Tuesday, June 14, 2011

Pakar Facebook tolong baca di sini



Pelik benar bunyinya bilamana Kementerian Pelancongan di dalam jawaban lisan di Parlimen memaklumkan bahawa kementerian tersebut memperuntukkan RM 1.8 juta untuk 3 tahun (2011-2013) untuk mempromosi Malaysia melalui laman sosial Facebook.

Sama ada aku kurang arif berhubung aplikasi Facebook atau ada sesuatu yang tidak kena dengan perbelanjaan sebanyak itu melalui aplikasi secara percuma yang boleh dinikmati oleh semua individu.

Kita andaikan sahaja Facebook milik Kementerian Pelancongan itu amat berbeza dengan laman-laman Facebook milik orang lain. Mungkin sebab itulah untuk mengendalikannya memerlukan perbelanjaan sebesar itu. Pun begitu kita menagih penjelasan lanjut daripada Kementerian tersebut untuk menerangkan justifikasi mengapa perbelanjaan sebesar itu diperlukan untuk mengendalikan laman Facebook yang semua pihak sedia maklum boleh dikendalikan secara percuma.

Dengan semua yang berciri 'template design' di Facebook aplikasi apakah yang ditokok tambah oleh Kementerian Pelancongan untuk merekabentuk laman Facebook kementerian tersebut?

Sesungguhnya, perkara-perkara beginilah yang dengan mudah merobek kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Kita mohon kepada Kementerian Pelancongan untuk menjelaskan justifikasi dan logik berhubung peruntukan yang dimaksudkan.

Sesiapa yang arif berhubung Facebook, mohon jelaskan pada aku tentang di mana logiknya peruntukan sebesar ini untuk mengendalikan Facebook.

Noktah..aku semakin bingung..yang arif berkenaan Facebook tolong beri pandangan.

1 comment:

  1. FB page mmg free...iklan melalui FB kena bayar per click. FB mempunyai kadar respon yg agak tinggi untuk iklan2 dan promo berterusan 3 tahun melalui iklan FB mmg berbaloi utk tingkatkan industri pelancongan kita. Bayangkan setiap klik bernilai US0.10 dan daripada US0.10 tuh kita leh jual pakej2 pelancongan ke Malaysia kepada bakal2 pelancong...satu pakej katakan RM 3000..tak berbaloi ke? Serendah US0.10 kita berpotensi dapat customer yang sanggup bayar RM 3000? Kita cuma bayar bile ade org klik ajer...kalau xde xperlu byr.

    ReplyDelete