Tuesday, January 13, 2009

KEMPEN POLITIK ATAU PENTAS MENCARUT??


SEMALAM AKU JELAJAH SATU LAMAN BLOG..BLOG APA TAK PAYAH LE AKU TULIS..TAKKAN AKU NAK KASI PUBLISITI FREE PULAK KAT BLOG TUH..DAN SEMESTINYA BLOG TU ADALAH BLOG POLITIK.

JELAJAH PUNYA JELAJAH AKU PUN TERJUMPA VIDEO YANG DIA UPLOAD DALAM BLOG DIA TU..WALAUPUN LAMBAT GILA NAK DOWNLOAD VIDEO TU TAPI AKU KUATKAN SEMANGAT PASAL AKU TAU DAN SEMUA ORANG TAU MAMAT YANG BERCAKAP DALAM VIDEO TU MEMANG TERKENAL DENGAN PIDATONYA YANG BERAPI API. SUDAH DOWNLOAD AKU PUN TENGOKLAH VIDEO TU.

MULA MULA NAMPAK OK JE PIDATO MAMAT TU..MAKIN LAMA MAKIN PANAS. DAN BILA DAH PANAS TU MACAM MACAM PERKATAAN KELUAR. SALAH SATU PERKATAAN YANG KELUAR ADALAH PERKATAAN ‘SIAL’. FUHH BETUL PUNYA BERAPI. PENONTON KEMPEN POLITIK MAMAT MENCARUT TU RATA RATA AKU TENGOK BERKOPIAH PUTIH. YANG HAIRANNYA YANG BERKOPIAH PUTIH TU KETAWA SUKA BILA MAMAT TU MENCARUT. SEPATUTNYA YANG BERKOPIAH PUTIH TU MARAH LE MAMAT TU TAPI TIDAK..SUKA PULAK DIA ORANG TU. HARAP KOPIAH JE LAH. KAU ORANG RASA KALAU ANAK ANAK YANG BERKOPIAH PUTIH TU MENCARUT KAT RUMAH DIA ORANG SUKA TAK?AKU RASA MEMANG KENA PENAMPAR SIAM LAH ANAK ANAK DIA ORANG TU. BETUL LE KATA PERIBAHASA SEPERTI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS.

MAMAT YANG BERPIDATO NI SUDAH SUDAHLAH. SAMPAI BILA NAK SIMPAN RASA MARAH. KALAU DAH TAK ADA REZEKI TU REDHA JE LAH. TAK JADI ORANG BESAR BUKAN MATI PUN. KALAU IKHLAS NAK BERJUANG TAK PERLU NAKKAN JAWATAN BESAR. ALA DULU PUN DAH MERASA. LAGIPUN SATU MALAYA KENAL MAMAT NI APA YANG DIA NAK CARI PUBLISITI MURAH MACAM NI. PUBLISITI YANG HANYA MENGUNDANG DOSA. TAK TAU LE KALAU PAHALA DIA DAH BANYAK.

AKU NI BUKAN APA..BUKAN NAK CAMPUR SOAL POLITIK PASAL AKU PUN TAK JADI AHLI MANA MANA PARTI POLITIK. TAPI AKU NI MELAYU!!!! YANG KUTUK ANAK MELAYU SENDIRI SEKARANG NI ADALAH ANAK MELAYU SENDIRI. APA NAK JADI?? DUNIA DAH NAK KIAMAT??

KITA NI PATUT BERSYUKUR HIDUP DEKAT MALAYSIA..AMAN DAN MAKMUR. CUBA KAU ORANG TENGOK BUMI PALESTIN TU. KALAU MACAM NI LAH PERANGAI MELAYU MALAYSIA APA AKAN JADI KALAU MALAYSIA JADI MACAM PALESTIN. TAK JADI MACAM TU PUN DAH BERPECAH BELAH. KALAU JADI MACAM PALESTIN AKU TAKKAN HAIRAN KALAU ADA ANAK MALAYSIA YANG SUDI JADI TALI BARUT..TAK BOLEH KE KAU ORANG NAK BERSATU PADU??

