Tuesday, November 22, 2011

My Voice: Kementerian bukan penganjur



Ahad lepas telah diadakan suatu konvensyen yang dipanggil Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra yang dipengerusikan oleh YB Datuk Sharkar, Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Ada blogger yang telah menghubungi sahabat blogger JUST READ dan bertanya kepada beliau mengapa tidak semua blogger dijemput dan khabarnya nama-nama besar dalam dunia blog tidak dijemput.

Jurucakap daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menghubungi Jebat dan memaklumkan bahawa konvensyen yang telah diadakan itu bukanlah anjuran KPKK bahkan KPKK tidak terlibat dalam penganjuran itu selain daripada Menteri KPKK dan pegawai kanan hadir ke Konvensyen itu atas jemputan sebagai tetamu.

Secara kesimpulannya, saranan sahabat blogger Just Read dan sahabat blogger yang menghubungi JUST READ untuk Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim atau Ketua Setiausaha Kementerian tampil untuk menjelaskan perkara ini tidaklah relevan sama sekali.

Jebat yang tidak mahu bersikap berat sebelah dan tidak adil telah menghubungi jawatankuasa penganjur program itu untuk mendapatkan kepastian. Rasanya tidaklah adil untuk Jebat menyalahkan penganjur kerana terlepas pandang untuk menjemput semua blogger cuma jawatankuasa penganjur memaklumkan kepada Jebat bahawa ada blogger yang sekadar mendaftar nama tetapi tidak hadir ke konvensyen tersebut.

Pokoknya di sini ialah untuk kepastian semua khususnya sahabat blogger JUST READ ialah : KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN BUKANLAH PENGANJUR KONVENSYEN ITU DAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT KEPADA SAHABAT-SAHABAT BLOGGER YANG TERSINGGUNG BOLEHLAH MENGAJUKAN PERTANYAAN KEPADA PENGERUSI KONVENSYEN ITU, DATUK SHARKAR ATAU JAWATANKUASANYA.

5 comments:

  1. Lain kali kalau bukan penganjur jangan kacau majlis orang lain. kalau tetamu buat cara tetamu. yang sebuk pi naik atas pentas buat apa. majlis itu majlis kami, majlis Datuk Sharkar, yang Rais Yatim sebuk buat apa.
    tahu tak yang orang meluat dengan perangai rais dan isteri rambut warnawarni dia
    cuba sedar diri sikit, jangan sampai kena maki dengan golongan muda umno
    You berani ni ker siar komen ni

    ReplyDelete
  2. Anon 5.15..komen saudara sudah saya siarkan..tiada halangan.

    ReplyDelete
  3. Sy hadir di majlis tempoh hari. Tidak salah rasanya menteri naik ke pentas untuk menyampaikan hadiah cabutan bertuah dan mengiringi Perdana Menteri. KPKK rasanya kementerian yang menguruskan hal ehwal media

    ReplyDelete
  4. Salam. Saya Zul Azhar Cha, Yang Di Pertua 1AGENDA. Untuk makluman semua rakan2 dan para sahabat, KMS1M adalah program NGO yg bukan diinisiatifkan oleh Kementerian. YB Dato' Mohd Sharkar dilantik Pengerusi kerana beliau adalah EXCO IT Negeri Pahang merangkap Ahli Kehormat Kelas Pertama 1AGENDA.
    Program ini adalah insiatif 1AGENDA. Saya mengaku terdapat keciciran di dalam menyaraipendekkan tetamu jemputan.
    Kebanyakan yang dijemput (rakan2 Blogger) adalah melalui sms dan bbm.
    Saya sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Peserta dan Pendaftaran, terlibat secara langsung dengan kehadiran Peserta dan Tetamu.
    Saya memohn maaf jika terdapat keciciran dan inisiatif Melancarkan MyVo1ce adalah untuk memastikan mesej dan networking jentera perlaksaan 'psiwar' pro BN digerakkan secepatnya.
    Saya akan membuat kenyataan akhbar untuk membetulkan kekliruan ini.

    Harap Maklum. Sekian dan Wassaalam

    ReplyDelete
  5. SEKADAR PANDANGAN,
    KEPADA TUAN YANG BERKENAAN. PADA HEMAT SAYA, INI SUATU ACARA YANG BESAR. SEPATUTNYA 'ASKAR' CYBER YANG INGIN DITAULIAHKN OLEH PM INI SEWAJIBNYA DIHADIRI OLEH MEREKA YANG BERMATI-MATIAN ATAU 'HARD CORE' DALAM BIDANG INI. PADA HEMAT SAYA, ADA KUMPULAN YANG LEBIH KECIL PERNAH MENGANJURKAN PERKARA SEPERTI INI, DAN PADA PANDANGAN SAYA MEREKA LEBIH TERKEHADAPAN DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT. BLOGER HARD CORE DI JEMPUT DAN DILAYAN DENGAN SELAYAKNYA. SAYA SECARA PERIBADI BERHARAP PIHAK YANG INGIN MENGANJURKAN PERKARA SEPERTI INI AKAN LEBIH TELITI SELEPAS INI. KENA JAGA JUGA HATI BLOGER-BLOGER INI KERANA MEREKALAH KITA MENCAPAI HINGGA KE TAHAP INI. TETAPI MEREKA SEPERTI DIPINGGIRKAN. CUBA SELAMI HATI DAN PERASAAN MEREKA.

    ReplyDelete