Dalam artikel terdahulu DI SINI pernah diingatkan bahawa tugas hakiki seseorang yang berbangga dengan gelaran MAHASISWA dan MAHASISWI adalah menuntut ilmu.
Berapa banyak kali harus dipesan dan diingatkan perkara ini kepada mereka? Lihat sahaja berapa besar dan angkuhnya mereka dengan penulisan mereka di bawah ini.
Dengan ilmu yang secetek itu, angkuh benar bunyinya bila mempertikaikan titah ke bawah Duli Sultan Johor agar tidak menyertai perhimpunan haram. Kalau dah banyak kali tegur dengan lidah tak berkesan, jawabnya tegur dengan tangan dan tapak kaki mungkin boleh mengubah mereka.
Showing posts with label universiti. Show all posts
Showing posts with label universiti. Show all posts
Monday, October 31, 2011
Tuesday, October 25, 2011
Mahasiswa jangan rasa diri anda bagus
Khabarnya ada puak-puak pelajar yang berdemo bilamana Perdana Menteri hadir di sebuah pusat pengajian tinggi.
Inilah masalahnya bila orang yang menggelarkan diri mereka MAHASISWA dan MAHASISWI merasakan yang diri mereka terlalu bijak dan boleh mentadbir sesebuah negara dengan lebih baik.
Agak malang bila mahasiswa dan mahasiswi terlupa yang tugas utama mereka adalah belajar dan menimba ilmu bukan melolong menentang kerajaan. Tidakkah otak mahasiswa dan mahasiswi yang telah terasuh di pusat pengajian tinggi telah mendidik mereka untuk menjadi seorang yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beretika?
Di dalam berdemo itu alangkah baiknya jika mahasiswa boleh berfikir untuk beberapa ketika bahawa universiti yang mereka belajar itu juga didirikan oleh kerajaan dan PTPTN yang disediakan juga hasil inisiatif kerajaan.
Paling tidak sekalipun mahasiswa dan mahasiswi, ingat-ingatlah bahawa ibu bapa berhabis duit untuk menghantar anda ke universiti. Tujuannya hanya untuk anda menjadi manusia yang berguna dan boleh dibanggakan ibu bapa anda.
Sedarlah diri, bahawa nasi yang anda makan juga masih disuap ibu bapa dan tugas anda adalah belajar. Jika mahu menjadi pemimpin pun lunaskan dulu tanggungjawab anda pada ibu bapa.
Jika gagal dalam pelajaran nanti, apa yang anda akan beritahu pada ibu bapa anda? Salahkah kerajaan jika anda gagal? Kalau hidung masih berhingus jangan bicara soal mentadbir negara. Memimpin keluarga kelak pun anda masih belum tentu mampu.!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)