Monday, January 11, 2010

Daulat Tuanku: Kalimah Allah hanya untuk Islam di Selangor



Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj
ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
Patik doakan semoga Allah pelihara kesihatan Tuanku dan putera puteri tuanku.
Patik mohon mengucapkan setinggi tinggi Terima Kasih keatas titah Tuanku hari ini.
Titah tuanku mendatangkan kelapangan kepada dada patik yang gundah gulana sejak seminggu ini akibat serangan bertubi tubi terhadap Agama Islam yang kita cintai.
Titah tuanku yang jelas telah memberi satu harapan kepada umat Islam di seluruh negeri Selangor ini dan di harap wakil wakil kerajaan Tuanku dapat memahami titah tuanku ini dengan baik dan berhenti dari mengelirukan masyarakat dan mengeruhkan keadaan.
Patik juga mohon berharap apa kiranya tuanku berkenan untuk mengajak kekanda kekanda yang lain untuk bermesyuarat dan mengeluarkan satu ketetapan tentang penggunaan nama Allah di bumi bertuah dan berdaulat Tanah Melayu yang kini bergelar Malaysia.
Sekali lagi patik memohon mengucapkan terima kasih kepada Tuanku dan mendoakan Allah memelihara Tuanku dan putera puteri Tuanku.
Titah Baginda itu adalah selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuaratnya yang ke-82 pada 5 Mei, 2008 yang berbunyi:

“Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khas bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimat tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Moga dengan titah tuanku ini akan meredakan keadaan kucar kacir yang telah melanda negara kita. Jangan ada di antara kita yang engkar dengan titah tuanku ini, barang siapa yang engkar maka DERHAKA LAH dia pada tuanku..

Chua Jui Meng: Kuda tua tak sedar diuntung


Sama sama kita renungkan antara kata kata yang keluar dari mulut Chua Jui Meng..kuda tua bekas ahli MCA yang kini dah sertai Fuckatan. Nampak macam tak sedar diri dan tak sedar di untung.

Lebih 30 tahun Dato' dalam MCA, apa yang mendorong Dato' keluar BN?

Saya nampak fajar telah muncul, fajar bukan hanya untuk orang politik sahaja tetapi rakyat Malaysia seluruhnya, sebuah negara yang saya cintai.

Agaknya sebelum ni, kuda tua ni buta..Setelah berpuluh tahun dalam kancah politik dan setelah memegang jawatan tinggi dalam MCA dan menyandang jawatan Menteri dan mengecapi pelbagai kemudahan sebagai Menteri sekarang dia kata fajar telah muncul. Dah kecapi pencen sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional dan pencen sebagai menteri baru dia nampak fajar. Sah dia ni buta..Dia kata fajar yang dia nampak tu bukan hanya untuk orang politik tetapi jugak untuk rakyat Malaysia, apakah masa dia menjadi Menteri Kesihatan dulu tindakan dan dasar yang dia buat tidak memberikan manfaat kepada rakyat hinggakan rakyat tidak nampak fajar? Selain dari buta, kuda tua ni jugak jelas tidak ikhlas.

Dato' yakin Pakatan Rakyat boleh bawa perubahan dalam negara?

Saya bersyukur kepada Tuhan Allah sebab pada hari ini orang Tionghoa, Melayu, India sudah buka mata.

Wah..dah pandai sebut kalimah Allah..Inilah jadinya bila haram jadah hamPAS kata semua orang boleh gunakan perkataan Allah. Pada andaian semua sebagai umat Islam adakah Allah s.w.t akan melimpahkan rahmatnya pada orang orang bukan Islam? Dan adakah kuda tua ini akan dimasukkan ke syurga? (syurga N.Ajis mungkinlah kot) Banyak lagi bait bait kalimah Allah yang kuda tua ni utarakan dalam sesi temubual bersama Serakahdaily tapi Jebat tidak mahu petik semuanya kerana takut terkena badi dan majal orang yang mempersendakan kalimah Allah.

