Showing posts with label kerajaan . petrol. Show all posts
Showing posts with label kerajaan . petrol. Show all posts

Friday, June 24, 2011

Negara Berkebajikan: Antara realiti dan angan-angan

Tindakan PAS mengangkat agenda membangun negara berkebajikan memperlihatkan parti itu bukan sahaja hilang arah dalam mengerakkan agenda membangunkan negara Islamnya, tetapi juga terpaksa menurut kehendak rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk menjadi juara rakyat.


Membangun negara kebajikan tafsiran PAS ini lanjutan daripada dasar Buku Jingga yang dilancarkan PR sebelum ini – menjanjikan banyak manfaat kepada rakyat jika mereka berjaya mengambil alih kuasa dari kerajaan Barisan Nasional.


Sama ada Buku Jingga atau membangun negara kebajikan, ia bukan satu perkara baru. Sejak merdeka sehingga ke hari ini, dasar membangunkan negara berkebajikan sudah dilaksanakan kerajaan. Cuma kali ini ia diangkat dalam bentuk sedemikian rupa oleh PAS bagi menunjukkan seolah-olah apa yang dilakukan kerajaan selama ini tidak memberi atau membawa apa-apa makna kepada rakyat.


Untuk membangun negara berkebajikan seperti mana impian PAS bukan mudah. Malah tidak mungkin dilaksanakan oleh mana-mana negara di dunia sekali pun kerana beban yang akan ditanggung negara bukan sedikit. Memberi terlalu banyak penekanan kepada kebajikan boleh menjerat negara seperti yang berlaku di beberapa buah negara Eropah yang kini dilanda inflasi dan beban hutang sehingga boleh terjerumus ke arah kemuflisan.


Apakah usaha yang dilakukan kerajaan hari ini tidak cukup untuk membela dan membantu rakyat? Sebagai sebuah negara yang banyak bergantung kepada import barangan makanan seperti gula, tepung gandum, beras, minyak masak dan lain-lain, kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan pengguna.


Apakah dengan memberikan subsidi yang besar kepada barangan keperluan utama masih tidak menepati tafsiran membangunkan negara kebajikan seperti diinginkan PAS? Malah jika dibuat perbandingan atas tanggungan subsidi kerajaan, rakyat negara ini masih dikira beruntung kerana harga barangan keperluan utama di pasaran jauh lebih murah berbanding negara-negara tetangga.


Untuk 2010 sahaja, kerajaan memperuntukkan RM10.32 bilion sebagai subsidi barangan keperluan asas. Jumlah ini dijangka mencecah RM20.6 bilion pada 2011.


Subsidi RM10.32 bilion tersebut termasuk subsidi RM789 juta untuk gula, RM 89 juta untuk tepung gandum, RM813 juta untuk minyak masak, RM486 juta untuk beras, RM3.13 bilion untuk petrol (RON 95), RM3.5 bilion untuk diesel, RM1.43 bilion untuk LPG.


Ini bermakna, kerajaan menanggung kos 30 sen bagi setiap kilogram gula, 45 sen setiap kilogram tepung gandum, RM1 bagi setiap kilogram minyak masak, RM4 setiap kampit beras berat 6 kilo, 43 sen setiap liter petrol RON 95, RM27.02 sen bagi setong LPG.


Walaupun kerajaan menyedari subsidi dan peruntukan berbilion ringgit semata-mata untuk memastikan kestabilan harga barangan keperluan utama dan mengelakkan pembantutan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh jangka panjang, langkah itu terpaksa diteruskan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan pada masa sama terpaksa menggunakan pendekatan subsidi secara lebih berhemah.


Menjanjikan sesuatu memang mudah tetapi realitinya cukup sukar untuk dilaksanakan, lebih-lebih lagi ketika Malaysia berusaha untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi dalam tempoh tidak sampai 10 tahun. Tidak dapat dielakkan bagi merealisasikan matlamat itu , sudah tentu ia memerlukan kadar pertumbuhan ekonomi yang dinamik. Pemberian subsidi secara berlebihan semata-mata untuk menjadi popular hanya akan mendatangkan mudarat kepada negara dan rakyat secara jangka panjang.


