Showing posts with label lembu. Show all posts
Showing posts with label lembu. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Mesti baca: Jawapan kenapa Sharizat 'nak selak kain'



Kenapa Sharizat berkata 'itu belum lagi selak kain' semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini?

Persoalan kenapa beliau sampai nak selak kain itu rupanya terjawab hari ini apabila beliau mengambil tindakan untuk menyaman dua individu yang bertanggungjawab menfitnah dan cuba untuk memalitkan tahi lembu ke mukanya.

Rupanya Sharizat sedar bahawa untuk berdepan dengan hantu seperti yang didakwa orang-orang tua Melayu seseorang itu harus menanggalkan pakaian kerana hantu akan berasa takut dan gentar. 

Tentunya kali ini Sharizat sedar bahawa kain beliau harus diselak untuk menakutkan hantu. Hantu yang bergelar  MAK LAMPIR.

Mitos oh mitos!!!

Thursday, November 24, 2011

Biar menternak lembu dari bercakap macam lembu



Kalau fitnah dah menjadi makanan rutin dan sudah menjadi zikir amalan, benda yang terzahir di depan mata tidaklah lagi menjadi suatu kenyataan yang boleh diterima. Samalah halnya dengan syaitan yang tidak mahu tunduk kepada Adam sebagai Khalifah biarpun.

Video yang disediakan oleh sahabat blogger Parpukari berhubung kes NFC adalah bukti jelas kewujudan dan kejayaan NFC yang bukan omongan seperti yang didakwa Pakatan.

Orang yang menghidapi masalah rabun dekat bahkan yang menghidapi masalah rabun jauh sekali pun tidak boleh melepaskan bebola mata mereka daripada melihat puluhan ribu ekor lembu seperti yang didedahkan oleh video di atas. Mungkin mulut boleh menafikan yang dilihat itu bukan lembu tetapi mata hati tetap mengatakan yang ianya adalah lembu.

Alangkah busuknya dakwaan itu dan kita bersimpati kepada orang-orang kampung yang tidak ada kemudahan internet untuk melihat bukti yang disediakan oleh blogger Parpukari. Kita mohon kepada UMNO Cawangan dan Bahagian di luar sana untuk menunjukkan bukti ini kepada rakyat kampung agar mereka tidak termakan dengan dakwaan palsu yang sengaja dimomokkan oleh Pakatan.

Peribahasa ini mungkin sesuai kepada dakwaan Pakatan berhubung kes ini 'Kuman di seberang laut boleh nampak, gajah di depan mata langsung tak nampak'. Nampaknya, Pakatan lebih suka mengintai-intai kuman di seberang laut dan sifat kuman adalah membawa penyakit dan dek kerana suka untuk mengintai kuman itulah telah membawa penyakit kepada Pakatan iaitu PENYAKIT FITNAH.

Biar menternak lembu daripada bersikap dan bercakap 'BODOH SEPERTI LEMBU'.

Wednesday, November 16, 2011

Lembu punya sapi, jangan pula Menteri dapat nama



Sama ada secara kebetulan atau disengajakan, politik Malaysia selalu terkait dengan lembu.

Terbaru, lembu sekali lagi dikaitkan dengan seorang Menteri. Biarpun kenyataan telah dibuat bahawa lembu itu adalah kepunyaan kaum keluarganya tetapi pihak yang menuduh Menteri berkenaan mungkin bersikap 'bodoh macam lembu' tidak mahu menerima sebarang penjelasan. Padanya, jika boleh mahu sahaja dipalitkan tahi lembu ke muka Menteri tersebut.

Apa yang tidak kena dan apa yang salah jika keluarganya menjalankan perniagaan lembu? Adakah hanya kerana beliau seorang Menteri maka seluruh ahli keluarganya tidak boleh menjalankan sebarang perniagaan?Salahkah hanya kerana beliau menternak lembu?

Selalunya orang-orang politik dikaitkan dengan 'lembu-lembu' yang menaja perbelanjaan mereka. Sekali lagi nama lembu dikaitkan.

Selepas ini mungkin ahli-ahli politik akan terkeliru mana satu 'lembu' yang harus dipelihara. Pilihlah sama ada 'lembu' yang bijak mencari wang atau lembu asli yang meragut di padang.

Yang pentingnya, jangan jadi bodoh seperti lembu. Kasihan pula pada Menteri berkenaan, lembu punya sapi. Menteri pula yang mendapat nama..Busuk betul baunya fitnah lebih busuk dari tahi lembu!!!

Thursday, June 4, 2009

Engkau pun sama



Shhhh..Berapa ekor lembu lagi yang engkau ada????

