Showing posts with label Muktamar PAS ke 55. Show all posts
Showing posts with label Muktamar PAS ke 55. Show all posts

Monday, July 6, 2009

Kain kafan penyokong PAS berwarna hijau?


Semasa aku berada di celah celah para penyokong PAS untuk proses penamaan calon pilihanraya kecil Manek Urai semalam, aku dapati hampir semua penyokong PAS yang hadir adalah orang orang Kelantan. Mungkin orang PAS akan tersenyum dengan apa yang aku tulis ini kerana tentunya mereka akan berkata sudah barang pasti keadaan ini berlaku kerana ianya pilihanraya kecil untuk Dewan Undangan Negeri Kelantan. Aku pun sedar keadaan ini tetapi keadaan ini terjadi juga di mana mana negeri di dalam Malaysia di mana setiap kali ada pilihanraya kecil yang melibatkan PAS, segerombolan orang orang Kelantan akan tentunya memenuhi kawasan tersebut.

Yang menariknya, orang yang sudah berangan angan untuk masuk syurga ini mempunyai mulut yang macam celaka dan macam bontot ayam. Agaknya sudah ditakdirkan agar aku memasuki pusat penamaan calon melalui pintu masuk yang disediakan untuk penyokong PAS dan semasa itulah aku dapati bagaimana 5 orang penyokong Barisan Nasional yang juga telah tersilap jalan dengan melalui pintu masuk PAS, golongan ahli syurga walaupun muka hitam dan kelabu tiada sinar jernih. Macam ni ke muka ahli syurga? Dalam keadaan 5 orang pemuda Barisan Nasional yang tesilap jalan itu, masih jelas di telinga aku bagaimana orang orang PAS menghina dan mencerca pemuda Barisan Nasional tersebut. Mereka mengata bahawa baju yang berlambangkan Barisan Nasional yang di pakai oleh pemuda pemuda tersebut sebagai najis dan tambah menyedihkan apabila salah seorang pemuda Barisan Nasional yang memakai kopiah telah dijerit dengan kata kata kesat dan dituduh sebagai tidak layak untuk memakai kopiah. Wah, betul punya tinggi cita cita penyokong penyokong gila PAS ini seolah olah telah berada di dalam syurga. Macamlah dia orang sahaja yang layak untuk memakai kopiah. Apakah kain kafan untuk orang orang PAS akan berwarna hijau dan tidak berwarna putih seperti orang orang lain?

Tiba masa Tian Chua hadir, penyokong penyokong PAS memberikan takbir seolah olah Tian Chua pun telah menjadi ahli syurga walaupun tidak disunatkan dan tidak pernah mengucap dua kalimah syahadah. Tapi mungkin aku terlupa, suatu syurga khusus telah disediakan oleh Nik Aziz untuk penyokong penyokong PAS tetapi soalnya syurga apa? Syurga untuk orang orang Islam Kelantan atau syurga untuk orang yang mukanya hitam seperti bontot kuali? Kedua duanya boleh kerana PAS ini gagah di Kelantan hanya kerana Nik Aziz ini orang Kelantan. Apakah PAS akan kuat seperti ini sekiranya Nik Aziz orang Johor? Sendiri mau ingat.

Tapi apa nak dihairankan kerana dalam sejarah Tanah Melayu nama Kelantan akan tercicir dari segi perjuangan.Hanya nama Tok Janggut yang biasa kedengaran. Yang menjadi sejarah di dalam Kelantan ini apabila Jepun menjadikan tempat mendarat tenteranya di Pantai Sabak. Mana pergi orang orang Kelantan yang tampak seperti gagah tetapi amat mudah di tawan seperti mana si alim kucing Nik Aziz mudah menawan mereka. Nampaknya PAS akan terus mencipta sejarah di Kelantan apabila penyokong penyokong PAS akan dikafankan dengan kain kafan berwarna sejarah. Itulah PAS di Kelantan yang terdesak untuk mencipta sejarah sebelum ditinggalkan kerana tidak mempunyai apa apa sumbangan pada Tanah Melayu. Soalnya Melayukah PAS??

