Wednesday, June 3, 2009

UMNO dan BN tetap utuh dan dihati rakyat




Siapa yang kata UMNO dan BN sudah semakin lemah? Beberapa siri pilihanraya kecil yang diadakan atau sengaja di ada adakan tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk mengatakan UMNO dan BN semakin lemah. Siri pilihanraya kecil yang sengaja diadakan jelas tampak diadakan di kubu kubu kuat parti pembangkang. Justeru itu, siri pilihanraya kecil ini bukanlah suatu petunjuk UMNO dan BN semakin lemah. Apakah keputusan pilihanraya kecil ini akan terus memihak kepada parti pembangkang sekiranya ianya di adakan di Johor, Melaka atau Sabah dan Sarawak? Pilihanraya kecil Batang Ai telah menjadi saksi kepada kenyataan ini. Soalnya beranikah parti pembangkang menggesa ADUN atau Ahli Parlimennya yang berada di kubu kuat UMNO dan BN untuk meletakkan jawatan?? Tapi semua orang tahu parti pembangkang hanyalah jaguh kampung yang tidak cukup berani untuk bertanding di luar kubu kuatnya.

Bertindak sebagai jaguh kampung inilah, maka parti pembangkang ini memainkan alunan bahawa UMNO dan BN sudah sampai ke penghujungnya. Licik benar parti pembangkang menanamkan pandangan ini kepada rakyat. Inilah bukanlah fenomena di dalam Malaysia kerana pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir dulu juga ada pihak yang sengaja menanam rasa benci pada Tun Mahathir di kalangan rakyat. Sebabnya adalah kerana selagi ada Tun Mahathir selagi itulah mereka tidak akan dapat membenamkan UMNO dan BN. Dengar khabarnya, beribu ribu orang jentera di gerakkan di seluruh Malaysia untuk mengatakan kepada rakyat bahawa ‘UMNO adalah parti yang bagus tetapi Mahathir yang tidak bagus’. Jelas, strategi yang sama yang diguna pakai pada hari ini. Hari ini mereka menggunakan pendekatan yang sama tetapi dalam konteks yang lebih menyeluruh. Kalau dulu sekadar menyerang Tun Dr. Mahathir secara individu tetapi kali ini terus menyerang UMNO dan BN secara keseluruhannya. Strategi mudah yang telah digunakan sejak dari zaman anak anak bila mana seorang ibu mengatakan kepada anak ‘takut momok’ walaupun si ibu apatah lagi anaknya sendiri tidak pernah melihat momok. Ianya sekadar menanam suatu kepercayaan.

Strategi mudah jelas menunjukkan bahawa pemimpin parti pembangkang tidaklah sehebat mana. Mampukah strategi murah dan mudah seperti ini diguna pakai jika berdepan dengan negara negara besar? Atau adakah strategi ini yang diajar oleh negara negara besar kepada pemimpin parti pembangkang di Malaysia untuk merebahkan UMNO dan BN sebagai tembok yang mempertahankan bumi Malaysia?

Insyaallah selagi ada hayat dikandung badan, tindakan parti pembangkang untuk membenamkan UMNO dan BN tidaklah semudah yang mereka sangka. Allah sentiasa memberi petunjuk.

3 comments:

  1. apalah kau ni biul betul.zaman dah berubah.kau masi atas pokok lagi

    ReplyDelete
  2. selagi um-no/bn menganggap rakyat malaysia masih bodoh dan bolih ditipu selagi itulah um-no masih ditakuk lama dan akan terus bergelumang dengan pendekatan tujuan menghalalkan semua perbuatan tanpa mengambil kira dosa dan pahala.teruskan labu.............

    ReplyDelete
  3. Salam Anon 9:47,
    Tidak pernah di dalam sejarah penyokong penyokong BN duduk di atas pokok..tetapi di dalam sejarah sudah ada penyokong PAS yang baring di tengah jalan..

    Anon 10:02,

    Adakah kempen yang menggunakan perkataan2 lucah dan mencarut tidak di anggap dosa? Ahli2 UMNO adalah sebahagian dari rakyat Malaysia. Mungkin cuma ahli ahli PAS sahaja yang menganggap mereka yang tidak menyokong PAS sebagai bukan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete