Monday, May 27, 2013

Cukup-cukuplah baiki rumah tu Dato Najib


Semalam heboh sahabat blogger menulis tentang kenyataan Tun Daim yang menyarakan pegawai Perdana Menteri di pecat kerana dilihat sebagai gagal membantu Perdana Menteri.

Soalnya, Perdana Menteri tetap Perdana Menteri dan jika hendak dikira kepada soal tanggungjawab tentulah boss yang paling bertanggungjawab kepada apa jua yang berlaku. Penasihat dan pegawai memberikan pandangan tetapi kemuncak kepada soal pembuatan keputusan terletak di tangan boss. Itu asasnya.

Tak mengapalah..siapa pun layak untuk memberikan pandangan. 

Agak-agaknya sudah berapa lama UMNO diserang? Dihina? Dicerca? 

Pandangan mudah sahabat Jebat semasa Jebat minum petang bersama beliau semalam membuatkan Jebat terfikir ada benarnya dengan dakwaan sahabat Jebat itu. Seorang blogger suatu ketika dahulu tetapi sekarang ini lebih suka menghabiskan masa bersama Facebook. Mudah dan cepat katanya.

Ini antara bait kata-kata sahabat Jebat itu "UMNO ni macam rumah. Rumah ni pulak ada kumpulan budak-budak nakal yang sedang baling batu. Niat budak-budak tu nak hancur kan rumah tu. Kesan daripada balingan budak-budak tu rumah (UMNO) ada yang berlubang dan rosak. Tuan rumah tu dari dulu sampai sekarang tak sudah-sudah mengerahkan semua anaknya dan semua isi rumah untuk membaiki rumah tu. Budak-budak yang baling batu tu suka tengok sebab tindakan mereka itu tak mendapat tentangan keras dari rumah dan mereka terus diizinkan untuk menghancurkan rumah tu. Kau rasa tuan rumah tu tak ada akal ke untuk hentikan tindakan budak nakal ni? Instead of repair rumah tu kenapa tak tangkap je budak nakal tu supaya dia orang tak boleh baling lagi? Sampai bila nak repair? Sampai bila nak tutup lubang?

Ada benarnya dengan pandangan mudah sahabat Jebat tu..Tapi kalau Tok Najib memang suka nak baiki rumah sampai bila-bila terpulanglah.

p/s: Abang long Zahid Hamidi dah mula nak sekat budak-budak tu dari terus baling batu. Steadylah Bang Long..Kalau dibiarkan bukan sebiji batu yang datang tapi beribu. Kalau dah beribu macam mana nak elak. Sah satu akan hinggap kat dahi. Benjol!!

7 comments:

  1. Senang aja. Suruh tuan rumah tu keluar dan bagi rumah tu kat org lain. Jangan di robohkan, jangan marahkan nyamuk kelambu pula nak dibakarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebat lu....ini bahlol akademik dia pmr sahaja?

      Delete
    2. Bodoh punya saranan.... Ape kata rumah yg korang beli bagi free kat org lain. Boleh ke? Kalau kau tak mengamuk memang kau.... bacul.

      Delete
  2. PM suka repair sebab bukan duit dia.. kerja2 macam ni boleh membantu penduduk dalam rumah tu dapat duit poket untuk waktu2 digelarkan sebagai raya2 nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi seorang bahalol.............

      Delete
  3. analogi sahabat tu memang tepat itupun klw pm nak ikut pandangan bernas tu atau pun seronok bergotongroyong baiki rumah tu dgn anak2,sedara mara,org kampung smbil RM bercekak pinggang perati kerja2 tu

    ReplyDelete
  4. Bravo dengan anologi. Tindakan menyekat berkesan untuk penganas PR ni. KDN kena ajar cukup dan jgn lupa ajar sekali hakim dan majistret dan Peguam tali barut PR ni mereka inilah bangkai busuk dalam Institusi Kehakiman Negara. Terang-terang menunjukkan belang mereka dan sentiasa menyusahkan pasukan keselamatan. BN sekarang kena tegas dan keras dalam membalas serangan PR. jangan biar blogger je perang dengan sukarela dan jihad orang UMNO dan BN goyang kaki. dah la sekupang habuk tak menyumbang semuanya masuk poket sendiri ingat tanpa jihad bloger penyokong kerajaan 133 tu tak kan dapat.. Penasihat pM dan think tank group banyak buat damage...Setiap fitnah pembangkang perlu dibalas dengan fakta dan kadang2 kita pun kena main fitnah jangan jadi baik dalam politik. kena kotor sikit...

    ReplyDelete