Wednesday, May 25, 2011

Menteri berkenaan tolonglah lebih bijak






Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana tidak menaikkan harga petrol RON 95.


Biarpun tidak ada kata putus oleh kerajaan bahawa harga bahan mentah itu pasti dinaikkan tetapi kenyataan oleh Menteri berkenaan tempoh hari jelas meresahkan dan menyemakkan kotak minda rakyat Malaysia.


Kenaikan harga bahan mentah itu adalah perkara yang amat menggerunkan rakyat Malaysia dan kesannya tidak seburuk kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilo tempoh hari.


Kenyataan Menteri berkenaan tempoh hari telah menyebabkan kecalaran kepada momentum keyakinan rakyat kepada kerajaan.


Kenapa harus diwar-warkan berita kemungkinan kenaikan harga bahan mentah itu sedangkan keadaan yang sepatutnya wujud dahulu adalah mengkaji dan menilai kesediaan rakyat untuk berhadapan dengan kenaikan harga bahan mentah itu.


Ketidaknaikkan harga bahan mentah yang diumumkan oleh kerajaan semalam bukanlah 'satu bonus' kepada rakyat kerana rakyat telah terbelenggu mindanya apabila Menteri berkenaan mewar-warkan kemungkinan harga bahan mentah itu dinaikkan.


Rakyat sudah terbiasa dengan mainan persepsi yang saban hari di didik oleh Pakatan Rakyat. Dan percayalah bahawa biarpun harga bahan mentah ini tidak dinaikkan tetapi Pakatan pasti akan menanamkan minda di kepala rakyat bahawa kenyataan Menteri itu adalah suatu penipuan kepada rakyat.


Dan lebih daripada itu, rakyat yang terpengaruh dengan persepsi ini akan berterima kasih kepada Pakatan kerana seolah-olah atas desakan dan kuasa politik Pakatan lah harga bahan mentah itu tidak dinaikkan.


Sayugia, biarlah kita sarankan kepada Menteri berkenaan. 'Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'. Jangan sudah roboh baru hendak dicari di mana reputnya.


Jika tidak luka kenapa harus ditoreh dan dihiris..Aduhai Mail Sabri...

Tuesday, May 24, 2011

Tanah runtuh: Bukan masa menuding jari



Sebak dan menyentuh perasaan tatkala aku menjejakkan kaki ke lokasi tanah runtuh di Hulu Langat.

Tidak pernah siapa menyangka bahawa kejadian menyayat hati itu akan berlaku. Benarlah tiada siapa mampu melawan takdir.

Sekalung penghargaan kita ucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam usaha dan operasi mencari dan kita tidak punya pilihan lain selain redha dengan ketentuan.

Orang-orang politik ramai yang hadir ke lokasi kejadian. Ikhlas atau sekadar mengisi keperluan politik? Tak mengapalah kita harus berbaik sangka sesama manusia.

Sudah ada kedengaran suara suara sumbang yang menyalahkan pihak pihak tertentu apabila terjadinya kejadian itu.

Aku suka menyeru kepada mana-mana ahli politik bahawa jangan jadikan kejadian ini sebagai platform politik untuk memancing sokongan.

Mungkinkah kejadian ini adalah tanda bahawa Allah ingin melihat sesama Melayu bersatu di dalam mencari jalan penyelesaian terhadap perbedaan politik? Mungkin juga sebagai satu ruang yang diberikan kepada pemimpin politik Melayu supaya bersatu padu dan berganding bahu menyelesaikan perkara ini bersama-sama? Tidakkah kita mahu sedar dan insaf akan kejadian ini?

Haprakdaily pula mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya jangan berlagak hero di dalam hal ini. Dan isu yang dinyatakan adalah bahawa sebenarnya ahli PAS yang mula-mula sampai ke lokasi kejadian berbanding ahli UMNO. Aduhai Melayu..soal seperti ini pun hendak dijadikan isu.

Susah sangatkah Melayu nak bersatu sehinggakan dalam hal-hal sebegini pun politik masih mahu dijulang dan diutamakan.

jebat kata: Kalau boleh nak aje aku sekeh sekeh kepala mana-mana pemimpin yang sibuk nak tuding jari mencari kesalahan mana-mana pihak berhubung kejadian ni. Benda dah nak jadi dan takdir Tuhan tak siapa boleh menolak. Bukan ke elok kalau sama-sama berbincang dan membantu sebaik mungkin?Terima kasih kepada Unit Amal PAS dan juga Skuad Sayang UMNO..bekerjasama ke arah kebaikan tidak pernah merugikan.

Sunday, May 22, 2011

Politik Malaysia: Telur dan ayam






Dari dahulu sampai sekarang, masih lagi tidak terjawab persoalan yang mana dahulu antara telur dan ayam.

Ada yang berkata telur lah dahulu kemudiannya baru ayam tetapi kalau tiada ayam bagaimana keluarnya telur.

Samalah keadaannya dengan politik Malaysia hari ini. Siapa yang benar dan siapa yang salah. Masing-masing dengan persepsi yang berbeda.

Tetapi tidaklah sesukar menjawab persoalan telur dan ayam di dalam hal politik Malaysia.

UMNO lahir semasa era pembebasan membebaskan negara dari belenggu penjajah. UMNO mengorak langkah di dalam merencanakan pembangungan negara. Dan secara jelas, sudah dibuktikan bahawa UMNO lah yang menjadikan Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

Akibat daripada kemajuan itulah, banyak pihak yang mahu menumpang tuah dan mengecap kemasyhuran nama sebagai perencana kepada kemajuan negara.

