Sunday, June 14, 2009

RBF lawan Zaid Ibrahim di Kota Bharu PRU 13

Petikan dari rakan blogger RBF.



PRU 13: RBF VS ZAID IBRAHIM DI KOTA BHARU

Semalam (sabtu 13/6/09) kita menerima satu berita 'terkejut' yang tak terkejut pun dan memang telah dijangka,iaitu kemasukan Zaid Ibrahim ke dalam PKR.

Seperti biasa media-media yang menyebelahi pembangkang akan mencanangkan cerita kononnya Zaid adalah seorang bekas Menteri yang berprinsip kerana meletak jawatan sebagai Menteri akibat tidak berpuashati dengan penahanan pemimpin pembangkang dibawah ISA pada tahun lepas.

Semua itu bohong semuanya. Punca perletakan jawatan Zaid yang sebenarnya adalah kerana beliau malu. Malu kerana gagal mendapat pencalonan yang cukup daripada cawangan-cawangan UMNO di Bahagian Kota Bharu bagi membolehkan beliau bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu.

Kebetulan ada isu penahanan ISA pada masa itu ,maka Zaid mengambil kesempatan itu untuk menggunakan alasan tersebut. Andai ditakdirkan Zaid mendapat pencalonan yang cukup dan menang sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, saya yakin 100 % sampai sekarang pun Zaid masih bersama UMNO,hatta Pak Lah sekalipun yang ditahan dibawah ISA. Amat memalukan bagi seorang yang kononnya hebat dan berada di kedudukan yang tinggi meletak jawatan kerana Teresa Kok ditahan di bawah ISA. Carilah alasan yang logik sikit.Saya ingin memberitahu kepada anda semua. Jangan terlalu termakan dengan mainan pembangkang tentang kemasukan Zaid ke dalam PKR. Tiada yang hebat pun Zaid ini. Orang-orang Kota Bharu tahu siapa Zaid. Beliau adalah seorang kaki botol. Daripada dulu sehingga sekarang beliau adalah peminum arak tegar.

Didalam rumah beliau di Tropicana Damansara ada terdapat mini bar. Pernah sekali semasa beliau memegang jawatan dalam Badan Perhubungan Umno Kelantan dan mengadakan mesyuarat di kediaman beliau dengan bangganya beliau menunjukan satu peti khas koleksi arak-arak beliau kepada mereka yang datang bermesyuarat di kediaman beliau. Pelbagai jenama arak terdapat didalamnya. Inilah salah satu faktor beliau gagal mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian Kota Bharu.

Pada masa beliau memegang jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri beliau pernah mengadakan satu majlis makan malam yang dipenuhi pesta arak bersama Majlis Peguam bagi meraikan bekas-bekas Hakim yang pernah dipecat semasa krisis kehakiman 1988,termasuk Tun Salleh Abas.

Saya juga difahamkan yang beliau bukan seorang yang percaya kepada agama.,dan mempunyai kuda untuk tujuan berlumba bagi perjudian lumba kuda. Selepas dipecat daripada UMNO,maka beliau dengan bangganya menghentam dasar-dasar Kerajaan dalam membantu Bumiputra termasuk dasar DEB.

Apakah si Zaid ini tidak sedar yang kekayaan beliau ada pada hari ini adalah hasil daripada dasar-dasar Kerajaan yang membantu Bumiputra. Pernahkah anda mendengar atau membaca di akhbar-akhbar firma guaman milik Zaid mengendalikan kes-kes di Mahkamah ? Tidak ada.

Firma guaman Zaid hanya mengendalikan kes-kes perjanjian atau kontrak sahaja. (bahasa guaman saya tidak mengetahui ianya dipanggil apa) Dan kebanyakan perjanjian-perjanjian serta kontrak-kontrak yang dikendalikan oleh Zaid adalah berkaitan dengan Kerajaan.

Keuntungan yang paling besar dan membuat Zaid kaya adalah apabila firma beliau mengendalikan perjanjian dengan PLUS untuk disenaraikan di BSKL pada masa itu. Kes ini menimbulkan kontrovesi sehingga menyebabkan beliau beliau bergaduh dengan Halim Saad dan Tun Daim sebagai Menteri Kewangan pada masa itu . Saya difahamkan kes ini belum selesai sehingga sekarang.

Pada tahun 2002 Zaid juga pernah menimbulkan konstrovesi dengan PAS,apabila menyaman Kerajaan Kelantan kerana ingin melaksanakan Hukum Hudud. (Sila rujuk link di akhir artikel ini). Saya tidak tahu berapa lama lagi link ini akan bertahan. Saya jangkakan tidak lama kerana ,orang tesebut telah bersama mereka sekarang. Dosa orang tersebut telah pun cuci sekarang.

