Wednesday, January 6, 2010
Nizar kemalangan
Berita yang diterima kata, kereta yang dipandunya terbalik dan Nizar telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Mudah-mudahan Nizar akan pulih segera. Kita tetap mendoakan yang terbaik untuknya di dalam hal hal sebegini. Inilah sifat Melayu tetap mendoakan yang terbaik untuk Melayu walaupun Nizar banyak melukakan hati kita sebelum ini.
Tuesday, January 5, 2010
Kalimah Allah: Statement PKR
Berikut ialah kenyataan penuh PKR berhubung penggunaan kalimah Allah:
Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.
“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).
Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.
Selanjutnya, kami berpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah:
“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64).
Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya (Al Nahl: 125 dan Al Ankabut:46).
Sekian. Terima kasih.
Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) Parti KeADILan Rakyat.
05 Januari 2010
Hebat benar bunyi kenyataan rasmi PKR berhubung isu penggunaan kalimah Allah. Bunyi macam sekular benar. Dr. Muhd Nur Manuty ni pulak jadi kambing hitam oleh Nuar Juburi tu. Pandai dia menolak sebarang kemungkinan terhadap kenyataan rasmi PKR ini. Kalau rakyat katakan apalah punya PKR buat kenyataan macam ni pasti pantas Nuar Jubur akan cakap 'eh mana ada saya buat kenyataan macam tu (dalam bunyi dan nada yang sedikit sengau), Dr. Muhd Nur Manuty yang cakap bukan saya yang cakap. Bab twist twist ini dah biasa sangat dalam Pakatan Gila tahap babun ni.
Tapi yang paling gempak bila Lim Kit Siang dan Guan Eng tanya..Nuar akan cakap 'amacam boss statement PKR bagus tak?..Lim dan Guan Eng akan cakap 'wah ini budak banyak senang control punya, takpe rahsia lu kami simpan betul betul tapi lu kena dengar cakap kita olang'! Itu cakap tuan Alah pun lu jangan dengar, lu kena dengar cakap gua saja. Itu bapak saudara lu di Singapore mesti sayang sama lu'
Inilah susahnya kalau orang Melayu dan Islam sudah mengikut telunjuk haram jadah kafirun. Pandangan sesama Islam sudah semacam tidak penting. Di dalam kelantangan umat Islam Malaysia menentang penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam ada segelintir Islam Malaysia yang seakan tidak mengambil kira sensitiviti saudara Islam yang lain.
Jadi apakah kalau Pakatan Gila kata, isu ini seperti direncanakan UMNO untuk dilihat sebagai pejuang Islam apakah boleh kita katakan statement PKR ini direncanakan untuk dilihat sebagai pejuang kristian dan segala bapak bapak bishop? Soalnya, siapa bapak di dalam PKR ni?
Inilah jadinya bila kemahuan dan kegilaan untuk berkuasa melebihi kecintaan pada agama dan pencipta..Yang hak dan batil sudah tidak diambil kira demi mengejar kegilaan duniawi dek hanyut kerana godaan syaitan.
Tapi Jebat tidak hairan kalau orang semacam Nuar mengambil pendekatan begini. Sedangkan yang mengaku ulamak dan berserban besar atas kepala pun boleh menyokong kafir inikan pulak budak bernama Nuar Berahim.
Hallo..Ketua Dewan Pemuda PAS yang sibuk susun budak budak PAS di Bagan Pinang dengan kalimah fisabilillah mana pergi?Takkan senyap brader. Langsung tak ada statement..Telur kena tarik jugak ke?
Monday, January 4, 2010
Kalimah Allah pun nak politik?

Mangkuk ayun Mahfuz Omar kata KDN sengaja melewat-lewatkan proses memfailkan rayuan berhubung kes penggunaan kalimah Allah. Mangkuk ni dakwa UMNO sepatutnya boleh meletakkan hakim yang ada jiwa Islam tetapi sengaja tidak mahu pasal inginkan isu ini menjadi hangat dan kemudian UMNO akan mengambil pendekatan membuat rayuan yang pastinya akan mendapat kebenaran untuk menghalang penggunaan kalimah Allah itu dan UMNO akan dilihat sebagai berjaya memperjuangkan Islam.
Apa ni? Tak habis habis nak berburuk sangka. Sejahat mana pun seseorang itu tapi kalau bab melibatkan agama tambahan pula melibatkan kalimah Allah pasti akan mengundang gerun pada individu terbabit..Contohnya mudah..lihat sahaja Anwar Ibrahim cakap berdegar degar tapi bila disuruh bersumpah laknat kecut semua yang boleh kecut. Sampai ke hari ini, satu Malaya tunggu dia bersumpah haram tak berani.
Tapi PAS memang macam tu..semua benda dia nak politikkan. Kalau durian belakang rumah Mahfuz gugur sebelum masak pun mesti PAS akan kata 'oh ini agenda UMNO'. Kalau telur senget sebelah pun dia akan kata 'oh ini agenda UMNO'. Tapi dalam kes liwat jubur yang akan didengar 25hb ni yang sememangnya dilewatkan kenapa PAS senyap macam ayam berak kapur? Tak nak kata ada agenda tersembunyi ke? Agenda siapa?Agenda ayah kau?
Sudah sudahlah berburuk sangka. Apa salahnya sesama Islam kita bangkit menjadi satu ummah yang bersatu di dalam menegakkan kalimah Allah di mukabumi ini. Ini bukan siapa menjadi hero tetapi soal memperjuangkan Islam. PAS pun tidak ada kuasa di dalam menilai siapa yang akan menjadi hero kerana segalanya ditentukan Allah. Orang yang bangang saje percaya sokong PAS akan masuk syurga. Syurga ayah kau. Nik Aziz masuk syurga ke?Mesti orang orang PAS akan kata 'eh mana kita tahu, itukan urusan Allah'. Berapa punya kuat pusing..depan belakang sama saja. Macam ketam mengajar anak berjalan lurus..macam bapa mengajar berak melalui dubur, tetapi anak dah besar menusuk dubur..Aduhai..
Sunday, January 3, 2010
Dua Kalimah Syahadah

