Showing posts with label siapa bapak syaitan. Show all posts
Showing posts with label siapa bapak syaitan. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Parlimen atau tadika?



Kalau beginilah perangai wakil rakyat aku rasa aku ingin menawarkan diri untuk menjadi calon di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Tak ada standard langsung kalau wakil rakyat berperangai macam budak hingusan.

Konon-kononnya hendak menjadi Perdana Menteri, konon-kononnya hendak menjadi Menteri, kalau amarah dan emosi diri sendiri tidak dapat dikawal, bagaimana hendak menjadi pemerintah? Lagipun, orang yang suka marah-marah ini suka mendengar bisikan syaitan dan iblis. Kalau setakat ujian digantung dari menghadiri sidang parlimen pun tidak terbentung macam mana kalau ujian memerintah negara. Itu belum lagi di dalam kubur.

Rasanya, kalau dialah Perdana Menteri kita, suara rakyat apakah akan didengar? Dalam kelompok yang kecil di dalam Parlimen pun tidak mahu didengar, puluhan juta suara rakyat bagaimana? Adakah dia sentiasa betul? Adakah dia bersifat maksum? Bayangkan kalau orang-orang sebegini mewakili Malaysia ke dalam persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu. Alangkah malunya!!!!

Mereka kata perbuatan menggantung Ketua Pembangkang adalah direka-reka. Tetapi melihat kepada sepanduk yang ada pada masa kekecohan itu, boleh dijangka kemarahan itu sudah siap dirancang. Adakah kemarahan spontan sebegitu boleh disertakan dengan sepanduk?Jadi siapa yang mereka-reka keadaan ini?

Jangan fikir rakyat akan simpati dengan kamu dalam keadaan sebegini. Bahkan rakyat meluat dan malu wakil rakyat mereka berperangai kebudak-budakan.

Jika rasa parlimen sudah tidak dipercayai dan tidak lagi demokratik, jangan sibuk-sibuk menawarkan diri menjadi Ahli Parlimen lagi. Tidak ada orang yang suruh kamu menjadi Ahli Parlimen bahkan kamu sendiri yang terhegeh-hegeh menawarkan diri. Rakyat yang mengundi kamu minta diperjuangkan nasib mereka di Parlimen. Pernahkah kamu menyuarakan masalah pengundi-pengundi di kawasan kamu?

Jangan buat isu baru..isu liwat belum selesai dan isu Wikileaks kamu belum beri jawapan lagi..Aku takkan lupa dengan isu-isu itu. Kalaulah usaha ini sekadar untuk mengalihkan perhatian, lupakan saja.

Apapun tahniah kepada Speaker Dewan kerana tetap dengan keputusannya. Bertindak tegas di masa akan datang pastinya dapat menjamin keharmonian dewan. Jangan biarkan kaduk naik junjung!!!

Saturday, January 9, 2010

Macam macam jenis musibat


Jari musibat mana yang suka tuding tuding? Musibat macam ni yang akan penuhkan NERAKA

Ramai sangat yang jadi musibat di dalam isu penggunaan kalimah Allah.. Yang bakar gereja dah terang terang musibat tetapi tangan yang suka tuding tuding jari pada kerajaan adalah satu lagi musibat yang suka ambil kesempatan untuk temolok politik dia orang.

Benar, tidak semua puak sebelah sana yang tuding jari pada kerajaan tetapi ada segelintir mulut yang macam betina suka suka tuding jari pada kerajaan seolah olah kerajaan yang menggalakkan dan beri lampu hijau untuk meneruskan api kemarahan rakyat terhadap isu penggunaan kalimah Allah ini. Inilah susahnya kalau syaitan dah duduk bertakhta di hati, akan sentiasa berburuk sangka sesama manusia dan hati menjadi sebusuk bangkai walaupun masih bertubuhkan manusia. Apabila kerajaan tegaskan akan menggunakan ISA untuk menghalang mereka yang terlibat untuk mewujudkan keganasan terhadap isu kalimah Allah ini, puak sebelah sana kata ISA tidak perlu digunakan. Yang tak kena dengan bontot dan acuan jumud kau orang terus kau kata tak boleh. Ini yang jadi masalah besar.

