Sunday, February 19, 2012

Politik, isteri dan GRO



Mana-mana lelaki pasti mengakui bahawa perempuan yang terbaik buat dirinya adalah sang isteri tercinta. Seburuk atau secantik mana pun sang isteri, cuma sang isteri sahajalah yang menelan buruk dan baik suami. Biarpun terkadang ada keluh kesah dan rintihan sang isteri dek kerana tingkahlaku suami yang tanpa sedar menjolok mata, sang isteri pasti menelan bulat segala kebusukan itu atas nama menyelamatkan sebuah perkahwinan.

Tatkala usia perkahwinan menjelang bilangan bertahun, suami sudah mula melihat segala yang buruk pada sang isteri lantaran adanya godaan dan tawaran daripada gadis yang mencari erti kemewahan hidup dengan lendir yang membusukkan masyarakat.

Lumrah alam, yang jarang-jarang dirasa itulah yang dinamakan nikmat dan untuk mencapai nikmat selazat itu tentulah harganya bukan kepalang. Gunung jika ditarah setiap hari juga lambat laun pasti akan runtuh jika tidak runtuh sekalipun, kudrat suami untuk berjuang mencapai nikmat pasti akan luntur bersama usia yang dimamah waktu.

Di kala inilah, suami pasti kembali kepada sang isteri kerana cuma sang isteri sahajalah yang akan menaburkan bakti tanpa sebarang harga. Mungkin kerana tingkahlaku yang memualkan, kasih sang isteri tidak sekuat dulu dan adalah lebih malang jika kerana kedengkelan minda suami, rumahtangga runtuh di tengah jalan.

Hal kaitnya dengan politik negara adalah membayangkan bagaimana Barisan Nasional menjadi sang isteri dan Pakatan Rakyat sebagai penawar kepada pilihan kedua yang penuh dengan segala kecantikkan yang terus-terusan menggoda rakyat. 

Rakyat janganlah menjadi lelaki jalang yang mencari lendir yang pasti akhirannya akan merugikan kerana rumahtangga yang terbungkam dek kerana kejalangan membuat pilihan itu adalah Malaysia. Nilai hasil dari kerugian itu pasti tidak terhitung sehingga ke akhir zaman.

Sudah kita ketahui, tiada ikatan 'nikah' di dalam penyatuan Pakatan dan sebagai lelaki yang mahu bergelar suami, mengapa harus kita memilih gadis yang keluarganya layak digelar keluarga 69 dan mengapa harus memilih gadis yang mahkotanya bukan seorang dua yang merasa.

1 comment: