Showing posts with label syurga dan neraka. Show all posts
Showing posts with label syurga dan neraka. Show all posts
Monday, January 16, 2012
Adakah Asan Ali terlepas syurga?
'Undi PAS masuk syurga, sokong PAS masuk syurga'..Habis bagaimana nasib Asan Ali?
Adakah parasit di kalangan penghuni syurga? Bukankah syurga suasananya damai dan tenang?
Siapa yang berdosa 'menghumban' Asan Ali keluar daripada 'syurga'?
Masa mana pula pemegang kunci syurga membuka pintu syurga untuk menghumban Asan Ali keluar?
Bolehkah kita keluar dari syurga dan kemudiannya memohon untuk masuk semula ke dalam syurga?Taubat?
Asan Ali kata NOT AT ALL untuk masuk UMNO dan UMNO pula nak beritahu Asan Ali..Pinggan tak retak nasi tak dingin, orang tak hendak kita pun tak ingin. Bekas-bekas kita tak main..
Dah pernah jadi Exco kerajaan negeri atas tiket PAS dan pernah dapat gaji atas tiket PAS..Sekarang ada pula parasit..Boleh jadi bingung dengan perangai rakyat PAS dan bekas rakyat PAS..Yang ambil gaji kah parasit atau yang tak dapat gajikah parasit?
Rasa-rasanya siapa yang parasit? Asan Ali jadi Sarjan Hasan dalam cerita P Ramlee lagi baik..
Tuesday, June 7, 2011
Serambi Mekah atau Serambi Asmara?


Hebat negeri Kelantan. Membangun bersama Islam adalah slogan yang boleh dilihat di merata tempat di Kelantan. Serambi Mekah adalah nama jolokan yang sering menjadi kebanggaan pemimpin PAS Kelantan.
Hari ini Harian Metro mendedahkan kisah parkir kereta di Kelantan yang menjadi tempat melampiaskan nafsu. Hebat dan maju benar Kelantan.
Menurut Harian Metro, parkir berkenaan yang mengenakan bayaran RM 2 dijadikan tempat sebagai pasangan memadu asmara. Dan yang lebih menarik, sumber yang mengawal CCTV di parkir berkenaan mendedahkan, pasangan yang selalu kelihatan di situ adalah pasangan yang berkopiah dan bertudung labuh. Takebeer!!!
Mungkin Nik Ajis boleh menjawab isu ini dan jalan yang paling mudah mungkinkah sekali lagi Nik Ajis akan berkata "Allah telah memaafkan mereka".
Lagipun apalah pasangan yang memadu kasih di dalam kereta ini khuatirkan kerana syurga sudah terbentang luas di depan mata.
Soalnya: Undi PAS masuk syurga atau masuk neraka? Kalau surga, syurga yang mana? Syurga di Kota Baharu dan hanya perlu membayar RM 2?
Thursday, January 14, 2010
Nik Aziz: Cerita dalam kain tersingkap lagi

Kata kawan..kawan kawan tak mau lawanlah..Kahhhhhh!!!
Jebat nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada Kickdefella kerana terus berani untuk membongkar satu demi satu kes dalam kain N.Ajis walaupun 'kapak terbang' telah jatuh di rumahnya. Ini adalah suatu perjuangan ikhlas dan anak jantan yang tidak pernah gentar untuk mempertahankan kebenaran.
Apa kata blogger sebelah sana apabila Kickdefella 'menelanjangkan' N.Ajis dengan fakta bahawa wang kerajaan negeri hangus sebanyak 23 juta kerana mengambil langkah yang silap dalam urusan mengendalikan satu projek? Tidak Jebat nafikan dalam hal projek ni kadang kadang akan berlaku kekhilafan tetapi kenapa N.Ajis masih tidak mahu mengaku kelemahan diri dan bermuhasabah diri bahawa dia bukanlah seorang rasul yang maksum lantaran daripada itu tidak seharusnya mengambil sikap menuding jari pada kerajaan seolah olah dia tidak pernah membuat silap.
Tapi khabarnya kerugian itu berpunca dari menantu kesayangan N.Ajis dan semata mata mahu menutup kemaluan dan airmuka N. Ajis. Soalnya..dengan 23 juta wang kerajaan negeri itu berapa banyak kemajuan yang boleh dibuat di Kelantan? Patutlah Kelantan tak maju maju di bawah PAS rupanya banyak sangat kelemahan Menteri Besar. Itu yang Kickdefella telah beritahu pada umum yang masih tersimpan baik di dalam kelambu dan kain N. Ajis tidaklah kita tahu berapa jumlahnya.
KESIMPULAN DARI CERITA KICKDEFELLA INI MUDAH: N.AJIS NI TIDAK ALIM DALAM ILMU AKHIRAT DAN TIDAK JUGA BIJAK DALAM ILMU DUNIA. ADAKAH DIA MASIH LAYAK UNTUK MENJADI MENTERI BESAR? APAKAH DALAM SELURUH NEGERI KELANTAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MAMPU MENGGANTIKAN N.AJIS INI? MUNGKIN RAKYAT KELANTAN TAKUT KERANA KUNCI SYURGA ADA PADA N.AJIS?
Licik benar permainan budak Permatang Pauh yang nak dibicarakan pada 25hb Januari ini berhubung kes tusukan arjuna. Kalau N.Ajis tumbang sebagai Menteri Besar di Kelantan siapakah yang akan menggantikannya? Husam Musa? Kickdefella akan kembali ke pangkuan Husam semula sekiranya Husam menjadi Menteri Besar? Wow..PKR akan dapat lebih banyak kerusi di Kelantan. Jepun mendarat di Tanah Melayu di Kelantan dan nampak gaya PKR nak melebarkan sayap pun di Kelantan. Teori apa ni??
Teori tetap teori dan tidak akan sesekali dapat mengaburi HAKIKAT. Apabila terbuka hijab semua kebenaran akan terhidang di depan mata.
Saturday, October 10, 2009
Bagan Pinang: Giliran muslimut PAS pulak meroyan

CARA CARA ADAB YANG DIAJAR OLEH NIK AJIS MELALUI TOKONG PAS
Seorang rakan baru sahaja dapat SMS dari seseorang. SMS yang agak bangang bunyinya tu kata pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan esok (11hb Oktober) telah ditangguhkan pada 15hb Oktober. Apa punya hamlau..Dia ingat SPR ni macam Nuar Jubur suka tangguh tangguh.
Susah sangat ke nak terima kenyataan yang PAS akan tersungkur lebam dalam pilihanraya Bagan Pinang ni? Baik musibat dan muslimut PAS nampaknya memang susah nak terima kenyataan ni.
Dan sebab susah nak terima kenyataan nilah sifat dan sikap musibat dan muslimut PAS ni sentiasa cemburukan kejayaan dan rezeki orang lain. Jebat pun bukanlah orang yang kaya macam pemimpin yang ada tapi Jebat tetap bersyukur kerana mampu makan dan minum yang secukupnya.Tidak pernah ada rasa irihati pada kejayaan orang lain.
Jebat percaya setiap rezeki yang ada dan dikurniakan itu datangnya dari Allah s.w.t.
Tidak perlu merungut kerana sekiranya kita merungut seolah olah kita tidak bersyukur pada Allah.
Musibat dan muslimut PAS mungkin tidak merasakan ini semua kerana Nik Ajis telahpun menjanjikan syurga biarpun Nik Ajis sendiri entahkan ke syurga atau ke neraka!!!Pun bukan urusan Jebat kerana semuanya kehendak Allah jua..Redha!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)