Showing posts with label AMANAH. Show all posts
Showing posts with label AMANAH. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

AMANAH: Baru sekarang nak kata tak betul?



Gua dah cakap..AMANAH yang baru ditubuhkan ni akan jadi susah kalau yang duduk dalamnya adalah muka-muka politik. Orang politik boleh jadi sesumpah dan pandai bermuka-muka.

Baru sehari jagung ditubuhkan AMANAH dan pandai bercakap soal kronisme, korup dan arusnya yang nampak macam menyokong tindakan BerShit.

Ada yang duduk dalam AMANAH adalah bekas Menteri. Dah berpenggal dapat kemudahan sebagai Menteri dan pencen sebagai Menteri sekarang pandai pulak cakap yang kerajaan seharusnya mengkaji permintaan BerShit seolah-olah memang wujud kepincangan dalam sistem pilihanraya.

Dia ingat masa dia bertanding dalam pilihanraya dulu, modus operandi SPR tak sama ke dengan sekarang. Wah macamlah zaman dia SPR beri muka pada dia dan memenangkan dia. Sedar-sedarlah bahawa menang kalah dia dulu tak ada kena mengena dengan SPR tapi disebabkan kekuatan yang ada pada parti, BN.

Sekarang pandai pulak dia nak bercakap soal korup,kronisme dan segala-galanya macamlah kerajaan buruk sangat. Kalau tak pasal kerajaan jangan haraplah dia nak merasa jadi Menteri dan dapat pencen sebagai Menteri.

Harakahdaily sepantas kilat ceduk apa yang bekas Menteri tu cakap.. Orang yang pernah duduk dalam kerajaan cakap macam tu memanglah macam orang mengantuk disorongkan bantal pada Harakahdaily.

Siapa bekas Menteri tu? Ala yang sibuk pakai bow lah dulu-dulu masa jadi Menteri..Tak sedar diri lah pulak..

Friday, July 22, 2011

Hebat sangat ke jadi pemimpin?



Semenjak dua menjak ni rakyat Malaysia kemaruk nak jadi pemimpin. Agak-agak susah nak jadi pemimpin dalam Barisan Nasional jadi saja pemimpin dalam Pakatan. Kalau dah bengap sangat tak dapat jadi pemimpin dalam kedua-duanya jadi saja pemimpin dalam NGO.

NGO tumbuh macam cendawan selepas hujan dalam Malaysia sekarang ni. Entah apa yang hendak diperjuangkan gua sendiri tak faham. Perlu ke platform NGO untuk bergerak? Ikhlas ke dengan NGO yang dah tak terhitung dengan jari jumlahnya?

Terbaru, AMANAH pula dilahirkan. Katanya tidak bermotifkan politik tetapi yang kelakar ramai pula  orang besar di dalam AMANAH adalah orang-orang politik. Mungkin sehari dua tidak ada unsur politik tetapi lama-kelamaan tak siapa yang tahu apa kesudahannya.

Dalam AMANAH ada individu yang cukup ternama dan rasanya ada direct connection dengan PM jadi apa perlu ada NGO? Tak bolehkan berhubung secara langsung dan menyampaikan idea secara berdepan empat mata dengan PM? Mustahil rasanya kalau persoalan itu dijawab dengan jawapan TIDAK BOLEH.

Tak apalah..kalau itulah satu-satunya jalan untuk memperlihatkan kemampuan lu sebagai pemimpin teruskanlah..Jangan sekadar mewujudkan NGO untuk dapat title sebagai pemimpin tetapi hakikatnya sekadar mahu memahatkan nama dan mewujudkan ruang untuk diiktiraf sebagai pemimpin.

Lama-kelamaan semua orang Malaysia akan menjadi pemimpin NGO. Lepas dah berjaya dalam NGO demand pula untuk menjadi pemimpin negara kerana dah lama nanti mampulah nak mengumpul sejumlah besar ahli.

Jangan pulak nak hairan nanti kalau pemimpin parti tupperware juga nak jadi pemimpin kerana bilangan ahli yang ramai. Sudahnya..sendiri jadi pemimpin dan undi diri sendiri untuk jadi Perdana Menteri.

Lu orang memang huru-hara...Betul ke pemimpin antara golongan yang teruk di soal di alam kubur kelak? Ngeri....

NGO yang memperjuangkan blogger tak mahu diwujudkan? Berantakan pula GOMO dengan Tun Faisal..Jumpa empat mata lagi baik daripada terus melondehkan taik masing-masing..Apa pun kemelut lu orang..selesaikan segera..PRU 13 adalah matlamat...Ek ele..kecoh pulak gua macam lah gua ni pemimpin..Kah Kah Kah...