Friday, June 26, 2009

Bahagia yang tidak menjadi

Aduhai..penulis rasa penulislah orang yang paling berbahagia dan hampir hari hari rasanya menyedut udara yang cukup segar. Semuanya kerana idea dan cadangan untuk mengadakan kerajaan perpaduan. Rasanya kalau penulis diberi peluang untuk berjumpa Tuan Guru Hadi Awang dan YB Nasharudin mahu rasanya penulis berjabat tangan dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas cadangan dan idea kerajaan perpaduan yang mereka lontarkan. Semuanya kerana penulis telah lama mengimpikan idea dan cadangan yang jelas terlalu baik untuk orang orang Melayu. Tapi benarlah kata orang 'kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari'. Bunga yang baru hendak berkembang akhirnya layu di tangkai yang kering. Gugur dan luruh harapan penulis apabila harapan yang menggunung tinggi itu disentap oleh tangan tangan durjana.

Melayu jenis apakah yang merosakkan cadangan yang jelas untuk perpaduan Melayu? Melayu seperti inilah yang merosakkan bangsa dan boleh dikategorikan sebagai pengkhianat bangsa. Soalnya benarkah Melayu di dalam PAS yang menjadikan idea kerajaan perpaduan ini menjadi suatu illusi dan hanya omongan kosong atau adakah individu lain yang menjadi dalang di dalam menghapuskan idea kerajaan perpaduan ini? Tidak perlu kita toleh untuk menuding jari kepada si sepet putih telur dan si hitam tampuk manggis yang jelas mahukan kerajaan ini gagal sebaliknya marilah kita renungkan tentang si sawo matang yang tidak tahu menghargai perpaduan bangsa. Semuanya kerana tamak dan penuh dengan agenda peribadi.

Apalah dosanya dengan idea kerajaan perpaduan sehinggakan idea yang sememangnya dinantikan oleh semua umat Melayu Malaysia yang cintakan perpaduan cuma mekar beberapa ketika sebelum dilontarkan ke tong sampah. Cuma ada yang pelik apabila di kalangan Melayu yang mengatakan bahawa idea kerajaan perpaduan ini adalah tanda bahawa UMNO dalam keadaan yang cukup terdesak sehinggakan mahu berunding dengan PAS dan ada di kalangan pemimpin PAS yang kata apabila gagalnya idea kerajaan perpaduan ini bahawa UMNO sudah kehabisan oksigen. Di manakah letaknya rasional pemimpin ini sehinggakan boleh berkata demikian? Tidakkah beliau sedar, idea ini bukannya menjurus kepada kepentingan UMNO dan PAS tetapi segalanya hanyalah untuk MELAYU. Kalau ikutkan hati mahu saja penulis mencarut dengan menggunakan perkataan perkataan kasar untuk memaki hamun pemimpin PAS tersebut tetapi sebagai anak Melayu, penulis sedar dan di asuh secukupnya untuk menjaga adat dan tatasusila Melayu.

Penulis bukanlah orang yang arif tentang dunia politik dan tidak lebih dari sekadar menjadi pemerhati politik. Cuma apabila perasaan kecintaan Melayu penulis di sentap dengan tangan tangan durjana yang merosakkannya penulis mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa kecewa di sini.

Tidak kira sama ada Melayu PAS mahupun Melayu UMNO marilah sama sama kita teruskan agenda perpaduan Melayu. Lupakan hasrat tentang Melayu yang terlalu mengejar kuasa sehinggakan tergamak menodai perpaduan Melayu. Nama nama seperti Anwar Ibrahim dan Nik Aziz yang menodai idea kerajaan perpaduan untuk kepentingan politik mereka hendaklah kita buang jauh jauh dari kamus dan maksud Melayu. Bagaimana boleh mereka benarkan perpaduan Melayu di ratah dan dirogol oleh DAP? Aneh bagaimana ada pemimpin Melayu yang menjadi pemangkin kepada kejadian rogol Melayu oleh DAP ini.

Tenanglah Melayu. Fikirkan apa lagi yang ada pada Melayu selain dari kuasa. Kuasa ekonomi telah kita serahkan pada si sepet putih telur. Tanah yang sebidang ini janganlah sampai turut terserah. Jangan dek kerana kerakusan kita dan kurang matangnya kita, kita terjajah di bumi sendiri yang dikenali sebagai TANAH MELAYU. Janganlah akhirnya Melayu menjadi melukut di tepi gantang.

Tenanglah dan waraslah Melayu!!!!

No comments:

Post a Comment