Tuesday, July 21, 2009

Siapa baling batu dan siapa sembunyi tangan?



Mati itu kehendak Allah s.w.t jua..Apa kena mengena mati dengan politik? Apa kena mati dengan menuduh bahawa ianya rencana yang telah dirancangkan? Benar ianya rencana yang telah dirancangkan tetapi bukan manusia yang merencanakannya selain dari rencana Allah yang telah ditetapkan dari azali. Susah sangatkah orang orang gila di Pakatan Rakyat hendak menerima kenyataan ini? Susah sangatkah hendak menerima ketentuan yang telah ditetapkan?


Satu dosa yang amat besar apabila menuduh orang yang belum dapat dipastikan kesalahannya sebagai pembunuh. Tidakkah orang orang PAS yang mengaku alim untuk menasihatkan sekutunya itu untuk tidak terus menuding jari kepada Barisan Nasional? Bagaimana hendak menegakkan negara Islam sekiranya perkara asas seperti ini pun tidak mampu diterjemahkan oleh PAS?


Rencana yang dirancangkan ini mungkinkah bertujuan untuk menutup siri kelemahan yang terdapat di dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang mula goyah atau yang lebih utama adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada terus memperkatakan tentang kes Anwar Ibrahim dan kes Lim Guang Eng di Pulau Pinang? Jadi siapa yang punya rencana dan siapa yang baling batu sembunyi tangan?


Jangan hairan sekiranya mabuk ini berpanjangan Pakatan Rakyat akan katakan bahawa orang yang meninggal setiap hari adalah angkara Barisan Nasional jua. Orang gila akan berkata bahawa tiap tiap warna itu adalah hijau biarpun hakikatnya warna yang sebenar adalah biru. Perangai orang gila usah dihiraukan dan diendahkan.

Saturday, July 18, 2009

Apa khabar Manek Urai?

Sudah hampir seminggu pilihanraya kecil Manek Urai melabuhkan tirainya. Pelbagai kenangan yang ditinggalkan di Manek Urai. Ada duka dan ada ketika suka mencuit hati. Bagaimana agaknya dengan poster poster dan bendera parti parti yang bertanding? Sudahkah diturunkan? Harapnya biarlah Manek Urai bersih pandangannya seperti sediakala. Aku agak rindukan ketenangan yang ada di Manek Urai. Tenang fikiran dan jiwa.

Apa khabar adik adik di Manek Urai? Puas agaknya dapat merasai kemeriahan yang ada di Manek Urai sempena pilihanraya kecil tempoh hari. Mungkin sekarang agaknya terasa agak sepi tanpa keriuhan yang terjelma semasa kempen tempoh hari. Tak mengapalah kehidupan harus diteruskan. Ingatlah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Tahniah kepada penduduk penduduk Manek Urai kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Biarpun undi nampaknya seimbang tetapi apa yang jelas kemenangan berpihak kepada Melayu. Dengan undi yang hampir sama banyaknya jelas menunjukkan penduduk Manek Urai cinta dan terlalu rindukan perpaduan Melayu. Dengan undi yang hampir sama banyaknya itu juga menunjukkan bahawa kedua dua calon yang bertanding tempoh hari hendaklah sama sama berganding bahu berbakti kepada penduduk Manek Urai. Tiada yang menang dan tiada yang kalah kerana pemenangnya amat jelas iaitu penduduk Manek Urai.

Ayuh kita terus membela Manek Urai seperti mana yang kita canangkan semasa kempen tempoh hari. Jangan kita buangkan harapan yang telah kita taburkan kepada penduduk Manek Urai. Teruslah berbakti demi kepentingan anak anak Manek Urai. Jangan hanya pandai menanam tebu di bibir.

Monday, July 6, 2009

Kain kafan penyokong PAS berwarna hijau?


