Sunday, January 30, 2011

Tenang: Tahniah dan simpati

Seperti yang diduga BN akan terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang. Biarpun mengundi di dalam keadaan banjir aku nak tabik spring pada pengundi Tenang yang begitu menunjukkan komitmen di dalam melaksanakan tanggungjawab.

Orang-orang tua selalu berkata kalau bermimpi air tandanya akan membawa tuah..Dan tuah itu jelas memihak kepada Barisan Nasional.

Tetapi nampaknya air yang banyak itu seperti yang aku katakan dalam artikel terdahulu bahawa Cikgu Mala tak kenang budi akan dimandikan di dalam Pilihanraya Kecil ini jelas ada benarnya.

Sebagai sesama Islam, aku percaya rakan-rakan bloggers walaupun kita telah 'mandikan' Cikgu Mala dengan pelbagai isu tetapi jauh di sudut hati kita sebagai umat Islam pastinya menyimpan simpati kepada Mala. Jangan hipokrit dalam hal ini. Kita bukan seperti pencacai taik hijau PAS yang akan gelak malah mendoakan rakan Islam di dalam UMNO di timpa bencana.

Bayangkan apa yang Mala akan lakukan selepas ini. Sesudah surut banjir di Labis kita semua akan pulang ke rumah masing-masing dan yang tinggal hanya Mala mengenang nasib. Jawatan guru yang sudah dilepaskan sudah tentunya melepaskan imbuhan pencen yang sepatutnya dinikmati.

Benar di dalam politik ada risiko yang terpaksa diambil..Tetapi dalam hal Tenang, Mala nampaknya sudah dikambinghitamkan. Apa logiknya berjuang kalau sudah tentu berakhir dengan kekalahan. Kalau mahu mencuba, biarlah ada kemungkinan untuk menang. Kenapa PAS tidak mahu menampilkan calon yang lebih bebas dan tidak perlu melepaskan jawatannya semata-mata mahu memenuhi kehendak pimpinan. Mengapa PAS sekejam ini kepada Mala?

YB Tok Ai..tahniah..Satu tanggungjawab yang cukup berat sedang menanti. Dan tugasan pertama Tok Ai..pergi bantu mangsa banjir yang bersusah payah mengundi anda. Kalau terpaksa menggunakan gayung untuk mengeringkan air itu, Tok Ai harus lakukan. Tidak ada jalan mudah dan enteng untuk jadi pemimpin.

Kita harap..semuanya akan tenang sahaja di Tenang selepas ini..Buang sengketa semasa kempen jauh-jauh dan teringin rasanya kita lihat Tok Ai dan isteri minum petang bersama Mala dan Ma'arof. Cuma harapan kita Ma'arof tidak akan cemburu..(ada lagi mood berkempen..keh keh keh).

Sah dan jelas..DOA NIK AJIS TERTOLAK DAN TIDAK MAKBUL DI TENANG..ALIMKAH??

No comments:

Post a Comment