Tenang dan waraslah Melayu!!

Wednesday, July 1, 2009

Siapa yang bodoh?




Aku minta semua untuk berfikir siapakah yang bodoh apabila melihat poster yang terdapat di kawasan pilihanraya kecil Manek Urai ini. Semalam sambil meninjau kawasan pilihanraya ini aku berkesempatan untuk merakamkan poster ini untuk renungan kita bersama.

Dua calon yang bertanding di pilihanraya kecil Manek Urai ini datangnya dari dua profesion yang berbeza. Calon dari UMNO/BN adalah seorang Pengurus KESEDAR dan calon dari PAS adalah seorang tauke ikan. Realitinya siapa yang bodoh? Semua orang boleh berfikir siapa yang bodoh. Siapakah yang layak untuk mewakili rakyat Manek Urai untuk duduk membicarakan tentang kepentingan rakyat Manek Urai di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan? Mungkin PAS merasakan bahawa rakyat Manek Urai hanya perlu bercerita tentang ikan dan PAS merasakan bahawa rakyat Manek Urai tidak perlu diperjuangkan nasibnya lantaran itu mengambil sikap hentam keromo apabila meletakkan calon seorang tauke ikan.

Rakyat Manek Urai adalah rakyat Malaysia yang telah sama sama merasakan nikmat yang telah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Berpuluh tahun mencapai kemerdekaan kita telah sama sama mengecapi segala kemudahan hinggakan baru baru ini Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama sendiri telah mengakui akan kehebatan pemimpin pemimpin Malaysia.

Jadi siapa yang tidak pandai memerintah? Bukankah kerajaan Barisan Nasional telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat Malaysia cuma mungkin rakyat Manek Urai rasa tertinggal akibat dari kebodohan pemimpin pemimpin PAS yang memimpin Manek Urai.

Siapa yang bodoh dan tidak pandai memerintah? Kalau ada yang masih merasakan PAS bijak memerintah maka dialah yang tergolong di dalam orang orang bodoh. Bayangkan bagaimana keadaannya sekiranya Nik Aziz duduk di dalam mesyuarat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu? Pasti kita tersenyum sendirian. Anwar Ibrahim bagaimana? Lupakan saja budak dari Permatang Pauh ini kerana dia tidak pernah memikirkan nasib rakyat Malaysia dan selayaknya duduk di Amerika Syarikat bersama George Bush dan Soros.

Tenang dan waraslah Melayu!!!

Tuesday, June 30, 2009

Debat : Nik Aziz dirasuk syaitan

Aku ingatkan dah selesai isu debat antara Nik Aziz a.ka. alim kucing dengan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib. Rupa rupanya kemaruk untuk mengadakan debat ini masih memuncak di dalam hati Nik Aziz. Apa yang beliau ingin buktikan sebenarnya?

Semua orang tahu debat ini tidak akan menjadi jalan penyelesaian biarpun Nik Aziz sibuk mencanangkan bahawa debat ini bertujuan untuk menyelesaikan kemelut antara PAS dan UMNO. Tidak perlu diadakan debat ini sekiranya hanya untuk mencari populariti politik. Tidak bolehkan Nik Aziz yang kononnya alim besar ini mencadangkan untuk berbincang secara empat mata dengan Perdana Menteri tanpa dihadiri oleh mana mana pihak lain? Yang tidak menarik tentang debat ini ianya turut disokong oleh pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain antaranya Tian Chua. Sayugia diingatkan sekalipun benar debat ini diadakan ianya hanyalah untuk kepentingan UMNO dan PAS. Dua buah parti politik terbesar untuk orang Melayu dan Islam Malaysia. Rasanya Tian Chua tak payahlah nak semakkan kepala nak sibuk campurtangan dalam hal ini. Adalah lebih baik jika dia menjaga kain Elizabeth Wong dari terselak lagi.