Semasa aku berada di celah celah para penyokong PAS untuk proses penamaan calon pilihanraya kecil Manek Urai semalam, aku dapati hampir semua penyokong PAS yang hadir adalah orang orang Kelantan. Mungkin orang PAS akan tersenyum dengan apa yang aku tulis ini kerana tentunya mereka akan berkata sudah barang pasti keadaan ini berlaku kerana ianya pilihanraya kecil untuk Dewan Undangan Negeri Kelantan. Aku pun sedar keadaan ini tetapi keadaan ini terjadi juga di mana mana negeri di dalam Malaysia di mana setiap kali ada pilihanraya kecil yang melibatkan PAS, segerombolan orang orang Kelantan akan tentunya memenuhi kawasan tersebut.

Yang menariknya, orang yang sudah berangan angan untuk masuk syurga ini mempunyai mulut yang macam celaka dan macam bontot ayam. Agaknya sudah ditakdirkan agar aku memasuki pusat penamaan calon melalui pintu masuk yang disediakan untuk penyokong PAS dan semasa itulah aku dapati bagaimana 5 orang penyokong Barisan Nasional yang juga telah tersilap jalan dengan melalui pintu masuk PAS, golongan ahli syurga walaupun muka hitam dan kelabu tiada sinar jernih. Macam ni ke muka ahli syurga? Dalam keadaan 5 orang pemuda Barisan Nasional yang tesilap jalan itu, masih jelas di telinga aku bagaimana orang orang PAS menghina dan mencerca pemuda Barisan Nasional tersebut. Mereka mengata bahawa baju yang berlambangkan Barisan Nasional yang di pakai oleh pemuda pemuda tersebut sebagai najis dan tambah menyedihkan apabila salah seorang pemuda Barisan Nasional yang memakai kopiah telah dijerit dengan kata kata kesat dan dituduh sebagai tidak layak untuk memakai kopiah. Wah, betul punya tinggi cita cita penyokong penyokong gila PAS ini seolah olah telah berada di dalam syurga. Macamlah dia orang sahaja yang layak untuk memakai kopiah. Apakah kain kafan untuk orang orang PAS akan berwarna hijau dan tidak berwarna putih seperti orang orang lain?

Tiba masa Tian Chua hadir, penyokong penyokong PAS memberikan takbir seolah olah Tian Chua pun telah menjadi ahli syurga walaupun tidak disunatkan dan tidak pernah mengucap dua kalimah syahadah. Tapi mungkin aku terlupa, suatu syurga khusus telah disediakan oleh Nik Aziz untuk penyokong penyokong PAS tetapi soalnya syurga apa? Syurga untuk orang orang Islam Kelantan atau syurga untuk orang yang mukanya hitam seperti bontot kuali? Kedua duanya boleh kerana PAS ini gagah di Kelantan hanya kerana Nik Aziz ini orang Kelantan. Apakah PAS akan kuat seperti ini sekiranya Nik Aziz orang Johor? Sendiri mau ingat.

Tapi apa nak dihairankan kerana dalam sejarah Tanah Melayu nama Kelantan akan tercicir dari segi perjuangan.Hanya nama Tok Janggut yang biasa kedengaran. Yang menjadi sejarah di dalam Kelantan ini apabila Jepun menjadikan tempat mendarat tenteranya di Pantai Sabak. Mana pergi orang orang Kelantan yang tampak seperti gagah tetapi amat mudah di tawan seperti mana si alim kucing Nik Aziz mudah menawan mereka. Nampaknya PAS akan terus mencipta sejarah di Kelantan apabila penyokong penyokong PAS akan dikafankan dengan kain kafan berwarna sejarah. Itulah PAS di Kelantan yang terdesak untuk mencipta sejarah sebelum ditinggalkan kerana tidak mempunyai apa apa sumbangan pada Tanah Melayu. Soalnya Melayukah PAS??

Tenang dan waraslah Melayu!!

Saturday, July 4, 2009

Nik Aziz atau Tok Kenali: Siapa ulamak sebenar Kelantan?

