Tuesday, February 28, 2012

Belajarlah menghormati budaya dan agama orang lain



Tindakan dan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berhubung pembatalan konsert Erykah Badu adalah suatu tindakan yang cukup tepat dan sememangnya ditunggu-tunggu.

Sekiranya kita mengenepikan garis panduan seperti yang terkandung di dalam PUSPAL sekalipun perbuatan melukis tatoo kalimah Allah di badan adalah suatu tindakan yang secara tidak langsungnya 'mencemarkan' kesucian kalimah itu dan pembatalan konsert itu amatlah wajar dilakukan apatah lagi  Islam merupakan agama resmi Malaysia.

Perkataan yang diguna pakai oleh penyanyi itu juga seperti yang tertera di akhbar The Star bertarikh 27 Februari juga jelas menggambarkan ianya tidak kena dengan adat, tatasusila dan budaya orang-orang Malaysia. Berlawanan  dengan slogan BUDI BAHASA BUDAYA KITA yang diperjuangkan kerajaan maka sewajarnya konsert ini dibatalkan.

Apakah perkataan seperti Fcukin dan Bulls**t merupakan perkataan lisan yang diamalkan oleh orang Malaysia?


Tahniah kita ucapkan kepada Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan kerana mengambil langkah yang tepat dan sesungguhnya seluruh rakyat Islam Malaysia menyokong tindakan ini. 

Di dalam soal agama, budaya dan tatasusila kita tidak akan sesekali BERKOMPROMI!!

No comments:

Post a Comment