Wednesday, September 18, 2013

Apa lagi Saifuddin Abdullah mahu?


Apa lagi bekas Timbalan Menteri ni mahu bila menjelaskan kriteria calon yang harus dipilih di dalam pemilihan Agong UMNO nanti.

Apakah beliau merasakan bahawa kriteria yang ada pada beliaulah merupakan kriteria yang perlu ada pada calon yang hendak dipilih?

Sudahlah Saifuddin kita sudah muak dengan cakap kosong kamu yang entah apa-apa.

New Politics..istilah yang kamu agung-agungkan.. Sudahnya kamu pun menyungkur bersama istilah itu di dalam PRU ke 13.

Jangan jadi seperti ketam yang hendak mengajar anak berjalan lurus.

Kamu fikir kami akan lupa bagaimana kamu 'membeli insurans' semasa menyertai kegilaan Adam Adli di PWTC?

Kami masih ingat kepada gambar-gambar di bawah dan adakah kriteria seperti ini yang perlu UMNO harapkan untuk dinobatkan sebagai pemimpin..??

 
 
 
Saiffudin..mungkin kamu boleh jadi pemimpin untuk golongan seperti gerombolan ini tapi maaflah kami tidak boleh menerima kamu!!!
 
Baca DI SINI untuk kenyataan Saifuddin yang maha hebat itu..!!!
 
Sudahlah!!!!
 
 


2 comments:

  1. Sokong dan terlalu amat menyokong pendapat dan pandangan JEBAT. Biar UMNO kehilangan seorang bernama Saifudin, asalkan tidak dasar perjuangan parti.

    ReplyDelete
  2. dah la pudin, kamu dah kalah. baik diam daripada beri pendapat. malu pulak yg dapat nanti...

    ReplyDelete