Sehinggalah kepada tertimbulnya slogan 'Selamatkan Malaysia'.

Sayugia mereka yang tidak pernah ambil tahu isu-isu politik pasti keliru dengan slogan 'Selamatkan Malaysia'.

Dan benarnya apabila ada yang mengatakan apa yang perlu diselamatkan di Malaysia.

Rakyat Malaysia boleh ke mana-mana di dalam Malaysia secara bebas dan tanpa halangan. Bahkan lebih daripada itu, bekas banduan yang sedang dibicarakan kesnya di mahkamah masih boleh terbang keluar negara. Tanpa sekatan. Boleh berceramah menghentam kerajaan dengan sesuka hati. Jadi apa sebenarnya yang perlu diselamatkan?

Bahasa mudahnya. Kalau hendak diibaratkan, boleh sahaja UMNO menjadi ayam yang menghasilkan telur dan kemudiaanya telur itu dieramkan. Dan pratikalnya ada telur yang akan menetas sebagai anak ayam dan tidak kurang pula ada yang menjadi telur tembelang yang pastinya membusukkan.

Dan telur tembelang yang dilahirkan oleh UMNO adalah PAS dan PKR kerana di dalam PAS dan PKR ada terdapat cebisan UMNO yang sememangnya busuk baunya.

Tutup hidung!!!!

Thursday, May 19, 2011

Taip ML Anuwar dan hantar ke Tanjung Rambutan



Kah kah kah...Apa punya setan..Pagi-pagi lagi aku dah ketawa berdekah-dekah sorang-sorang dengan lawak terbaru Anuwar.

Rasanya kumpulan Jambu dan Jozan pun tak boleh menandingi kehebatan Anuwar dalam hal buat lawak..Spontan tetapi penuh makna.

'Saya tahu siapa lelaki dalam video seks' kata Anuwar.

Anuwar berkata bahawa dia mungkin mengenali pelaku dalam video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya mengenai skandal itu dalam sesi perbualan bersama Yahoo News.

'Saya ada beberapa orang untuk disyaki..perut buncit dan dada lendut..ha ha'..katanya ketika ditanya mengenai identiti lelaki di dalam video itu.

Kalau dah ada yang disyaki apa tunggu-tunggu lagi..dedahkan saja lelaki itu..Kita ikat lelaki yang Anuwar maksudkan itu di Bulatan Pahang dan kita buka baju lelaki itu dan lihat sama ada perut dan dada lelaki itu sama atau tidak dengan pelaku dalam video itu.

Mungkin disebabkan umur Anuwar yang sudah semakin lanjut dan kehidupan pula penuh dengan tekanan, maka menyebabkan Anuwar menjadi semakin pelupa.

Suatu ketika, semasa video itu mula-mula ditayangkan, Anuwar tidak pula cuba mengaitkan mana-mana lelaki sebagai pelaku di dalam video itu. Bahkan Anuwar dengan langkah penuh berani membuat laporan polis mengatakan yang beliau bukanlah lelaki yang dimaksudkan.

Kita tunggu bila sampai masanya Anuwar pasti akan mendedahkan identiti lelaki itu yang dikatakan mirip dirinya. Tapi bila? Esok, lusa, tulat, langkat, bulan depan, tahun depan, Raya Haji tahun depan, musim cuti sekolah tahun 2020, sampai Parpukari berjaya mengempiskan perut atau UMNO dulu kini dan selamanya..Kah kah kah..sampai tua lah kalau nak tunggu janji Anuwar..

Aku cadangkan sahaja jawapan pada Anuwar..lelaki yang Anuwar maksudkan dalam video itu sebenarnya sudah meninggal dunia dan video itu sebenarnya dirakam semasa lelaki itu berbulan madu di Hospital Tanjung Rambutan bersama isterinya.

Hanya ada satu cara untuk Anuwar mendapatkan identiti lelaki yang dia maksudkan itu..Anuwar kena ke Tanjung Rambutan.

Rakyat Malaysia boleh menghantar Anuwar ke sana dengan cara..TAIP ML ANUWAR DAN HANTAR KE TANJUNG RAMBUTAN...KAH KAH KAH...

Macam setan lawak kau..

Bertumbuklah puas-puas



Khabarnya esok anak-anak muda Melayu akan menyinsing lengan dengan berdemo di hadapan pejabat Utusan Melayu.Apa yang nak dihairankan dahulu pun anak-anak muda Melayu sudah biasa menyinsing lengan.

Cuma bedanya adalah..Dulu anak-anak muda Melayu menyinsing lengan bersatu hati menentang penjajah. Dan kini anak-anak muda Melayu mahu menyinsing lengan menghayunkan penumbuk sulung ke muka anak Melayu lain. Hebatnya Melayu.

Tak perlu susah payah puak-puak yang mahu melihat Melayu hancur menyusun strategi kerana Melayu sendiri sudah mahu menjahanamkan Melayu.

Bertumbuklah puas-puas kalau itulah yang membuatkan Melayu merasakan diri mereka hero. Melayu tak pernah ada Ultraman, Superman, Spiderman..Melayu cuma ada Cicakman. Mudah-mudahan esok akan ada yang menjadi Ultraman biarpun esok yang menjadi raksasanya adalah raksasa Melayu.

Melayu sekali lagi akan ditagih untuk berfikir..siapakah yang benar di antara Tuah dan Jebat?