Kenapa Umno lebih pandai dari Nabi Muhammad, lebih Islam kononnya dari Nabi Muhammad. Sedangkan Quran kata boleh guna Allah? Ini tak masuk akal.

Ini sudah lebih..sejak bila UMNO kata yang UMNO lebih pandai dari Nabi Muhammad? Orang orang UMNO tidak pernah berkata demikian sebaliknya N. Ajis yang menjanjikan syurga kepada orang orang PAS yang selayaknya dipersalahkan seolah olah N.Ajis ada syafaat seperti Nabi Muhammad. Musibat ni dah pandai menterjemahkan Al Quran pulak biarpun baru sehari dua sertai ular ular dalam semak hamPAS.

Saya seorang Kristian, saya gembira jika orang Islam gunakan nama Isa. Saya tak boleh kata orang Melayu Islam jangan gunakan nama Isa. Injil lama sebelum kemuncukan al-Quran sudah sebut nama Allah.

Woi musibat..orang orang Islam menggunakan nama Isa sebab Isa tu nama nabi dan bukan Allah. Selagi kami berpegang pada dua kalimah syahadah kau jangan nak memandai mandai goyangkan akidah kami. Insyaallah sekuat mana pun dugaan yang datang akidah kami tetap utuh.

Banyak lagi perkara yang disentuh oleh kuda tua ini termasuk isu perkauman yang kadang kadang membakar semangat Melayu Jebat..tetapi memikirkan keharmonian dan kedamaian negara yang tercinta ini lebih penting dari melayan musibat kuda tua ini, Jebat fikir tidak perlu Jebat nukilkan semuanya di sini. Biarlah..mudah mudah Allah akan terus memberi rahmat kepada orang orang Melayu semua.

Kuda tua ni sebenarnya bukan apa cuma dia masih kemarukkan kuasa. Bila dah tidak ada tempat di dalam MCA dan BN dia lompat masuk Keadilan dengan harapan akan ada fajar untuk masa depan politiknya. Itu yang dia maksudkan yang dia nampak fajar..bukan untuk rakyat tetapi untuk melunaskan karier politiknya yang masih tak terbendung..Musibat punya kuda tua..

Saturday, January 9, 2010

Musibat terang terang tuding jari pada UMNO



KUALA LUMPUR, 10 Jan: Umno tidak lagi dipercayai apabila mahkamah rakyat membicarakannya berikutan serangan ke atas beberapa gereja akibat provokasi dan eksploitasi isu penggunaan nama Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyifatkan reaksi marah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berhadapan dengan persoalan yang berbangkit akibat serangan-serangan itu membuktikan betapa menggelabahnya beliau menghadapi rakyat.

Najib menuntut supaya jangan menuding jari kepada Umno berikutan serangan ke atas gereja-gereja itu sejak Jumaat lalu.
"Saya menyifatkan kenyataan tersebut menggambarkan betapa Perdana Menteri menyedari bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang dibicarakan oleh mahkamah rakyat dan meletakkan parti dan pimpinan Umno di kandang orang salah.
"Perbicaraan dimahkamah rakyat menggambarkan Umno sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat lagi," kata Mahfuz.
Beliau mengingatkan Najib pepatah Melayu yang berbunyi 'siapa yang menanam dialah yang menuai hasilnya'.
"Kepada Perdana Menteri, ingin saya nyatakan bahawa (tindakan) rakyat menuding jari kepada Umno dan pemimpinnya adalah berasaskan perangai pemimpin Umno yang perkauman," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Najib, kata Mahfuz, perlu mengimbas kembali peristiwa 22 tahun lalu yang melibatkan beliau sendiri sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan membawa kepada penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui Operasi Lallang.
Para pemimpin pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dimangsakan oleh politik jahat Umno di dalam operasi itu, katanya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata, kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat berhubung penggunaan kalimah Allah oleh majalah itu sebagai mengulas rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi.
Mahfuz merujuk kepada kenyataan-kenyataan tersebut ketika mempertikaikan keikhlasan Umno dalam menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah.