AKU RASA SEKARANG NI BERSEPAH ORANG POLITIK MELAYU BERADA KAT KUALA TERENGGANU. SIBUK KEMPEN LAH KATAKAN. ENTAH KEMPEN KE ATAU SAJA SAJA BERJALAN AKU PUN TAK TAU. AGAKNYA SEDAP MAKAN KEROPOK LEKOR TEPI LAUT KOT. MAKCIK MAKCIK TU TAK PAYAHLAH SIBUK SANGAT. TANGGUNGJAWAB KAT RUMAH TU JAUH LEBIH BESAR. MACAM AKU CAKAP DULU, NIAT NAK BANTU CALON TU BAGUS TAPI KALAU TERLEBIH ORANG JADI MENYAMPAH PULAK.

SAMPAI BILA AGAKNYA MELAYU NAK BERPECAH BELAH??AKAN ADAKAH JEBAT YANG AKAN DITUDUH DERHAKA..KALI INI BUKAN DERHAKA PADA SULTAN TAPI DERHAKA PADA TANAH AIR…SAMA SAMA KITA DOA AGAR MALAYSIA TERUS TERPELIHARA…AMIN…

Thursday, January 8, 2009

APA LU CERITA??

TADI AKU MENJENGAH KE TESCO PASAL BELI BARANG DAPUR RUMAH. AKU NAK UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK BANYAK PADA PIHAK PENGURUSAN TESCO PASAL HARGA YANG DITAWARKAN MURAH DARIPADA BIASA. TAK SALAH KALAU AKU KATA HARGA BARANG KAT TESCO NI JAUH LEBIH MURAH DARI KEDAI RUNCIT MILIK ORANG ACHEH DEKAT RUMAH AKU.

KALAU NAK FIKIRKAN OVERHEAD TESCO NI JAUH LEBIH TINGGI DARI KEDAI RUNCIT TU TAPI AKU TAK FAHAM KENAPA KEDAI RUNCIT TU MASIH JUAL BARANG DENGAN HARGA YANG LEBIH TINGGI. NAK CEPAT KAYA AGAKNYA.

DULU ORANG GUNA ALASAN HARGA MINYAK TINGGI JADI SEMUA HARGA BARANG KENA TINGGI JUGA. ADA LOGIK AYAT TU. TAPI SEKARANG HARGA MINYAK DAH TURUN JAUH DARI HARGA ASAL. YANG JADI PELIKNYA HARGA BARANG KAT KEDAI RUNCIT TAK JUGAK TURUN TURUN. SEKARANG APA MAHU CERITA?

RAKYAT MALAYSIA NIH PUN SATU, DULU HARGA MINYAK NAIK SEMUA PAKAT MARAH KERAJAAN. SEKARANG HARGA MINYAK TURUN TAKDE SEORANG PUN NAK UCAP TERIMA KASIH PADA KERAJAAN. JADI AKU NAK GUNA RUANG NI UCAP TERIMA KASIH PADA KERAJAAN. TERIMA KASIH PAK LAH. ADA JUGAK AKU DENGAR YANG ADA ORANG KALAU BOLEH NAK MINTAK HARGA MINYAK NI DITURUNKAN LAGI. MACAM NI JE LAH..KAU ORANG MENIAGA LAH MINYAK SENDIRI. KALAU DAH MENIAGA SENDIRI KAU ORANG NAK MINUM MINYAK TU PUN AKU TAK KISAH. AGAK AGAKNYA KAU ORANG KALAU BOLEH SEMUA NAK FREE KOT. KALAU KAU ORANG KERJA FREE TANPA GAJI KAU ORANG NAK KE?

KAU ORANG INGAT AKU TAK PENING KE MASA MINYAK NAIK HARGA. TAPI AKU KENALAH FAHAM YANG HARGA KAT PASARAN DUNIA TU NAIK. JADI AKU RASA KERAJAAN TAKDE PILIHAN LAIN SELAIN DARI NAIKKAN HARGA MINYAK. TAPI AKU TETAP SYUKUR WALAUPUN HARGA MINYAK NAIK AKU MASIH MAMPU BELI SPENDER BARU.

AKU TAU KERAJAAN NAIKKAN HARGA DULU ADA ASAS. BUKAN HENTAM KEROMO. ADA ORANG TU PANDAI LE CAKAP NAK TURUNKAN HARGA MINYAK. APA KAU FIKIR KAU TU TAUKEH MINYAK. JUAL TAHI MINYAK BOLEH LAH BRO.