Apabila kerajaan mengatur rancangan menstrukturkan semula subsidi pada masa akan datang, banyak pihak yang mendakwa langkah tersebut hanya akan membebankan rakyat. Walaupun akan berlaku kenaikan kepada barang-barang keperluan asas ini, kerajaan sudah memberikan jaminan, kepentingan dan kebajikan rakyat tetap terbela, terutama golongan berpendapatan rendah. Lebih penting, penstrukturan semula subsidi ini bertujuan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak mendapat manfaatnya.


Memberi terlalu banyak juga tidak baik untuk negara dan rakyat. Apabila segalanya diberikan percuma dan disokong subsidi, rakyat akan jadi malas. Malah sikap ini bertentangan dengan ajaran Islam yang sememangnya menggalakkan kita berusaha untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik tanpa terlalu bergantung kepada orang lain.


Satu lagi adalah mengenai sikap. Banyak subsidi yang diberikan kerajaan sering disalahgunakan sama ada dijual atau diseludupi ke luar. Ia akhirnya merugikan duit rakyat apabila subsidi berbilion ringgit jatuh kepada tangan mereka yang tidak sepatutnya menerima.


Apa yang ingin dilakukan oleh PAS atau pun melalui pelaksanaan dasar Buku Jingga mereka, atas kertas ia nampak cantik dan memang ia boleh membuatkan rakyat terpedaya, tetapi hakikatnya pelaksanaan bukan semudah apa yang diucap.


-malaysiaaktif.my-

Wednesday, May 25, 2011

Menteri berkenaan tolonglah lebih bijak






Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana tidak menaikkan harga petrol RON 95.


Biarpun tidak ada kata putus oleh kerajaan bahawa harga bahan mentah itu pasti dinaikkan tetapi kenyataan oleh Menteri berkenaan tempoh hari jelas meresahkan dan menyemakkan kotak minda rakyat Malaysia.


Kenaikan harga bahan mentah itu adalah perkara yang amat menggerunkan rakyat Malaysia dan kesannya tidak seburuk kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilo tempoh hari.


Kenyataan Menteri berkenaan tempoh hari telah menyebabkan kecalaran kepada momentum keyakinan rakyat kepada kerajaan.


Kenapa harus diwar-warkan berita kemungkinan kenaikan harga bahan mentah itu sedangkan keadaan yang sepatutnya wujud dahulu adalah mengkaji dan menilai kesediaan rakyat untuk berhadapan dengan kenaikan harga bahan mentah itu.


Ketidaknaikkan harga bahan mentah yang diumumkan oleh kerajaan semalam bukanlah 'satu bonus' kepada rakyat kerana rakyat telah terbelenggu mindanya apabila Menteri berkenaan mewar-warkan kemungkinan harga bahan mentah itu dinaikkan.


Rakyat sudah terbiasa dengan mainan persepsi yang saban hari di didik oleh Pakatan Rakyat. Dan percayalah bahawa biarpun harga bahan mentah ini tidak dinaikkan tetapi Pakatan pasti akan menanamkan minda di kepala rakyat bahawa kenyataan Menteri itu adalah suatu penipuan kepada rakyat.


Dan lebih daripada itu, rakyat yang terpengaruh dengan persepsi ini akan berterima kasih kepada Pakatan kerana seolah-olah atas desakan dan kuasa politik Pakatan lah harga bahan mentah itu tidak dinaikkan.


Sayugia, biarlah kita sarankan kepada Menteri berkenaan. 'Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'. Jangan sudah roboh baru hendak dicari di mana reputnya.


Jika tidak luka kenapa harus ditoreh dan dihiris..Aduhai Mail Sabri...

Friday, December 17, 2010

Saya Gay, Saya Ok??

Hebat memang hebat..Malaysia boleh!! Terkejut bila aku melihat video ini yang ditunjukkan oleh sahabat blogger politikputramerdeka.

Tanpa segan silu, orang muda ini mengaku bahawa dirinya gay dan mencari kekuatan yang ada di dalam diri seorang gay. Aduh..benarkah dunia sudah mahu kiamat?

