Thursday, July 7, 2011

BERSIH: Jangan tangkap Nuar Berahim


Ramai orang kata Nuar Berahim sudah mengepalai BERSIH dari Ambiga. Dan ramai juga yang bertanya kenapa tidak ditangkap saja mereka.

Jika kita menangkap Nuar Berahim maka kemenangan sudah tentu berpihak kepada Nuar Berahim. Nuar Berahim sebolehnya mahu dia ditangkap atas nama memperjuangkan BERSIH dan namanya tidaklah sebusuk sekiranya dia dipenjarakan atas nama meliwat Saiful.

Nuar sudah tidak punya alasan untuk mengelak daripada tuduhan liwat ke atas dirinya dan satu-satu platform yang ada untuk tebus aib adalah BERSIH.

Biarkan dia terus cuba bermain silap mata. Allah sentiasa memberikan kita petunjuk..

No comments:

Post a Comment