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah". Jelas di sini di dalam kalimah syahadah semua umat Islam mengakui dan menyaksikan bahawa hanya Allah, Tuhan semesta alam. Tidak ada Tuhan yang lain melainkan Allah.
Jebat bukanlah orang yang arif untuk menterjemahkan dengan lebih mendalam dan Jebat tidak mahu terpesong di dalam membicarakan soal ini. Tidak mahu juga berbicara panjang soal nafi dan isbat di dalam kalimah syahadah. Biarlah orang yang arif membicarakannya. Kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga.
Cuma yang Jebat mahu bincangkan di sini ialah apakah logiknya di dalam membenarkan penggunaan perkataan Allah oleh orang orang bukan Islam termasuk di dalam media cetak orang yang bukan beragama Islam? Apakah orang orang bukan Islam mengakui bahawa tiada Tuhan selain dari Allah. Soalnya mahukah mereka mengakui kebenaran dan kebesaran kalimah syahadah? Atau adakah dengan kebenaran ini mereka akan dapat mempersendakan Islam?
Suka Jebat menyeru kepada sesiapa yang bertanggungjawab untuk mengambil berat perkara ini dan mengambil sebarang bentuk tindakan untuk memperbetulkan keadaan ini. Di dalam hal ini, Jebat suka untuk menyarankan agar PAS dan UMNO untuk mengembeling usaha bersama di dalam mengambil langkah yang sewajarnya.
Kita jangan terlalu lena dan alpa dan PAS yang mendakwa mendokong Islam harus tampil membetulkan keadaan. Perjuangan yang hakiki adalah untuk menegakkan Islam dan Jebat mahu saksikan siapa yang ikhlas di dalam berjuang.
Cuma jauhari mengenal manikam.
Saturday, January 2, 2010
Lojikkah dua enjin F-5E bernilai US$29 juta? Mana Logiknya???

Inilah rupa aircraft scrapyard di padang pasir Arizona dari mana Malaysia membeli F-5E secondhand hampir 30 tahun dahulu pada harga US$2 juta sebuah. Masuk akalkah dua enjin itu bernilai US$29 juta pada tahun 2009?
Tulisan MyKMU mempersoalkan nilai enjin F-5E hilang yang dikatakan US$29 juta. Menurut penulis, jet pejuang F-5E itu sudah hampir 30 tahun lama.
Baca petikan tulisan itu berikut:
Dari maklumat yang diterima dari rakan-rakan yang pernah berkhidmat dalam TUDM, squadron jet pejuang F-5E yang enjinnya hilang bukan jet pembelian baru tetapi sudah wujud hampir 30 tahun. Ketika jet ini dibeli, ia pun bukan belian baru atau baru keluar dari kilang tetapi barangan terpakai.
Untuk memahami bagaimana rupa jet pejuang terpakai, tentera Amerika sering membelanja untuk mempertingkatkan peralatan tentera mereka. Jet-jet yang tidak mahu diguna lagi dihantar kesebuah airfield di padang pasir Arizona.
Jet-jet itu dijual kepada pembeli dari dunia ke-tiga. Sebelum dihantar, jet-jet tersebut dibawa masuk kilang untuk diperbaiki dan dipulih penggunaannya. Sebenarnya jika tiada pembeli, jet-jet tersebut dibiar saja dan akhirnya dijual sebagai besi skrap saja.
Malahan dipercayai pada masa jet pejuang F-5E mula dibeli, harga sebuah jet pejuang F-5E secondhand hanya US$2 juta sahaja! Untuk enjin yang hilang itu bernilai US$29 juta, kita perlu hilang enjin untuk 15 buah jet pejuang F-5E. Logikkah nilai enjin tersebut bernilai US$29 juta.
Tidak lojik untuk dua enjin kapalterbang boleh bernilai 15 kali harga jet asal itu semasa kita beli setelah 30 tahun kemudian.
Ditambah lagi berikut:
Satu lagi, sebelum mengakhiri artikel ini, enjin yang hilang pun bukan enjin pada jet pejuang tetapi enjin alatganti yang biasa datang sekali dengan pembelian sebuah skaudron jet pejuang bersama latihan dan seterusnya. Dengan demikian, bukanlah yang hilang itu, enjin yang sedang digunapakai oleh skuadron jet f-5E tetapi “army surplus” yang tidak terpakai. Lagi mencurigakan?
Sementara itu, menjenguk di kedai jual suratkhabar pagi tadi, Suara Keadilan sudah menjana hikayat dan andaian baru untuk menghalakan tuduhan kepada Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tidakkah bertambah-tambah curiga?