NI SATU LAGI. JENAYAH LEPAK KEDAI MAMAK. MAMAK MAMAK NI PUN SATU KEPALA BATU. BILA AGAKNYA NAK TURUNKAN HARGA TEH TARIK. DULU KATA SORRY BACHA..HARGA MINYAK MAHAL SEKARANG ITU PASAL SAYA JUAL TEH PUN MAHAL. MANGKUK BETUL. SATU TIN SUSU NAIK 20 SEN DULU. YANG PELIKNYA SECAWAN TEH TARIK PUN NAIK SAMPAI 20 SEN. APA KAU FIKIR SECAWAN TEH TARIK KENA BUBUH SE TIN SUSU KE? CUBA KAU KIRA..SATU TIN SUSU BOLEH BUAT BERAPA CAWAN TEH TARIK? KALAU LEMBAB MATEMATIK MEMANG TAK BOLEH NAK KIRALAH. DALAM HAL NI YANG JADI MANGSA KERAJAAN JUGAK. YANG KAU ORANG MARAH KERAJAAN APASAL? KENAPA KAU ORANG TAK LUKU JE KEPALA MAMAK TU?ADA BERAN?

AGAKNYA ORANG MALAYSIA SEKARANG NI MEMANG SUKA NAK MARAH MARAH. MARAH BIAR BERTEMPAT BEB. JADILAH MARAH MACAM JEBAT. BIAR BERKOKOK DARI MENYALAK..KERANA MENYALAK TU MACAM ANJING MENYALAK BUKIT. BUKIT TAK RUNTUH ANJING YANG PENAT..LEBAM BRO..

Tuesday, January 6, 2009

APA KHABAR KUALA TERENGGANU

APA KHABAR ORANG KUALA TERENGGANU? MACAM MANA DENGAN KEMPEN PARTI PARTI POLITIK YANG BERTANDING? MENARIK ATAU MEMUALKAN TEKAK?

KADANG KADANG AKU FIKIR DAHSYAT ATAU GILA PUNYA HANDAL ORANG ORANG POLITIK NI..YELAH NAK UBAH PENDIRIAN PENGUNDI DALAM TEMPOH 2 MINGGU? HMM..TAK KE HANDAL NAMA TUH?

ADA PENGUNDI YANG BERANAK JE DAH JADI PENYOKONG KUAT UMNO. ADA JUGAK YANG BERANAK TERUS NAMPAK BULAN TERANG. KEMPEN MACAM MANA PUN KALAU DAH NAK SOKONG BN TETAP AKAN PANGKAH BN.. KALAU YANG DAH MEMANG SENTIASA RINDUKAN BULAN, KAU ORANG KEMPEN MACAM MANA PUN PUNGGUK TETAP PUNGGUK.

LANTAKLAH DENGAN ORANG ORANG YANG DAH MEMANG ADA PENDIRIAN NAK PANGKAH PARTI MANA..PADA AKU, AKU LEBIH SUKA FIKIRKAN TENTANG ATUK ATUK DAN NENEK NENEK YANG MASIH TAK TAU NAK PANGKAH MANA..PENGUNDI ATAS PAGAR LAH KATA ORANG ORANG POLITIK NI. PENGUNDI ATAS PAGAR NIH KAU ORANG JANGAN SUKA SUKA TARIK UNTUK MASUK KEM KAU ORANG..YELAH ORANG ATAS PAGAR SALAH TARIK BOLEH KOYAK RABAK BEB. KENALAH TARIK PERLAHAN LAHAN..MACAM TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG..SIAPA YANG PANDAI TARIK DIA LAH YANG AKAN DAPAT GOLONGAN ATAS PAGAR NI.

