Saturday, September 5, 2009

Apabila kepala tuan dipijak

Apakah orang Melayu sudah tidak pandai menghormati tuan? Semalam aku berpeluang bersembang dengan seorang kakitangan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) yang terletak di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri.

Entah macam mana boleh terpacul isu isu politik setelah beberapa lama bersembang dengan kakitangan ILKAP tersebut. Agak tinggi dan sinis nada yang dikeluarkan oleh kakitangan ILKAP tersebut apabila membicarakan soal politik. Terlalu angkuh beliau menghentam dasar dasar kerajaan dan isu yang menarik perhatian beliau adalah isu ISA.

Aku hanya gelengkan kepala apabila beliau kata kerajaan sudah gila menyembur air dan gas pemedih mata kepada rakyat di dalam demonstrasi pemansuhan ISA baru baru ini. Beliau amat bersemangat apabila mengatakan kerajaan yang ada sekarang sudah seperti tidak waras mengambil tindakan semacam itu kepada rakyat. Aduhai..inilah yang susahnya apabila kita sekadar mendengar cerita dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Aku tidak mahu komen lagi tentang isu demonstrasi itu pasal dah panjang lebar aku dan sahabat sahabat paparkan di dalam kitaanakmelayu.blogspot.com Cuma yang aku ingin tekankan di sini adalah nilai nilai yang setiakan pemimpin dan majikan. Inilah kata orang ‘tidak kenal diuntung’.

Saja aku menduga prinsip kakitangan ILKAP tersebut tentang bonus kepada kakitangan awam menjelang hari raya. Aku kata tidak ada bonus kepada kakitangan awam. Kakitangan ILKAP tersebut kata mana boleh kerajaan tidak beri bonus. Wah bersemangat pulak mahukan bonus tetapi sebentarnya tadi asyik macam orang kena sawan menghentam kerajaan.

Jadi apa yang mahu akan labelkan kakitangan ILKAP tersebut? ‘Beruk dapat bunga’ atau ‘kacang lupakan kulit’? Atau habis madu sepah dibuang?? Apa tindakan untuk golongan musuh dalam selimut ini??

2 comments:

  1. Setiap daripada kita bebas menyuarakan pendapat masing2. Bonus adalah imbuhan kepada kakitangan kerajaan, bukannya rasuah untuk menyokong parti memerintah.

    ReplyDelete
  2. kitaanakmelayu.blogspot.comSeptember 7, 2009 at 3:13 PM

    Benar..bonus bukan rasuah..tetapi cara penerimaan kita menunjukkan sejauh mata kita ikhlas dengan apa yang kita lakukan..hidup penuh kepura puraan adalah suatu yang tidak sihat di dalam kehidupan masyarakat..

    ReplyDelete