Aku sebenarnya hairan dan sememangnya sudah lama hairan dengan tajuk yang aku tuliskan di atas ni. Permasalahan yang sudah lama aku fikirkan ini akhirnya terungkai jua apabila aku renung renungkan. Dan aku rasa semua orang akan turut bersetuju dengan apa yang aku fikirkan. Orang yang tidak bersetuju dengan apa yang akan aku tuliskan di bawah ini bermakna orang itu tidak mengiktiraf kewujudan seorang wali Allah di Kelantan.

Sebenarnya jawapan kepada persoalan tajuk di atas tidaklah sesusah mana untuk dijawab. Melihat kepada tajuk itu saja semua orang sudah boleh menjawab kepada persoalan itu. Cuma aku agak hairan mengapa nama Tok Kenali seolah olah sengaja dibenamkan oleh orang orang yang mengaku dirinya sebagai ulamak di Kelantan.
Siapa yang tidak kenal pada Tok Kenali. Agak menghairankan sekiranya ada anak anak Kelantan yang tidak pernah mendengar nama Tok Kenali. Atau sengaja buat buat tidak pernah mendengar nama besar ini. Mungkin anak anak Kelantan kini lebih teruja dan taksub kepada seorang yang mengaku dirinya ulamak walaupun dia cuma seorang insan biasa yang bernama Nik Aziz.

Usahlah dibandingkan Tok Kenali dengan Nik Aziz. Terlalu jauh perbandingannya seperti langit dan bumi. Aku membuat beberapa pembacaan mengenai Tok Kenali sebelum aku melahirkan artikel ini. Itupun setelah hati aku agak tertekan dengan perangai Nik Aziz yang agak melampau akhir akhir ini. Tok Kenali adalah seorang ulamak besar yang tinggi ilmu pengajiannya dan baik adab pekertinya. Tidak bercakap kosong apatah lagi menghina sesama manusia dan Tok Kenali amat menghormati orang hinggakan ada yang mengatakan Tok Kenali menghormati kanak kanak sama seperti beliau menghormati orang dewasa. Samakah adab beliau jika hendak dibandingkan dengan Nik Aziz?

Nik Aziz adalah seorang ulamak yang tidak pernah diakui alimnya oleh orang orang lain kecuali oleh anak anak Kelantan sahaja. Dan aku pun agak hairan bagaimana dan siapa yang mengklasifikasikan Nik Aziz sebagai ulamak. Nik Aziz cukup rendah adabnya jika hendak dibandingkan dengan Tok Kenali. Buktinya cukup mudah, Nik Aziz lebih suka untuk mengkafirkan saudara seIslamnya dari UMNO dan lebih suka untuk berdamping dan memuji muji orang orang kafir seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Adakah ini ciri ciri seorang ulamak?

Yang peliknya mengapa Nik Aziz seperti mahukan orang orang Kelantan untuk melupakan Tok Kenali? Dan mengapa Nik Aziz sendiri seperti tidak mahu untuk meneruskan perjuangan Tok Kenali? Aku bukan menuduh Nik Aziz sembarangan cuma aku mahu kita sama sama renungkan dengan kenyataan yang aku ambil dari ‘merahsilu.blogspot.com’ .

“Di sini, ingin saya ambil kesempatan membuat pengumuman... Kepada mana-mana insan mulia yang ingin memberikan sumbangan demi memastikan kesinambungan sebuah warisan peninggalan ulamak Melayu bertaraf wali, boleh hubungi Ayah Man @ Haji Lokman bin Ahmad bin Muhammad Yusuf (nama sebenar Tok Kenali) di talian 012-9540237 dan 09-7654666. Boleh juga datang sendiri mencarinya dan ahli keluarga di Dewan Tok Kenali, Pondok Tok Kenali, Lorong Tok Kenali, Jalan Tok Kenali, 16150 Kota Bahru, Kelantan. Sila!”