AKU KESIAN DENGAN NENEK NENEK DAN ATUK ATUK YANG TUA. NAK PILIHANRAYA DIA ORANG NI DI BERI MACAM MACAM HARAPAN..KERUSI RODA LAH, KAIN BATIKLAH..MACAM MACAM..SOALNYA YANG MEMBERI TU IKHLAS KE TAK?KAU RASA LEPAS PILIHANRAYA NANTI ADA KE TAK SUMBANGAN KERUSI RODA DAN SEGALA BENDA TU? KESIAN LE KAT NENEK NENEK NI BEB. AKU TENGOK MACAM MACAM AKTIVITI YANG CALON CALON NI BUAT. LAWATAN KE RUMAH RUMAH LE..MAIN DENGAN ANAK ANAK PENGUNDI YANG CACAT. SEMUA NI KENALAH BUAT DENGAN IKHLAS BUKAN PASAL NAK PANCING UNDI JE. JANGAN DAH MENANG NANTI, KAU ORANG BERAMBUS ENTAH KE MANA.. NAK DATANG RUMAH YANG KAU ORANG KONON NAK TOLONG PUN TAK NAK NANTI. JANGAN MACAM TU BEB, KENA LAKNAT NANTI. KAU ORANG JUGAK YANG SUSAH DALAM KUBUR NANTI.

JANGAN KAU ORANG BERI HARAPAN PADA ORANG ORANG KUALA TERENGGANU NI KALAU KAU ORANG RASA TAK MAMPU NAK TUNAIKAN. DOA ORANG ORANG TERANIAYA NI MAKBUL..TAK KE BERASAP PUNGGUNG KAU ORANG..KALAU BERASAP KUBUR KAU ORANG LAGI HARU.

AKU NIH TAK NAK LAH MASUK SIDE MANA MANA. PASAL AKU NI BUKAN PENGUNDI KAT KUALA TERENGGANU. TAPI AKU SUKA NAK NASIHAT PADA CALON CALON NI SEMUA. KALAU KAU ORANG IKHLAS INSYAALLAH ALLAH AKAN TOLONG DAN MENANGKAN KAU.

AKU SEBENARNYA DAH MUAK TENGOK KEADAAN PILIHANRAYA NI. MACAM MACAM JANJI YANG KAU ORANG KASI. LEPAS PILIHANRAYA BAYANG KAU ORANG PUN TAK ADA. YANG TINGGAL CUMA BENDERA YANG KOYAK RABAK YANG KAU ORANG TINGGALKAN.

NAK JUMPA KAU ORANG SEMINGGU SEKALI PUN SUSAH. ANAK ANAK PENGUNDI YANG CACAT DAN ATUK NENEK YANG KAU KASI HARAPAN MASA BERKEMPEN TU DUDUK MENUNG ATAS TANGGA SENDIRIAN. EH KAU ORANG JANGAN LE BUAT MACAM NI LAGI. AKU SEDIH TENGOK ATUK NENEK NI.
KAU ORANG JANJI PADA DIRI SENDIRI TAK PAYAH NAK JANJI PADA PENGUNDI KAU ORANG. KALAU KAU ORANG MENANG, BELALAH NASIB ORANG KUALA TERENGGANU TU. JENGUK JENGUKLAH RUMAH ORANG KAMPUNG KAT SANA. PALING TIDAK PUN DUDUK LEPAK NGAN PENGUNDI KAT WARUNG WARUNG.

YANG TAK TAHANNYA KAU ORANG KALAU MENANG DAN DAH JADI PEMIMPIN, BALIK KAMPUNG NAK BMW BARU LE PULAK. AKU TAK KISAH LAH PASAL TU REZEKI KAU. TAPI INGAT INGAT LAH KAT ORANG KAMPUNG TU. KALAU KAU LUPA KAT DIA ORANG ALAMATNYA SEKALI TU JELAH KAU ORANG JADI WAKIL RAKYAT..LEPAS TU MASUK TONG SAMPAH. KALAU SUMBANGAN DAN KASIH KAU ORANG PADA ORANG KUALA TERENGGANU NI SEPANJANG MASA DAN BUKAN MASA NAK PILIHANRAYA JE, AKU RASA SAMPAI BILA BILA PUN KAU AKAN JADI WAKIL RAKYAT. ORANG KALAU DAH SUKA, TAHI PUN ORANG KATA WANGI DOL.

MELAYU VS MELAYU VS MELAYU..AKU TAK KISAH SIAPA MENANG PASAL SEMUA MELAYU. AKU CUMA TAK MAU MELAYU HIPOKRIT JE YANG MENANG. PENGUNDI KUALA TERENGGANU..KAU ORANG HUKUMLAH MELAYU YANG HIPOKRIT..PILIH YANG IKHLAS..

