Tuesday, April 16, 2013

Senarai penuh calon BN di Melaka


Negeri Melaka
Senarai calon bagi negeri melaka:

P- Jasin Datuk Ahmad Hamzah
N-Merlimau Roslan Ahmad
N-Rim Datuk Ghazale Mohamad
N-Sg Rambai Datuk Hassan Rahman
N-Serkam Zaidi b Atan
N-Bemban Ng Choon Too

P-Kota Melaka Wee Kok Wah
N-Kesidang Lim Eng Teck
N-Kota Laksamana Datuk Chiew -PPP
N-Duyong Datuk Gan Tian Loo
N-Telok Emas Datuk Latiff Thamby Chik
N-Bandar Hilir Lee Swan Choo

P-Alor gajah Datuk Koh Nai Kwang
N-Rembia Norpipah Abdol
N-Gadek Mahadevan
N-Machap Lai Meng Chong
N-D. Tunggal Wahab Latiff
N-Asahan Abd Ghaffar Atan

P-Tangga Batu Datuk Dr Abu Bakar Md Diah
N-Krubong Lim Guan Ho
N-Paya Rumput Sazali
N-Pantai Kundor Abd Rahman Karim
N-Sg Udang Datuk Wira Idris Haron

P-M.Tanah Mas Emeryati
N-Taboh Naning Latifah Omar
N-Lendu Sulaiman
N-Air Limau Amiruddin Yusop
N-Tg Bidara Abd Karim Sulaiman
N-K. Linggi Ismail Othman

P-Bkt Katil Datuk Seri Mohd Ali Rustam
N-Ayer Molek Yunos Hussin
N-Ayer Keroh Yong Fu Yuan
N-Bachang Chua Yong Chai
N-Bkt Baru Karim Yaakob

Terbaik!!! Mari kita pastikan kemenangan mutlak kepada BN..Hidup Melaka!!!

Thursday, April 11, 2013

Saya guna spender RENOMA lah...


Ayat mudah untuk selamatkan diri: 

Bang Non cakap : Perut saya tak sebuncit tu..

Mamat dalam gambar ni dicadangkan supaya berkata 'Spender saya tak sebesar ni..saya guna spender RENOMA atau BODY GLOVE lah'..Kah Kah Kah..

Kau tu dah tua..memang besar gajah lah spender kau.Spender atuk..

Tua kutuk malam tadi kaki kau tak simpul biawak kah? Kah Kah Kah...



Monday, April 8, 2013

Lagi kejutan dari Papa Gomo hari Sabtu ini..

Sila teliti betul betul..Ada dua keping borang? Apakah akan ada lagi blogger yang akan bertanding??? Atau apakah kejutan selanjutnya??

Tahniah di atas keberanian sahabat blogger Papa Gomo kerana mengumumkan akan bertanding menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh atau di mana sahaja lokasi Anwar akan bertanding. 

Sumber memberitahu bahawa pelbagai kejutan yang akan Papa Gomo berikan kepada pengundi Permatang Pauh. Ada juga yang memberitahu bahawa mungkin Papa Gomo akan menghidangkan 'wayang pacak' kepada pengundi Permatang Pauh. Pecah panggung a.k.a 'box office' di Permatang Pauh kalau benar berita dari sumber ini.

Sabtu ini khabarnya akan ada lagi kejutan daripada Papa Gomo sumber itu memberitahu..

Nasib kaulah Nuar...Gomo kata lawan tetap lawan...!!! 


Sunday, April 7, 2013

Sapa nak belajar politik budak budak? Baca sini...

Siapa yang rasa diri belum cukup akil baligh dengan provokasi murah boleh gunakan ayat di bawah. 

Ada malaun yang hantar komen di blog Jebat dengan menulis ayat-ayat budak baru bersunat kononnya nak provoke supaya kita semua terpengaruh macam mana dia terpengaruh dengan Pakatan sehingga bersara daripada UMNO.

Sebenarnya orang yang tak ada pendirian macam ni tak perlu ada pun dalam UMNO sejak asal lagi. Bila dia rasa yang dia bebal dan tak boleh nak mencari tempat dalam UMNO mulalah merajuk dan nak menyalahkan  UMNO untuk menutup bebal dia. 

Standard macam ni jelah yang ada pada cai-cai Pakatan. Patutlah senang kena kencing dengan boss dia..Kah Kah Kah...

Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)

Dia ingat orang-orang UMNO dan penyokong UMNO termakan dengan provokasi murah macam ni? Orang tak ada pendirian macam puak ni je yang boleh dibeli dengan wang ringgit. 

Jual bini sanggup, main dengan Chinadoll sanggup, jual kalimah Allah pun dia sanggup..Setakat nak jual negara apalah sangat pada puak ni..

1 Malaysia Tolak Fitnah!!!

Friday, April 5, 2013

Akhirnya kerusi yang bakal ditandingi Nuar di umumkan!!




Kah Kah Kah..Nuar Berahim ingat dengan gempak yang dia buat merahsiakan kerusi mana dia akan bertanding akan menyebabkan BN goyang. Kirim salam kat Tok Anjang dia.

Kalau kau nak bertanding kat Perak boleh atau rasa-rasa nak masuk gear reverse nak bertanding kat Permatang Pauh pun boleh. Ikut sedap kau lah nak bertanding kat mana pun.

Kat mana pun kau nak bertanding, BN akan hadap kau tanpa seinci rasa goyang. Kau bukan handal mana pun.

Sekejap Perak sekejap nak balik Permatang Pauh. Go head gostan sudahnya bertanding jelah dekat-dekat negeri Setan..Kah Kah Kah..

Wednesday, April 3, 2013

Pesanan buat sahabat sahabat blogger


Semua teka teki berhubung pembubaran parlimen sudah berakhir.

Sekarang masa untuk kita 'berperang' melenyek lenyek kebejatan puak sebelah sana.

Bukan bidang kuasa kita untuk mempersoalkan siapa yang akan diangkat sebagai calon dan siapa yang bakal di gugurkan.

Siapa pun calonnya, kita pastikan kemenangan mutlak akan berpihak kepada kita.

Engkarnya kita bererti kita sedang mempersendakan dan menjadi sebahagian daripada perosak.

Bersedialah untuk dilabelkan sebagai pengkhianat sekiranya anda mengingkari perintah panglima perang kita, Presiden parti.

Monday, April 1, 2013

Anak bulan telah kelihatan..Jangan ada monyet!!


Esok orang yang kemaruk berpolitik kemungkinan besar boleh mendengar berita yang dia orang tunggu-tunggukan. Pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri khabarnya akan dibuat esok selepas selesai Mesyuarat Kabinet.

Kalau yang ada kepentingan dan keinginan untuk menjadi calon tu mungkinlah esok merupakan detik penting kerana ianya merupakan penentu karier politik masing-masing. 

Yang tak ada harapan langsung dan sememangnya tak akan jadi calon pun yang kalut semacam pasal apa? Bila pun pilihanraya bukan mendatangkan masalah pada kita. Yang penting semua bulatkan tekad untuk undi Barisan Nasional. Selesai masalah.

Jangan terikut-ikut gendang dan kompang Pakatan yang menggambarkan yang mereka tu kuat. Dia orang saje nak kasi goyang. Kita buat kerja macam biasa dan tak ada apa yang perlu kita risaukan. Dia merasakan diri dia kuat kerana kita yang mengiakan bahawa mereka memang kuat. Walhal biasa-biasa je.

Selagi kita bersatu dan tak ada monyet dalam sekam dan lipatan rasanya pokok takkan tumbang.