Showing posts with label Najib. Show all posts
Showing posts with label Najib. Show all posts

Wednesday, May 19, 2010

Sampai ke mana tunduk kita?

Aku heran dan semakin heran melihatkan sikap yang amat menyedihkan kerajaan sekarang ni..Tunduk pada semua keadaan. Baru-baru ini, puak mata sepet terus membuatkan kerajaan kita menjadi sebuah kerajaan yang terlalu menganggukkan kepala dengan setiap permohonan mereka. Lihat sahaja di Sibu, bagaimana kita dibodohkan..lihat sahaja bagaimana kita diperkudakan dengan seribu permohonan dan kemahuan mereka yang akhirnya merugikan kita. Bukan sikit wang kita sumbangkan kepada mereka..tetapi adakah sokongan dan kepercayaan mereka hulurkan kepada kerajaan yang ditunjangi UMNO?

Sekali lagi kita dapat melihat bagaimana kerajaan menganggukkan kepala tanda setuju biarpun amat jelas anggukkan itu akan merugikan rakyat Malaysia bilamana majikan terpaksa membenarkan orang orang gaji mereka memegang pasport. Ya..aku berbicara soal kemahuan pekerja pekerja pembantu rumah Indonesia. Adalah amat malang bila pembantu rumah dibenarkan memegang pasport mereka kerana selama ini pun telinga ini selalu dirobek apabila mendengar majikan terpaksa menanggung akibat kerana pembantu rumah melarikan diri biarpun pasport mereka dipegang oleh majikan. Bayangkan apa yang mampu Indon Indon ini mampu buat bila mereka diberikan hak dan mandat untuk memegang pasport mereka?

Amat pelik bilamana kita sebagai majikan terpaksa mendengar kemahuan pekerja. Adalah amat mendukacitakan kita sebagai negara yang melimpahkan rezeki kepada mereka harus tunduk dengan segala kemahuan mereka. Jika ini tindakan kita, akhirnya jangan hairan sekiranya suatu ketika nanti rakyat Malaysia yang terpaksa mencari rezeki di tempat orang. Benakkah kita sekiranya kita terpaksa membenarkan majikan di Malaysia membayar RM 800 sebulan kepada pembantu rumah Indon? Lembab sangatkah kita dalam perkiraan matematik bila majikan berpendapatan RM 1500 sebulan dikerah untuk membayar RM 800 sebulan kepada pembantu rumah Indon? Siapa yang berkuasa di dalam hal ini? Majikan atau pembantu rumah Indon yang berkuasa?

Selepas dicap sebagai Malingsia dan berbagai kata cerca, wajarkah kita terus tunduk dan tunduk. Kita bukan mahukan sebarang pergeseran, cuma yang kita mahukan dan harapkan biarlah ada sikap hormat menghormati dan tidak terlalu menekan mana mana pihak. Biarlah ada situasi 'menang menang'.

Kerajaan haruslah sedar bahawa rakyat Malaysia tidak lupa akan peribahasa 'kera di hutan disusukan anak dirumah mati kelaparan'. Jangan sampai orang memandang kita seperti 'lembu dicucuk hidung'. Sesekali sekala perlu bertegas jangan sampai kaduk naik junjung!!

Tuesday, April 13, 2010

Hulu Selangor:Perayaan botol

Malam tadi dah diumumkan Zaid sebagai calon PKR di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor pada 25hb ni. Dan kalau tak de apa aral melintang, Barisan Nasional akan umumkan calonnya pada 15hb ni. Hampir semua orang dah tahu dan kalau tak ada sebarang magik atau silap mata calon BN adalah daripada MIC.

Jika keadaan ini berlarutan, maka adalah dijangkakan Hulu Selangor akan menjadi medan tarian botol. Dan taukeh taukeh botol tak kira botol baru atau terpakai akan berlumba-lumba ke Hulu Selangor. Kerana antara dasar yang akan digariskan di Hulu Selangor ini kelak ialah ..BOTOL DIDAHULUKAN, RAKYAT TAK DIPEDULIKAN.

Dan industri mencari botol dijangka akan meningkat dan akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi Hulu Selangor sebanyak 6% untuk suku tahun pertama. Selain dari industri mencari botol, industri sampingan iaitu industri bahan lusuh yang dikitar semula juga harus dititikberatkan kerana botol-botol ini jika tidak diuruskan dengan baik akan membawa wabak penyakit demam denggi.

Kandungan alkohol di dalam botol-botol ini juga haruslah dikawal kerana jika berlebihan akan menyebabkan sindrom baring di tengah jalan sambil memegang bendera. Satu kajian telah dijalankan di negeri Perak bahawa akibat dari terlebih botol ini mengakibatkan manusia bertindak di luar tabiee.

Jadi, rakyat Hulu Selangor haruslah memikirkan di antara pemilik botol hitam atau pemilik botol putih yang mana satukah akan menjadi pilihan. Barang perlu diingat bahawa pemilik botol hitam sudah amat biasa dengan botol-botol tanpa mengira jenis botol tetapi pemilik botol putih hanya bijak di dalam menguruskan botol-botol yang ada jenama. Ini adalah kerana pemilik botol hitam asalnya memang dari Hulu Selangor tetapi pemilik botol yang satu lagi dari mana terbitnya tidaklah diketahui asal-usulnya. Khabarnya dari syurga buatan manusia.

Tuesday, June 30, 2009

Debat : Nik Aziz dirasuk syaitan

Aku ingatkan dah selesai isu debat antara Nik Aziz a.ka. alim kucing dengan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib. Rupa rupanya kemaruk untuk mengadakan debat ini masih memuncak di dalam hati Nik Aziz. Apa yang beliau ingin buktikan sebenarnya?

Semua orang tahu debat ini tidak akan menjadi jalan penyelesaian biarpun Nik Aziz sibuk mencanangkan bahawa debat ini bertujuan untuk menyelesaikan kemelut antara PAS dan UMNO. