub nak berikan nasihat atau setidak-tidaknya memberikan nombor telefon GOMO pada Khalid Samad? Khabarnya GOMO akur dengan permintaan Salahuddin Ayub untuk tidak memperbesarkan suatu isu yang cukup menyentuh perasaaan Salahuddin.

Rasanya Salahuddin kenal GOMO secara peribadi dan apalah salahnya jika dia menasihati Khalid Samad untuk berjumpa secara 4 mata bersama GOMO?

Gua percaya pada GOMO sebagai anak jantan dan tidak akan gentar dengan sebarang tekanan. Tetapi apalah salahnya jika sebagai umat Islam baik Khalid Samad dan GOMO perjumpaan secara 4 mata di dalam menyelesaikan isu ini adalah jauh lebih baik tambah tambah pulak dalam bulan Ramadhan.

Isu pokoknya adalah isu serbu gereja. Dan lanjutan daripada itu timbul pula pelbagai isu. Jangan Melayu jadi bodoh kerana sehingga artikel ini ditulis masih tidak ada sebarang tindakan atau kata putus dari pihak yang terbabit sedangkan Melayu yang mahu menyaman dan kena saman sudah terlalu ke depan di dalam bertindak.

Ini bukan soal siapa anak jantan. Jika masjid diserbu beranikah Melayu bertindak pantas atau Melayu akan menunggu hasil siasatan dulu sebelum bertindak?

Siapa yang untung dalam soal ni?UMNO? PAS? Kedua-duanya tidak kerana yang untung adalah pihak yang sedang melaksanakan apa yang telah dirancangkan.

Gua sekadar tak mahu Melayu jadi bangang!!!!!

Cukuplah Melayu bertegang leher dalam isu arak dan isu kalimah Allah. DAPigs senyum lebar tengok gelagat Melayu

2 comments:

  1. sy sokong!!! Melayu jangan jadik bangang! dala selama nie mang da bangang..so nak jadik bangang bertingkat2 tur naper? dua2 keras paler..dua2 nak tunjuk sape baguz....padahal dua2 pun hampeh!...yang bagus cumer si JEBAT BERKOKOK JER meskipun selalu tak mandi pagi! hahaha

    ReplyDelete
  2. apa nak heran bang. mereka ni kalau fikir tentang Islam pasti takde jadi benda macam ni... ini semua dah mabuk pangkat dan harta!!!

    ReplyDelete