"Umno ingat dia boleh menggunakan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian untuk tujuan politik murahan, tetapi jelas senjata makan tuan dan rakyat tidak lagi mempercayai Umno.
"Inilah petanda Umno dan BN telah kehabisan dan kehilangan hak untuk memerintah negara," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat berbilang kaum dan agama agar bersama-sama dengan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) untuk ‘memuziumkan’ Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Kepada parti-parti kompenan BN, beliau menyeru mereka "menyingkir Umno dari BN atau meninggalkan BN untuk bersama-sama PR membawa wajah baru politik Malaysia".
PETIKAN DARI AKHABAR NAFSU SERAKAHDAILY..KALAU SEBELUM INI JEBAT TIDAK MENYATAKAN SIAPA MUSIBAT YANG MENUDING JARI KEPADA UMNO DI DALAM ISU PEMBAKARAN GEREJA TETAPI PETIKAN DARI NAFSU SERAKAHDAILY INI JELAS MENYATAKAN PUAK PUAK YANG MAIN TUDING TUDING JARI KEPADA UMNO.

MUSIBAT NI PUNYALAH BANGGA KATA UMNO/BN SUDAH TIDAK MENDAPAT KEPERCAYAAN RAKYAT DAN JEBAT NAK KATA PULAK PADA MUSIBAT NI YANG RAKYAT MASIH TERUS AKAN MEMBERI MANDAT KEPADA UMNO SEBAGAI PARTI POLITIK TERBAIK YANG ADA DI MALAYSIA. APALAH SANGAT NAK BANDINGKAN UMNO DENGAN PAS..MACAM LANGIT DAN BUMI. BAYANGKAN KALAU N.AJIS BERSIDANG DI PERTUBUHAN BANGSA BANGSA BERSATU. SELAIN BUDU YANG DIA BAWA, BAYANGKAN KALAU N.AJIS CAKAP DALAM LOGHAT KELANTAN..'I DONT KNOW SEPATE HARE'..KAHHHHH...JADI TAK PAYAH LAH MUSIBAT YANG TUDING JARI PADA UMNO NI NAK BANGGA SANGAT. LAGIPUN RAKYAT MALAYSIA TIDAK BODOH UNTUK MEMILIH BEKAS BANDUAN KAKI JUBO UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI. EH 25HB DAH MAKIN DEKAT..GOYANG KE BRO???
KALAU MUSIBAT NI KATA RAKYAT MALAYSIA TIDAK BODOH DAN TIDAK MUDAH DIPERMAINKAN OLEH POLITIK MURAHAN UMNO, JEBAT PULAK NAK CAKAP PADA MUSIBAT NI YANG RAKYAT TIDAK BODOH UNTUK MEMILIH MUSIBAT YANG BODOH MENJADI PEMIMPIN.
TAK PAYAH CAKAP BERDEGAR DEGAR..PILIHANRAYA UMUM KE 13 KITA AKAN LIHAT SIAPA YANG BODOH. KALAU SETAKAT NAK MAINKAN PERSEPSI JEBAT BAHAWA UMNO SEMAKIN LEMAH, MUSIBAT NI SALAH ORANGLAH..RAKYAT TIDAK AKAN SESEKALI TERMAKAN DENGAN PERSEPSI MURAHAN YANG MUSIBAT NI CUBA MAINKAN...PERGI JAHANAM SAMA LU!!

Macam macam jenis musibat


Jari musibat mana yang suka tuding tuding? Musibat macam ni yang akan penuhkan NERAKA

Ramai sangat yang jadi musibat di dalam isu penggunaan kalimah Allah.. Yang bakar gereja dah terang terang musibat tetapi tangan yang suka tuding tuding jari pada kerajaan adalah satu lagi musibat yang suka ambil kesempatan untuk temolok politik dia orang.