Rasanya PERBINCANGAN EMPAT MATA antara si alim kucing Nik Aziz dengan Perdana Menteri adalah jauh lebih baik dari debat ini. Itupun sekiranya Nik Aziz benar benar ikhlas di dalam memperjuangkan nasib orang orang Melayu dan Islam. Kerana sedikit sebanyak dari debat itu pasti akan menagih maruah Melayu untuk terus dicalarkan dan diaibkan. Tidakkah si alim kucing ini sedar akan keadaan ini atau sengaja mengada mengada untuk tidak ambil tahu?

Perkara yang ingin dibincangkan di sini sejauh mana Nik Aziz si alim kucing ini ikhlas untuk mengadakan debat ini untuk kepentingan Melayu dan Islam semata mata? Kenapa Hadi Awang Tuan Presiden PAS tidak dimaklumkan tentang keinginan debat ini? Jika kepentingan dalaman iaitu perbincangan awal antara Nik Aziz dan Hadi Awang tentang debat ini tidak diadakan di manakah ikhlasnya Nik Aziz? Adakah beliau merasakan bahawa beliau saja yang arif dan serba tahu dan atas sebab itu beliau membelakangkan rakan rakannya yang lain di dalam PAS? Dan kenapakah beliau berkeras menentang idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh rakan rakan beliau di dalam PAS? Tidakkah beliau sedar bahawa matlamat kerajaan perpaduan ini juga untuk kesejahteraan umat Melayu dan Islam? Tampak benar tidak ikhlas Nik Aziz di dalam isu debat ini. Mungkin idea debat ini datangnya dari kerisauan Nik Aziz yang semakin terpinggir dari ahli ahli PAS. Beliau tidak ubah seperti Quran buruk dari kacamata ahli ahli PAS.

Kita lupakan saja tentang debat ini kerana harga yang terpaksa dibayar untuk debat cukup tinggi iaitu MARUAH MELAYU. Mungkin Nik Aziz sudah terlalu tua justeru suka penulis ingatkan beberapa peribahasa untuk renungan beliau ‘meludah ke langit muka sendiri terkena air ludah’ dan ‘tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri’.

Dulu Nik Aziz tidak seperti ini. Semuanya bermula sejak beliau bersahabat dengan setan setan gondol yang bermata sepet dan si tampuk manggis. Sampai bila beliau akan terus dirasuk oleh syaitan syaitan yang inginkan Melayu berpecah belah? Mudah mudahan Hadi Awang akan dapat mengubati sakit rasukan syaitan yang melanda Nik Aziz si alim kucing ini. Jangan rasukan yang sama turut terpalit pada Hadi Awang juga hendaknya..Sama sama kita tunggu dan lihat.

Tidakkah Anwar mampu mengubati sakit Nik Aziz ini? Lupakan saja budak dari Permatang Pauh ini kerana beliau hanya akan menambah derita yang ada dan perosak yang amat digeruni.

Tenang dan waraslah Melayu!!!!

Saturday, June 27, 2009

Tuan Guru yang tidak dapat hidayah a.k.a alim kucing




Sejak bila Nik Aziz jadi jiwa kacau. Selepas tuduh UMNO macam komunis dan ajaran sesat sekarang nak ajak Perdana Menteri berdebat pulak. Apa mahu orang tua yang dah tua ni sebenarnya?? Dulu aku hormat jugak pada dia ni bukan kerana hormat dia sebagai ulamak pasal pada aku dia tak selayaknya digelar ulamak tapi aku cuma hormat pada dia pasal dia orang tua. Tak lebih dari tu.