Jika selama ini PAS sering menuduh orang-orang UMNO jahat,menentang hudud dan sebagainya, maka yang jahat itu telah pun terkeluar dan menjadi rakan kepada PAS sekarang.

Apabila beliau menyertai PKR semalam beliau terus dilantik sebagai Ahli Majlis pimpinan tertinggi PKR. Dan seperti yang kita semua akan jangkakan ,Zaid sudah pasti akan dipilih bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu dalam PRU ke 13 nanti.

Saya yakin kerusi itu akan dipulangkan kepada PKR. Dalam PRU tahun lepas kerusi tersebut telah diberikan kepada PAS walaupun pada PRU 1999 ianya milik PKR melalui wakilnya Ramli Ibrahim. Pada 2004 ianya menjadi milik Zaid Ibrahim. Sebelum 1999 kerusi tersebut dipegang oleh Hajah Ilani mewakili Semangat 46 dan seterusnya BN.

Sekiranya benar Zaid Ibrahim akan bertanding di Kota Bharu dalam PRU 13 ,maka pada malam ini RBF ingin mengumumkan bahawa RBF akan bertanding menentang Zaid disana. Samada mewakili BN atau BEBAS ,itu tidak penting ,yang penting RBF akan tentang Zaid habis-habisan.

Kota Bharu bukan sesuatu yang asing bagi RBF. Itu adalah kampung asal RBF. Saya dilahirkan di Kampung Dalam Nyiur Kebun Sultan,Kota Bharu oleh bidan kampung,selepas itu dimasukan ke Hospital Besar Kota Bharu kerana terbelit tali pusat.

Saya sekolah rendah,menengah dan di besarkan di Kota Bharu. Saya mempunyai ramai kenalan serta sahabat handai dan ahli keluarga di Kota Bharu. RBF anak orang susah di Kota Bharu. Bukan seperti Zaid yang berasal daripada keluarga kaya dan banyak masa dihabiskan di KL.

Saya sekolah rendah di Sekolah Islah Kota Bharu dan Sekolah Menengah di Sek Men Kota Bharu. Daripada Bunut Payung ,Tanjong Mas, Penambang, Wakaf Mek Zainab ,Sungai Keladi,Dusun Muda,Seri Cemerlang ,Merbau,Kota Lama ,Pasar Bulu Kubu @ Pasar Siti Khatijah ,Bazar Buluh Kubu, Bazar MPKB ,Flat Buluh Kubu, Jalan Bayam,Padang Bas, Padang Bank,Atas Paloh,Kg.Sireh,Pintu Geng dan di lain-lain tempat ramai orang mengenali RBF.
Zaman kanak-kanak dan remaja RBF banyak dihabiskan di Bandar Kota Bharu dengan mengelilingi bandar sambil mengayuh basikal Raleigh Roamer warna hitam. Pada zaman cuti sekolah RBF sering menghabiskan masa dibelakang pasaraya-pasaraya atau kedai-kedai disekitar Kota Bharu dengan tujuan mengutip kotak dan menjualnya pada harga 10-15 sen sekilo untuk membayar yuran sekolah atau membeli pakaian baru sekolah.

Jadi RBF yakin ,sekiranya RBF bertanding menentang Zaid di Kota Bharu pasti RBF akan menang. RBF mempunyai kekuatan tersendiri di KB berbanding dengan Zaid Ibrahim. Orang Kelantan hanya mengenali Zaid melalui media masa saja itupun apabila dia nak saman hukum hudud. Tanya Zaid,dalam setahun berapa kali dia panjat Pasar KB atau dia mengunjungi kedai-kedai 'pati' disekitar KB. (Hanya orang Kelantan yang memahami istilah kedai pati)

Zaid pasti tertiarap apabila ditentang RBF di KB.

Kepada Parpukari,GOMO,GAP, Perak Bangkit, Garamanis, Pisau , Medan Info dan rakan-rakan blogger lain,tolong bagi sokongan padu kepada RBF menentang Zaid. Pastikan Zaid tidak balik deposit. Parpukari dan GAP tolong cari dana sekarang untuk RBF bertanding 2012/13 dan tolong cipta banner serta poster

2 comments:

  1. jgn hanya menyalak je sudah la...

    ReplyDelete
  2. rosmah muslimah sejati...????
    pelik pengikut umno, benda mcm tupun xleh nk pikir!

    ReplyDelete