Benar, tidak semua puak sebelah sana yang tuding jari pada kerajaan tetapi ada segelintir mulut yang macam betina suka suka tuding jari pada kerajaan seolah olah kerajaan yang menggalakkan dan beri lampu hijau untuk meneruskan api kemarahan rakyat terhadap isu penggunaan kalimah Allah ini. Inilah susahnya kalau syaitan dah duduk bertakhta di hati, akan sentiasa berburuk sangka sesama manusia dan hati menjadi sebusuk bangkai walaupun masih bertubuhkan manusia. Apabila kerajaan tegaskan akan menggunakan ISA untuk menghalang mereka yang terlibat untuk mewujudkan keganasan terhadap isu kalimah Allah ini, puak sebelah sana kata ISA tidak perlu digunakan. Yang tak kena dengan bontot dan acuan jumud kau orang terus kau kata tak boleh. Ini yang jadi masalah besar.

Ada pulak puak sebelah yang kata, hanya mereka yang dilindungi berani mengambil tindakan membakar gereja. Siapa yang dia maksudkan? Siapa yang beliau maksudkan menjadi pelindung kepada pembakar gereja tersebut?. Yang membakar gereja tersebut pun kita tidak tahu siapa dan masih bebas diluar sana kenapa harus menuding jari pada kerajaan? Mulut dan tangan yang suka dituding tuding pada orang lain ini jauh lebih bangsat daripada si pembakar gereja. Mungkin si pembakar gereja tidak hipokrit lantas menterjemahkan tindakannya tetapi yang main tuding tuding nampak sangat hipokrit yang suka mengambil kesempatan di dalam keadaan dan golongan seperti ini hanyalah selayaknya menjadi sampah di dalam masyarakat.

Orang yang suka tuding tuding jari ini eloklah kita tuding je jari atas dahi dia..Ala bahasa mudah...tunjalkan aje jari atas dahi musibat ni..dah tua bangka tak reti reti bahasa..Jenis musibat macam nilah..

Thursday, January 7, 2010

Pemuda PAS: Salah masa dan tindakan

Bila Melayu dicucuk hidung...kerbau balau...

Wah hebat..Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad telah menyerahkan sepucuk surat untuk mengadakan perbincangan kononnya dengan Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur mengenai isu penggunaan kalimah Allah.

Kata Pemuda PAS, tidak perlu berdemo kerana akan mengeruhkan keadaan. Hairan sejak bila Pemuda PAS ni menjadi segan silu untuk berdemo? Selalunya dalam hal hal berdemo ni Pemuda PAS selalu menjadi jagoan walaupun selalu menjadi kuda tunggangan PKR dan DAP. Inilah yang Jebat simpulkan salah masa dan tindakan yang Pemuda PAS ambil.

Cuba kita renungkan di Perak..Kita lihat bagaimana orang orang PAS sambil baring di tengah jalan dan menghalang kereta Paduka Sultan Perak kononnya hendak mencari keadilan. Ingatkah kita dengan Gerakan Mansuhkan ISA di Kuala Lumpur dahulu?. Pemuda PAS tampil hendak menjadi hero. Yang terlibat semua adalah MELAYU DAN ISLAM. Pelik, dengan Melayu, Pemuda PAS hendak menunjukkan taring tetapi apabila nama Melayu dan Islam diinjak, Pemuda PAS menjadi segan silu dan macam harimau hilang taring.

Dengar kemahuan segelintir pemimpin PAS yang mahu wujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO, PAS bingkas bangun dan mengatakan tidak akan sesekali berbincang dengan UMNO. Mungkin PAS dan lupa yang PAS adalah Melayu dan di Malaysia, Melayu adalah Islam.

Dalam konteks Islam Malaysia..siapakah yang harus menjadi pendokong Islam kalau bukan Melayu!!!!