Sekarang ni sejak berkawan baik dengan kafir kafir laknat dari DAP, nampaknya orang tua ni sering mengalami masalah tidur malam. Sering berkhayal yang entah apa apa. Sering mendengar bisikan bisikan syaitan yang dah berjaya menawan hatinya. Rupanya tak sekuat mana iman orang tua yang sendiri menggelarkan dirinya ulamak dan tuan guru. Agaknya apa perasaan beliau bila berjumpa Elizabeth Wong tempoh hari..Berkhayal jugak ke?

Tapi bila aku fikirkan balik tentang debat ni, semua orang boleh agak yang siapa punya idea bangang. Tentunya idea bangang ni datangnya budak dari Permatang Pauh tu. Sebabnya budak Permatang Pauh ni tahu, penyokong penyokong Pakatan Rakyat yang macam lembu ditarik hidung tu tetap akan sokong dia orang walau apa pun yang kita cakap tentang pemimpin pemimpin dia orang tu. Kalau disuruh makan tahi pun mahu jugak dibuat gamaknya. Kalau hijab setebal Gunung Kinabalu cakaplah apa saja mereka tetap dengan kebodohan mereka. Dan tak lebih dari apa debat tu selain dari nak membuka aib Perdana Menteri. Dan yang mereka harapkan rakyat Malaysia terutamanya Melayu yang gila meroyan sokong PAS akan ketawa terbahak bahak melihat Perdana Menteri diaibkan secara live. Melayu PAS inilah yang merosakkan Melayu. PKR pun ada Melayu Cuma Melayu PKR..ah lupakan saja..mereka tak lebih dari hamba DAP dan hamba kepada budak Permatang Pauh yang nak jadi Perdana Menteri tu.

Di tangan Melayu terletaknya nasib Melayu. Kalau hancurnya Melayu pasal kebodohan mereka sendiri dan pasal termakan tahi yang DAP hidangkan jangan nak menyesal suatu hari nanti. Mungkin Melayu terlalu selesa sekarang ini. Kalau hancurnya Melayu kita sama sama panggil Nik Aziz untuk membacakan talkin pasal dia antara yang bertanggungjawab menghancurkan Melayu. Budak Permatang Pauh tu macam mana? Lupakan saja pasal dia memang nak hancurkan Melayu dan pindah ke Los Angeles.

Tenang dan waraslah Melayu!!!!

Wednesday, June 3, 2009

Muktamar ke 55 PAS – Persediaan PAS untuk menggantikan UMNO????




Berapa punya gila tajuk dekat atas tu tapi itulah yang digambarkan oleh Harakahdaily.net.

Tersedak air yang sedang aku minum bila baca artikel yang berkenaan di portal news milik PAS tu. Berapa punya tinggi angan angan mat jenin yang dipasang ni. Sejak bersekongkol dengan kawan kawan dari DAP dan PKR ni nampaknya PAS pun dah mula dilambung ombak angan angan. Sejak kawan dia dari PKR tu sibuk pasang angan angan nak jadi Perdana Menteri, nampaknya PAS pun tak mau ketinggalan dalam memasang angan angan. Bagus cepat benar PAS belajar dari kawan yang kempunan nak jadi Perdana Menteri tu..bukan belajar apa tapi belajar berangan angan dan belajar kelentong.

Selepas muktamar yang ke 55 nampaknya baru PAS memasang angan angan untuk menggantikan UMNO. Kenapa tidak pada muktamar yang pertama??Sebabnya mudah….semuanya pasal PAS tidak mampu dan sekadar berangan angan.

Kalau terpaksa menunggu hingga ke muktamar yang ke 55 untuk menggantikan UMNO nampak gayanya memang PAS sejak dari dulu memang sebuah parti yang tidak mampu untuk mentadbir. Cuma aku kasihankan penyokong penyokong tegar PAS sebelum ini yang ternyata menyokong kepimpinan yang cukup lemah.

Tunggulah hingga muktamar PAS yang ke 100 juta untuk merealisasikan tajuk di atas. Lena di ulit intan…..