Sunday, July 24, 2011

Hishamuddin: Antara BerShit dan saman ekor!!!



Ramai yang mempersoalkan kewibawaan Hishamuddin sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Terbaru, Hishamuddin berkata bahawa tindakan tegas boleh diambil kepada mana-mana individu yang terlibat di dalam membuat laporan polis palsu.

Jika benarlah seperti apa yang Hishamuddin katakan itu, kita terlalu hairan kenapa Hishamuddin masih teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada orang yang memalsukan laporan polis. Polis sudah pun menyiarkan video tentang Mat Sapu yang mendakwa beliau telah dilanggar oleh kenderaan polis. Adakah Hishamuddin masih bersetuju kepada kata-kata Hadi Awang bahawa video hanyalah besi yang tidak bermata dan bertelinga lantaran tidak boleh dijadikan bukti.

Hishamuddin perlu sedar bahawa kredibiliti dan namanya sudah terpahat buruk kepada sesetengah rakyat. Kata peribahasa 'alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'. Alang-alang busuk biar sampai puas hati.

Jika begitu tegas tindakan yang boleh dikenakan kepada pesalah-pesalah trafik hingga menjejak mereka ke hadapan pintu rumah kenapa pula tindakan yang jelas mengancam keselamatan negara, Hishamuddin terlalu berlembut.

Benar, sabar sebahagian daripada iman tetapi sabar juga perlu ada batasnya. Jika diberi kuasa tetapi tidak menggunakan kuasa itu juga boleh dikatakan sebagai salahguna kuasa.

Bertindaklah seperti anak jantan dan jangan biarkan kaduk naik junjung hingga menjolok mata. Rakyat sudah muak dengan amaran yang tidak pernah kunjung noktah penamatnya.

4 comments:

  1. yang perlu ambil tindakan mendakwa tu bukan KDN, tapi AG - Peguam Negara. kena faham struktur kerja negara kita ni. Lu patut tanya Nazri, dia menteri yang jaga Peguam Negara.

    ReplyDelete
  2. Minta tolong HISAM, Jagalah negara apa yang ada pada ENKO, rsa tak boleh jadi MENTERI lebih baik letak jawatan saja. Jangan jadi lembik sangat. Hanya garang pada orang MELAYU saja. Ambil contoh sedikit daripada TUN MAHATHIR, PUAK2 KELING DAN CINA tak ANGKAT MUKA.

    ReplyDelete
  3. Berapa lama nak warning.... asyek asyek warning aje.... bila lagi LAST WARNING? La ni...puak puak PARASIT SERTA PEMBELIT dok bermaharajalela....
    Bila lagi nak ajar puak puak ni cukup cukup.... nak tunggu sampai sendiri tak terdaya ke?

    ReplyDelete
  4. Laaaa itu baru last warning yang ke empat, nantilah kita tengok reaksi karpal dan Lim Kit Siang dulu, kalau mereka agak marah maka kita boleh tarik balik warning tu. Kalau tak camana kita nak jwb nanti.

    ReplyDelete