Monday, January 5, 2009

JEBAT BERKOKOK DI TAHUN BARU

SALAM TAHUN BARU UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERMASUK AKU SENDIRI. TAHUN BARU NI SEMUA SEMANGAT BARU BIARPUN KADANG KADANG AZAM TAHUN LEPAS PUN TAK DIBUAT LAGI. TAKPELAH JANJI ADA AZAM. AZAM KADANG KADANG BOLEH JADI ANGAN-ANGAN. DAN YANG PANJANG ANGAN ANGAN HANYA AKAN MENDAPAT MUSIBAH.

PADA AKU MASUK TAHUN BARU, UMUR PUN JADI BARU. SEMAKIN HAMPIR UNTUK DAPAT RUMAH BARU. RUMAH BARU YANG AKU MAKSUDKAN TU KUBUR LE. APA KAU ORANG INGAT BANGLO ATAU KONDO MEWAH KE.

SAMBUTAN TAHUN BARU AKU MUDAH JE. TAKDE APA YANG MERIAHNYA. CUMA BAWA ANAK AKU TENGOK BUNGA API. SAMBIL SAMBIL AKU TENGOK BUNGA API TU, AKU FIKIR SENDIRI. KENAPA AGAKNYA SAMBUTAN TAHUN BARU HIJRAH TIDAK DI SAMBUT SEMERIAH INI??? KATA NEGARA ISLAM BEB..AGAMA RASMI PUN AGAM ISLAM..KENAPA SAMBUTAN TAHUN BARU ISLAM NI TAK DISAMBUT SECARA BESAR BESARAN??

MAT MAT REMPIT PUN AKU TENGOK SIBUK MENUNJUKKAN BAKAT MASING MASING. YANG KENDONG AWEK..FUHH LAGI BAIK PUNYA CILOK. YANG TAKDE AWEK SIBUK KEJAR KAUM YANG KENDONG AWEK TUH..APA LU ORANG INGAT AWEK TU MACAM KEK KE BOLEH KONGSI KONGSI??

PASAL JEBAT BERKOKOK NI SAJA JE AKU PAKAI NAMA JEBAT. SEKARANG NI RAMAI YANG DAH JADI TUAH. SEMUA KAKI AMPU DAN KAKI MENGANGGUK. ALA YES BOSS LAH TU. BIAR BOSS TU ENTAH APA APA JANJI POKET SI TUAH MODEN NI MASYUK. PADA AKU, AKU TETAP NAK BERKOKOK. DULU JEBAT ORANG KATA DERHAKA. ISTILAH DERHAKA PADA AKU MACAM NAK SURUH MASUK NERAKA JE JADI AKU PAKAI LAH ISTILAH BERKOKOK NI. BERKOKOK BUKAN NAK KASI TAU HARI DAH SIANG TAPI NAK KASI TAU APA YANG SEPATUTNYA AKU SEBAGAI RAKYAT KASI TAU PADA ORANG-ORANG ATAS TU. DIA ORANG NAK DENGAR ATAU TAK TU DIA ORANG PUNYA PASAL. PADA AKU. AKU CUMA NAK TEGUR KALAU SALAH..KALAU BETUL GILA KE AKU NAK TEGUR. PUJI ADALAH..CEHH..NAK JADI TUAH KE??

KAU ORANG SEMUA KALAU DIA ORANG TU SALAH TEGUR JE. TAPI BIARLAH TEGUR DENGAN CARA BETUL. JANGAN PULAK KAU ORANG SIBUK NAK BERSEPAH KAT JALANRAYA MACAM KAWAN KITA TU. BUKAN BUDAYA MELAYU MACAM TU. ORANG RADIKAL MACAM KITA NI DIGALAKKAN MENEGUR ORANG ATAS TU. KALAU NAK DENGAR DENGARLAH. KALAU TAK NAK DIA ORANG PUNYA SUKA. PADA AKU, AKU DAH JALANKAN TANGGUNGJAWAB AKU. AKU HARAP DALAM KUBUR AKU TAK KENA SOAL PASAL TAK JALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG RAKYAT.