Tuesday, January 6, 2009

APA KHABAR KUALA TERENGGANU

APA KHABAR ORANG KUALA TERENGGANU? MACAM MANA DENGAN KEMPEN PARTI PARTI POLITIK YANG BERTANDING? MENARIK ATAU MEMUALKAN TEKAK?

KADANG KADANG AKU FIKIR DAHSYAT ATAU GILA PUNYA HANDAL ORANG ORANG POLITIK NI..YELAH NAK UBAH PENDIRIAN PENGUNDI DALAM TEMPOH 2 MINGGU? HMM..TAK KE HANDAL NAMA TUH?

ADA PENGUNDI YANG BERANAK JE DAH JADI PENYOKONG KUAT UMNO. ADA JUGAK YANG BERANAK TERUS NAMPAK BULAN TERANG. KEMPEN MACAM MANA PUN KALAU DAH NAK SOKONG BN TETAP AKAN PANGKAH BN.. KALAU YANG DAH MEMANG SENTIASA RINDUKAN BULAN, KAU ORANG KEMPEN MACAM MANA PUN PUNGGUK TETAP PUNGGUK.

LANTAKLAH DENGAN ORANG ORANG YANG DAH MEMANG ADA PENDIRIAN NAK PANGKAH PARTI MANA..PADA AKU, AKU LEBIH SUKA FIKIRKAN TENTANG ATUK ATUK DAN NENEK NENEK YANG MASIH TAK TAU NAK PANGKAH MANA..PENGUNDI ATAS PAGAR LAH KATA ORANG ORANG POLITIK NI. PENGUNDI ATAS PAGAR NIH KAU ORANG JANGAN SUKA SUKA TARIK UNTUK MASUK KEM KAU ORANG..YELAH ORANG ATAS PAGAR SALAH TARIK BOLEH KOYAK RABAK BEB. KENALAH TARIK PERLAHAN LAHAN..MACAM TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG..SIAPA YANG PANDAI TARIK DIA LAH YANG AKAN DAPAT GOLONGAN ATAS PAGAR NI.

AKU KESIAN DENGAN NENEK NENEK DAN ATUK ATUK YANG TUA. NAK PILIHANRAYA DIA ORANG NI DI BERI MACAM MACAM HARAPAN..KERUSI RODA LAH, KAIN BATIKLAH..MACAM MACAM..SOALNYA YANG MEMBERI TU IKHLAS KE TAK?KAU RASA LEPAS PILIHANRAYA NANTI ADA KE TAK SUMBANGAN KERUSI RODA DAN SEGALA BENDA TU? KESIAN LE KAT NENEK NENEK NI BEB. AKU TENGOK MACAM MACAM AKTIVITI YANG CALON CALON NI BUAT. LAWATAN KE RUMAH RUMAH LE..MAIN DENGAN ANAK ANAK PENGUNDI YANG CACAT. SEMUA NI KENALAH BUAT DENGAN IKHLAS BUKAN PASAL NAK PANCING UNDI JE. JANGAN DAH MENANG NANTI, KAU ORANG BERAMBUS ENTAH KE MANA.. NAK DATANG RUMAH YANG KAU ORANG KONON NAK TOLONG PUN TAK NAK NANTI. JANGAN MACAM TU BEB, KENA LAKNAT NANTI. KAU ORANG JUGAK YANG SUSAH DALAM KUBUR NANTI.

JANGAN KAU ORANG BERI HARAPAN PADA ORANG ORANG KUALA TERENGGANU NI KALAU KAU ORANG RASA TAK MAMPU NAK TUNAIKAN. DOA ORANG ORANG TERANIAYA NI MAKBUL..TAK KE BERASAP PUNGGUNG KAU ORANG..KALAU BERASAP KUBUR KAU ORANG LAGI HARU.

AKU NIH TAK NAK LAH MASUK SIDE MANA MANA. PASAL AKU NI BUKAN PENGUNDI KAT KUALA TERENGGANU. TAPI AKU SUKA NAK NASIHAT PADA CALON CALON NI SEMUA. KALAU KAU ORANG IKHLAS INSYAALLAH ALLAH AKAN TOLONG DAN MENANGKAN KAU.

AKU SEBENARNYA DAH MUAK TENGOK KEADAAN PILIHANRAYA NI. MACAM MACAM JANJI YANG KAU ORANG KASI. LEPAS PILIHANRAYA BAYANG KAU ORANG PUN TAK ADA. YANG TINGGAL CUMA BENDERA YANG KOYAK RABAK YANG KAU ORANG TINGGALKAN.

NAK JUMPA KAU ORANG SEMINGGU SEKALI PUN SUSAH. ANAK ANAK PENGUNDI YANG CACAT DAN ATUK NENEK YANG KAU KASI HARAPAN MASA BERKEMPEN TU DUDUK MENUNG ATAS TANGGA SENDIRIAN. EH KAU ORANG JANGAN LE BUAT MACAM NI LAGI. AKU SEDIH TENGOK ATUK NENEK NI.
KAU ORANG JANJI PADA DIRI SENDIRI TAK PAYAH NAK JANJI PADA PENGUNDI KAU ORANG. KALAU KAU ORANG MENANG, BELALAH NASIB ORANG KUALA TERENGGANU TU. JENGUK JENGUKLAH RUMAH ORANG KAMPUNG KAT SANA. PALING TIDAK PUN DUDUK LEPAK NGAN PENGUNDI KAT WARUNG WARUNG.

YANG TAK TAHANNYA KAU ORANG KALAU MENANG DAN DAH JADI PEMIMPIN, BALIK KAMPUNG NAK BMW BARU LE PULAK. AKU TAK KISAH LAH PASAL TU REZEKI KAU. TAPI INGAT INGAT LAH KAT ORANG KAMPUNG TU. KALAU KAU LUPA KAT DIA ORANG ALAMATNYA SEKALI TU JELAH KAU ORANG JADI WAKIL RAKYAT..LEPAS TU MASUK TONG SAMPAH. KALAU SUMBANGAN DAN KASIH KAU ORANG PADA ORANG KUALA TERENGGANU NI SEPANJANG MASA DAN BUKAN MASA NAK PILIHANRAYA JE, AKU RASA SAMPAI BILA BILA PUN KAU AKAN JADI WAKIL RAKYAT. ORANG KALAU DAH SUKA, TAHI PUN ORANG KATA WANGI DOL.

MELAYU VS MELAYU VS MELAYU..AKU TAK KISAH SIAPA MENANG PASAL SEMUA MELAYU. AKU CUMA TAK MAU MELAYU HIPOKRIT JE YANG MENANG. PENGUNDI KUALA TERENGGANU..KAU ORANG HUKUMLAH MELAYU YANG HIPOKRIT..PILIH YANG IKHLAS..

No comments:

Post a Comment