Tidak ada apa yang perlu dicari oleh seorang gay sebenarnya..tidak ada sebarang kekuatan yang perlu dicari selain dari kekuatan untuk memohon ampun dan taubat dari Allah s.w.t.

Nabi tidak mengaku umat..Sedangkan isteri sendiri pun dilarang untuk 'didekati' dari belakang inikan pula seorang lelaki 'mendekati' lelaki yang lain..

Apa mahu jadi sebenarnya dengan dunia? Benarlah seperti yang junjungan besar katakan..jahiliyyah pasti akan berulang kembali..Tunggu saja kehadiran dajal...

Aku kelu..nak muntah..loya tekak..naik angin dan macam-macam rasa yang ada dalam kepala aku sekarang...

Jangan jadikan ini sebagai budaya, SAYA GAY, SAYA OK!!! Kalau tidak, percayalah andalah yang sedang mengkiamatkan dunia...!!!!!

Sunday, July 18, 2010

Subsidi: Mana ada benda free dalam dunia

Harga petrol dan beberapa barang lain telah dinaikkan berikutan penstrukturan semula subsidi oleh kerajaan. Kali ni petrol naik tak banyak cuma 5 sen per liter. Tak macam zaman Pak Lah dulu yang naik amat mendadak sampai hampir menjadikan Malaysia seperti 'kiamat' kecil. Nampaknya Najib lebih rasional dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Kau orang dekat luar sana, jangan nak melenting membuta tuli dengan kenaikan sebanyak 5 sen ni. Kalau kau orang tak keberatan nak mengundi untuk rancangan realiti TV sebanyak 50 sen per sms, apalah sangat dengan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen. Kalau kau orang pergi karaoke dan mampu bayar beratus ratus ringgit apalah sangat dengan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen. Kalau mampu beli rokok yang dah hampir 10 ringgit sekotak untuk mempercepatkan kau orang mati, apalah sangat petrol naik sebanyak 5 sen untuk isi tangki minyak kereta kau orang untuk bawa keluarga pergi bersiar- siar.

Dalam dunia tak ada benda yang free. Ada ke Santa Claus yang suka suka bawa guni kasi hadiah? Nak kawin pun kena bayar..Nak berak kat Puduraya pun kena bayar?Konsep dia..Kalau tak mau bayar, berak je kat rumah..Itu pun masih kena bayar bil air walaupun Selangor janji nak kasi air free tapi haram tak ada.

Aku setuju sangat rakyat Malaysia ni disedarkan dengan penstrukturan semula subsidi. Dah berpuluh tahun rakyat Malaysia terlalu menjadi rakyat yang hanya tunggu untuk disuap. Berdikarilah sikit sampai bila nak harapkan kerajaan. Kalau rasa tak mampu elok ubah cara hidup. Tak perlu nak befoya foya dan membazir kalau rasa kenaikan 5 sen membebankan. Tak perlu duduk dekat restoran mamak berjam jam setiap malam kalau riuh rendah bising dengan kenaikan harga gula.

Pembangkang bising dan tunjuk handal macam lah dia boleh tadbir sebaik kerajaan Barisan Nasional. Di Selangor masa buat manifesto pilihanraya 2008 macam macam janji, sudahnya rakyat tetap ke Pejabat Pos bayar bil, tetap terbeban dengan perbelanjaan yang tinggi. Cakap memang mudah dan murah.

Bahasa mudah...tak ada benda yang free dalam dunia..Ini cuma masalah masa, lama lama dah biasa taklah memekak macam sekarang..Dulu pun hantaran kawin cuma 5 ribu ringgit, sekarang dah jadi 10 ribu. Tapi kalau dah rasa kemaruk nak kawin 20 ribu ringgit hantaran pun langgar je..Kalau dah nama keperluan, perlu kita hadapi apa jua keadaan.

p/s: Pimpinan parti politik baik kerajaan dan pembangkang, jangan pandai bercakap. Sama samalah sesuaikan diri dengan keadaan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.