Tahniah lah kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang baru dilantik. Menang saja pilihanraya kecil terus dapat jadi Timbalan Ketua Menteri 1. Yang menariknya walaupun dah kalah banyak kali dalam pilihanraya tetapi menang sekali terus dapat jawatan tu. Agaknya exco exco yang lain tu memang tak boleh nak harap pasal tu terpaksa diadakan pilihanraya kecil untuk memenangkan orang yang selalu kalah dalam pilihanraya tu jadi Timbalan Ketua Menteri 1. Besar betul amalan kroni dia orang ni.

Di Perak dulu, Nijar jadi lembu ditarik sebelah lubang hidung oleh DAP. Kali ni di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri 1 pulak jadi lembu ditarik dua lubang hidung. Satu lubang hidung di tarik oleh DAP dan satu lubang hidung lagi ditarik oleh Nuar Berahim. Susah juga rupanya jadi lembu.

Kecoh bila pembangkang kata kerajaan Barisan Nasional mengamalkan kroni. Kalau Mahathir dengan Mukhriz, Pak Lah dengan Khairy, apa beza Nuar Berahim dengan Nurul Izzah, Karpal dengan Gobind dan Kit Siang dengan Guan Eng. Lebih teruk lagi bila Mansor turut ditarik hidung oleh Nuar Berahim walaupun Mansor orang luar dari kaum keluarga. Dalam ceramah Nuar di Penanti masa pilihanraya kecil hari tu, terang terang dia katakan yang dia sendiri mahukan Mansor bertanding dan dia yang suruh Fairuz letak jawatan. Berapa punya senang nak arahkan orang yang jadi lembu. Makin besar langkauan kroni dalam Pakatan Pembangkang rupa-rupanya. Yes boss dalam Pakatan Pembangkang nampaknya jauh lebih teruk dari Barisan Nasional.

Benarlah kata orang orang tua ‘paku dulang paku serpih, mengata orang engkau yang lebih’.

Tuesday, May 19, 2009

BN tidak bertanding, PR jadi bengong

BN membuat keputusan tidak bertanding bagi PRK DUN Penanti yang bakal diadakan hujung bulan ini. Strategi PKR yang cuba mengheretkan BN tidak mengena kali ini. BN dapat membaca strategi PKR yang cuba nak menenggelamkan masalah dalamannya dengan cara mual dan meloyakan.

Apa tidaknya kerana kegagalan Fairus melaksanakan tanggungjawabnya setelah menang dalam PRU ke-12, pengundi Penanti merungut dan tidak berpuas hati. Walaupun pernah diberikan kata dua oleh DSAI selepas menang PRK Permatang Pauh pada bulan Ogos tahun lalu, Fairus masih dengan alasannya: sibuk untuk merancang pelaksanaan kerajaan campuran di Pulau Pinang.

Jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 tidak memberikan faedah kepada pengundi Melayu, baik yang menetap di tanah besar mahupun bahagian pulau. Banyak yang dia tidak buat untuk kepentingan orang Melayu, kerana orang Melayu Pulau Pinang telah lama dipinggirkan hatta masa DSAI berkuasa pun tidak banyak yang dia lakukan.Banyak diambil tanah-tanah orang Melayu atas nama pembangunan. Tetapi akhirnya pembangunan itu tidak dimiliki oleh orang Melayu, orang Melayu ramai berhijrah ke Kedah, antaranya Kulim dan Sungai Petani. Nak beli rumah yang asalnya tanah kepunyaan Melayu, harganya terlalu mahal. Harapkan rumah murah, tak cukup tanah nak bina kerana harga tanah melambung naik sehingga ada sampai lebih RM 300 sekaki persegi.

BN tidak bertanding bukan takut, tetapi Menurut Datuk Seri Najib "tidak mahu ikut rentak pembangkang." Nampaknya, PKR akan menghadapi pertandingan sesama sendiri kerana salah seorang calon Bebas adalah bekas Ketua Wanita Keadilan. Jika PAS bersedia meletakkan calonnya, Mansor yang bukan berasal dari Pulau Pinang akan berhempas pulas. Mansor orang Kedah, tetapi kerana pernah mengajar di USM (khususnya di Pusat Penyelidikan Dasar), tak tahulah apa pengundi Penanti akan lakukan.Mansor hanyalah bergantung kepada tuah DSAI. Tapi kena ingat, DSAI akan turut lakukan perkara yang sama jika Mansor tidak mampu menari mengikut rentaknya. Fairus telah dikorbankan, mungkinkah kali ini Mansor akan menjadi "lembu laga" dalam melaksanakan sorong tariknya dengan Lim Guan Eng.

Ingatlah bahawa yang menguasai Pulau Pinang ialah DAP, bukannya PKR.DAP tidak pernah konsisten dengan tindakannya. Dulu bapanya menolak pembinaan Jambatan Pulau Pinang kerana tidak diperlukan. Pembinaannya adalah satu tindakan membazir. Tapi kali ini Lim Guan Eng mahukan pembinaan Jambatan Kedua. Tapi kali ini bukan alasan membazir.