Thursday, January 8, 2009

APA LU CERITA??

TADI AKU MENJENGAH KE TESCO PASAL BELI BARANG DAPUR RUMAH. AKU NAK UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK BANYAK PADA PIHAK PENGURUSAN TESCO PASAL HARGA YANG DITAWARKAN MURAH DARIPADA BIASA. TAK SALAH KALAU AKU KATA HARGA BARANG KAT TESCO NI JAUH LEBIH MURAH DARI KEDAI RUNCIT MILIK ORANG ACHEH DEKAT RUMAH AKU.

KALAU NAK FIKIRKAN OVERHEAD TESCO NI JAUH LEBIH TINGGI DARI KEDAI RUNCIT TU TAPI AKU TAK FAHAM KENAPA KEDAI RUNCIT TU MASIH JUAL BARANG DENGAN HARGA YANG LEBIH TINGGI. NAK CEPAT KAYA AGAKNYA.

DULU ORANG GUNA ALASAN HARGA MINYAK TINGGI JADI SEMUA HARGA BARANG KENA TINGGI JUGA. ADA LOGIK AYAT TU. TAPI SEKARANG HARGA MINYAK DAH TURUN JAUH DARI HARGA ASAL. YANG JADI PELIKNYA HARGA BARANG KAT KEDAI RUNCIT TAK JUGAK TURUN TURUN. SEKARANG APA MAHU CERITA?

RAKYAT MALAYSIA NIH PUN SATU, DULU HARGA MINYAK NAIK SEMUA PAKAT MARAH KERAJAAN. SEKARANG HARGA MINYAK TURUN TAKDE SEORANG PUN NAK UCAP TERIMA KASIH PADA KERAJAAN. JADI AKU NAK GUNA RUANG NI UCAP TERIMA KASIH PADA KERAJAAN. TERIMA KASIH PAK LAH. ADA JUGAK AKU DENGAR YANG ADA ORANG KALAU BOLEH NAK MINTAK HARGA MINYAK NI DITURUNKAN LAGI. MACAM NI JE LAH..KAU ORANG MENIAGA LAH MINYAK SENDIRI. KALAU DAH MENIAGA SENDIRI KAU ORANG NAK MINUM MINYAK TU PUN AKU TAK KISAH. AGAK AGAKNYA KAU ORANG KALAU BOLEH SEMUA NAK FREE KOT. KALAU KAU ORANG KERJA FREE TANPA GAJI KAU ORANG NAK KE?

KAU ORANG INGAT AKU TAK PENING KE MASA MINYAK NAIK HARGA. TAPI AKU KENALAH FAHAM YANG HARGA KAT PASARAN DUNIA TU NAIK. JADI AKU RASA KERAJAAN TAKDE PILIHAN LAIN SELAIN DARI NAIKKAN HARGA MINYAK. TAPI AKU TETAP SYUKUR WALAUPUN HARGA MINYAK NAIK AKU MASIH MAMPU BELI SPENDER BARU.

AKU TAU KERAJAAN NAIKKAN HARGA DULU ADA ASAS. BUKAN HENTAM KEROMO. ADA ORANG TU PANDAI LE CAKAP NAK TURUNKAN HARGA MINYAK. APA KAU FIKIR KAU TU TAUKEH MINYAK. JUAL TAHI MINYAK BOLEH LAH BRO.

NI SATU LAGI. JENAYAH LEPAK KEDAI MAMAK. MAMAK MAMAK NI PUN SATU KEPALA BATU. BILA AGAKNYA NAK TURUNKAN HARGA TEH TARIK. DULU KATA SORRY BACHA..HARGA MINYAK MAHAL SEKARANG ITU PASAL SAYA JUAL TEH PUN MAHAL. MANGKUK BETUL. SATU TIN SUSU NAIK 20 SEN DULU. YANG PELIKNYA SECAWAN TEH TARIK PUN NAIK SAMPAI 20 SEN. APA KAU FIKIR SECAWAN TEH TARIK KENA BUBUH SE TIN SUSU KE? CUBA KAU KIRA..SATU TIN SUSU BOLEH BUAT BERAPA CAWAN TEH TARIK? KALAU LEMBAB MATEMATIK MEMANG TAK BOLEH NAK KIRALAH. DALAM HAL NI YANG JADI MANGSA KERAJAAN JUGAK. YANG KAU ORANG MARAH KERAJAAN APASAL? KENAPA KAU ORANG TAK LUKU JE KEPALA MAMAK TU?ADA BERAN?

AGAKNYA ORANG MALAYSIA SEKARANG NI MEMANG SUKA NAK MARAH MARAH. MARAH BIAR BERTEMPAT BEB. JADILAH MARAH MACAM JEBAT. BIAR BERKOKOK DARI MENYALAK..KERANA MENYALAK TU MACAM ANJING MENYALAK BUKIT. BUKIT TAK RUNTUH ANJING YANG PENAT..LEBAM BRO..

3 comments:

  1. Wahhhhhhhhhhhhhh!!
    kau mmg hebat berkokok! aku suke penulisan kau. teruskan menaip. leh aku baca lagik.

    ~mmg betul apa yg kau tulis tu. Kalau aku tengok harga kt kedai mamak umah aku, mmg giler! tak masuk akal!

    ReplyDelete
  2. tesco leh best bro.. macam2 leh beli.
    kedai runcit tu mahal sbb tokey nak buncitkan perut dgn duit haram..nak untung je tanpa pk perasaan pengguna. kahhh

    ReplyDelete
  3. aku pun berterima kasih kat tesco gak!!!sbb tesco la aku leh berjimat2 beli brg dapur!!huhuhuh....

    ReplyDelete