Mengapa Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan yang mengaku dirinya ulamak tidak mengambil inisiatif untuk meneruskan perjuangan Tok Kenali? Apakah Nik Aziz merasakan bahawa dia lebih alim dan warak jika hendak dibandingkan dengan Tok Kenali atau Nik Aziz tahu sekiranya dia meneruskan perjuangan Tok Kenali maka orang orang Kelantan akan melupakakannya dirinya? Inilah sifat sebenar Nik Aziz yang tidak mahu mengiktiraf kealiman orang lain dan cuba membuktikan bahawa hanya beliaulah yang paling alim dan hero Kelantan. Jangan cuba hendak dibandingakan Nik Aziz dengan nama nama ulamak ulamak besar yang diakui alimnya seperti yang tertulis di dalam buku ‘Tujuh Wali Melayu’. Aku cuma hairan siapa dan di mana Nik Aziz dimartabatkan sebagai seorang ulamak???

Jelas di sini, Nik Aziz hanyalah seorang yang bijak menggunakan agama sebagai platform politiknya. Nik Aziz bukanlah seorang ulamak yang sebenar dan hanya ulamak kepada PAS yang sangat berbeda adabnya jika hendak dibandingkan dengan ulamak ulamak besar yang diakui alimnya. Mungkin pengikut pengikut PAS sendiri tidak akan dapat membezakan antara Dajal dan Imam Mahadi.

Mudah mudahan Allah akan member petunjuk kepada pengikut pengikut PAS agar segera kembali kepada Islam yang sebenar dan bukan Islam PAS. Jika PAS menyalahkan Islam Hadhari apa bezanya dengan Islam PAS yang mereka ciptakan?
Ulamak adalah pewaris nabi dan yang pastinya Nik Aziz hanyalah ular dalam semak yang amat berbisa.

Tenang dan waraslah Melayu!!!

Wednesday, July 1, 2009

Siapa yang bodoh?




Aku minta semua untuk berfikir siapakah yang bodoh apabila melihat poster yang terdapat di kawasan pilihanraya kecil Manek Urai ini. Semalam sambil meninjau kawasan pilihanraya ini aku berkesempatan untuk merakamkan poster ini untuk renungan kita bersama.

Dua calon yang bertanding di pilihanraya kecil Manek Urai ini datangnya dari dua profesion yang berbeza. Calon dari UMNO/BN adalah seorang Pengurus KESEDAR dan calon dari PAS adalah seorang tauke ikan. Realitinya siapa yang bodoh? Semua orang boleh berfikir siapa yang bodoh. Siapakah yang layak untuk mewakili rakyat Manek Urai untuk duduk membicarakan tentang kepentingan rakyat Manek Urai di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan? Mungkin PAS merasakan bahawa rakyat Manek Urai hanya perlu bercerita tentang ikan dan PAS merasakan bahawa rakyat Manek Urai tidak perlu diperjuangkan nasibnya lantaran itu mengambil sikap hentam keromo apabila meletakkan calon seorang tauke ikan.

Rakyat Manek Urai adalah rakyat Malaysia yang telah sama sama merasakan nikmat yang telah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Berpuluh tahun mencapai kemerdekaan kita telah sama sama mengecapi segala kemudahan hinggakan baru baru ini Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama sendiri telah mengakui akan kehebatan pemimpin pemimpin Malaysia.

Jadi siapa yang tidak pandai memerintah? Bukankah kerajaan Barisan Nasional telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat Malaysia cuma mungkin rakyat Manek Urai rasa tertinggal akibat dari kebodohan pemimpin pemimpin PAS yang memimpin Manek Urai.

Siapa yang bodoh dan tidak pandai memerintah? Kalau ada yang masih merasakan PAS bijak memerintah maka dialah yang tergolong di dalam orang orang bodoh. Bayangkan bagaimana keadaannya sekiranya Nik Aziz duduk di dalam mesyuarat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu? Pasti kita tersenyum sendirian. Anwar Ibrahim bagaimana? Lupakan saja budak dari Permatang Pauh ini kerana dia tidak pernah memikirkan nasib rakyat Malaysia dan selayaknya duduk di Amerika Syarikat bersama George Bush dan Soros.

Tenang dan waraslah Melayu!!!