Ada pulak puak sebelah yang kata, hanya mereka yang dilindungi berani mengambil tindakan membakar gereja. Siapa yang dia maksudkan? Siapa yang beliau maksudkan menjadi pelindung kepada pembakar gereja tersebut?. Yang membakar gereja tersebut pun kita tidak tahu siapa dan masih bebas diluar sana kenapa harus menuding jari pada kerajaan? Mulut dan tangan yang suka dituding tuding pada orang lain ini jauh lebih bangsat daripada si pembakar gereja. Mungkin si pembakar gereja tidak hipokrit lantas menterjemahkan tindakannya tetapi yang main tuding tuding nampak sangat hipokrit yang suka mengambil kesempatan di dalam keadaan dan golongan seperti ini hanyalah selayaknya menjadi sampah di dalam masyarakat.

Orang yang suka tuding tuding jari ini eloklah kita tuding je jari atas dahi dia..Ala bahasa mudah...tunjalkan aje jari atas dahi musibat ni..dah tua bangka tak reti reti bahasa..Jenis musibat macam nilah..

Monday, October 5, 2009

Bagan Pinang:Buta mata atau buta hati??



APABILA MATA HATI DIKAWAL SYAITAN!!

Apa nak jadi dengan puak puak komplot pakatan jahat ni? Kalau di Bagan Pinang ni mendongak ke langit kita pasti akan dapat melihat kapal terbang dah macam teksi sibuknya. Semuanya pasal Bagan Pinang terletak tak jauh dari KLIA.

Bangga aku lihat dengan kemajuan Malaysia dan membuatkan Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara negara maju lain. Semuanya hasil usaha dan penat lelah pemimpin pemimpin terdahulu dan sekarang di dalam membangunkan Malaysia.

Cuma aku agak hairan kerana puak puak komplot pakatan jahat ni pulak yang nak hancurkan apa yang telah lama kita dirikan. Bukan hendak terus membantu membangunkan negara tetapi apa yang ada pulak hendak dirobohkan. Keamanan, pembangunan, perpaduan dan semua bentuk kebaikan yang Barisan Nasional usahakan selama ni hendah dihancurkan?

Soalnya?? Butakah mata puak puak pakatan gila ni hingga tak boleh melihat apa yang telah negara kecapi di bawah kerajaan Barisal Nasional?

Sebabnya?? Kalau hati di penuhi dengan kebencian, irihati dan sering mendengar bisikan syaitan inilah jadinya. Pemimpin komplot pakatan gila sebenarnya hanya iri hati dengan pemimpin pemimpin BN yang ada..Kalau boleh pemimpin komplot pakatan gila ni nak menduduki kerusi empuk yang dimiliki oleh BN.

Semuanya kerana disebabkan perasaan tamak, tidak tahu bersyukur dan sifat cemburu yang menyebabkan komplot pakatan gila ni jadi sedemikian rupa.

Yang pelik..tukang salak puak komplot pakatan gila ni seolah olah telah dibutakan mata mereka daripada melihat segala bentuk pembangunan dan kemajuan yang telah BN dirikan.

Bila hati dipenuhi bisikan syaitan, pasti mata juga menjadi'buta'..melihat gunalah mata hati dan bukan emosi yang sering terdorong dengan permainan syaitan!!

Bagaimana Nik Aziz?? Hati dipenuhi syaitan???

Tuesday, June 30, 2009

Debat : Nik Aziz dirasuk syaitan

Aku ingatkan dah selesai isu debat antara Nik Aziz a.ka. alim kucing dengan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib. Rupa rupanya kemaruk untuk mengadakan debat ini masih memuncak di dalam hati Nik Aziz. Apa yang beliau ingin buktikan sebenarnya?

