Saturday, April 25, 2009

Tahniah dan terima kasih 'National Press Club'


Sekalung tahniah dan terima kasih kepada ‘National Press Club’(NPC) di atas anjuran majlis diskusi dan penerangan berkenaan kemelut yang berlaku di Perak. Majlis yang telah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Ipoh pada 24 April 2009 (Jumaat) yang lalu jam 9.00 malam itu wajar diucapkan tahniah di atas kejayaan dan kelicinan majlis tersebut.

Harus kita faham dan kita sedar bahawa majlis yang dianjurkan itu BUKANLAH satu majlis debat yang sengaja NPC anjurkan untuk mencari siapa yang menang dan kalah sebaliknya atas rasa tanggungjawab untuk memberi penerangan dan menerangkan apakah yang sebenarnya yang berlaku di dalam kemelut politik Perak. Aku faham apa yang NPC harapkan daripada majlis itu ‘perpaduan di kalangan rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia amnya’. Itu yang membuat aku bangga dengan usaha murni NPC ini. Walaupun ada segelintir penonton yang tampak kurang faham dengan matlamat majlis ini tapi aku harap ianya akan memberi impak yang besar kepada rakyat negeri Perak.

Tak perlulah aku komen panjang tentang majlis ini kerana aku tidak mahu membuka peluang untuk majlis ini dikritik dan seolah olah menampakkan NPC berpihak kepada pihak pihak tertentu. Dalam hal yang sebenarnya NPC cuma berhasrat untuk memberi penerangan dan membantu mendamaikan rakyat negeri Perak.

Aku harap NPC akan terus menganjurkan majlis majlis seumpama ini. Terima kasih kepada brother Rocky dan agaknya hadiah daripada beliau kepada semua kerana dah dapat angka 10 juta..Great bro!!!

No comments:

Post a Comment