Semua orang tahu debat ini tidak akan menjadi jalan penyelesaian biarpun Nik Aziz sibuk mencanangkan bahawa debat ini bertujuan untuk menyelesaikan kemelut antara PAS dan UMNO. Tidak perlu diadakan debat ini sekiranya hanya untuk mencari populariti politik. Tidak bolehkan Nik Aziz yang kononnya alim besar ini mencadangkan untuk berbincang secara empat mata dengan Perdana Menteri tanpa dihadiri oleh mana mana pihak lain? Yang tidak menarik tentang debat ini ianya turut disokong oleh pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain antaranya Tian Chua. Sayugia diingatkan sekalipun benar debat ini diadakan ianya hanyalah untuk kepentingan UMNO dan PAS. Dua buah parti politik terbesar untuk orang Melayu dan Islam Malaysia. Rasanya Tian Chua tak payahlah nak semakkan kepala nak sibuk campurtangan dalam hal ini. Adalah lebih baik jika dia menjaga kain Elizabeth Wong dari terselak lagi.

Rasanya PERBINCANGAN EMPAT MATA antara si alim kucing Nik Aziz dengan Perdana Menteri adalah jauh lebih baik dari debat ini. Itupun sekiranya Nik Aziz benar benar ikhlas di dalam memperjuangkan nasib orang orang Melayu dan Islam. Kerana sedikit sebanyak dari debat itu pasti akan menagih maruah Melayu untuk terus dicalarkan dan diaibkan. Tidakkah si alim kucing ini sedar akan keadaan ini atau sengaja mengada mengada untuk tidak ambil tahu?

Perkara yang ingin dibincangkan di sini sejauh mana Nik Aziz si alim kucing ini ikhlas untuk mengadakan debat ini untuk kepentingan Melayu dan Islam semata mata? Kenapa Hadi Awang Tuan Presiden PAS tidak dimaklumkan tentang keinginan debat ini? Jika kepentingan dalaman iaitu perbincangan awal antara Nik Aziz dan Hadi Awang tentang debat ini tidak diadakan di manakah ikhlasnya Nik Aziz? Adakah beliau merasakan bahawa beliau saja yang arif dan serba tahu dan atas sebab itu beliau membelakangkan rakan rakannya yang lain di dalam PAS? Dan kenapakah beliau berkeras menentang idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh rakan rakan beliau di dalam PAS? Tidakkah beliau sedar bahawa matlamat kerajaan perpaduan ini juga untuk kesejahteraan umat Melayu dan Islam? Tampak benar tidak ikhlas Nik Aziz di dalam isu debat ini. Mungkin idea debat ini datangnya dari kerisauan Nik Aziz yang semakin terpinggir dari ahli ahli PAS. Beliau tidak ubah seperti Quran buruk dari kacamata ahli ahli PAS.

Kita lupakan saja tentang debat ini kerana harga yang terpaksa dibayar untuk debat cukup tinggi iaitu MARUAH MELAYU. Mungkin Nik Aziz sudah terlalu tua justeru suka penulis ingatkan beberapa peribahasa untuk renungan beliau ‘meludah ke langit muka sendiri terkena air ludah’ dan ‘tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri’.

Dulu Nik Aziz tidak seperti ini. Semuanya bermula sejak beliau bersahabat dengan setan setan gondol yang bermata sepet dan si tampuk manggis. Sampai bila beliau akan terus dirasuk oleh syaitan syaitan yang inginkan Melayu berpecah belah? Mudah mudahan Hadi Awang akan dapat mengubati sakit rasukan syaitan yang melanda Nik Aziz si alim kucing ini. Jangan rasukan yang sama turut terpalit pada Hadi Awang juga hendaknya..Sama sama kita tunggu dan lihat.

Tidakkah Anwar mampu mengubati sakit Nik Aziz ini? Lupakan saja budak dari Permatang Pauh ini kerana beliau hanya akan menambah derita yang ada dan perosak yang amat digeruni.

Tenang dan waraslah Melayu!!!!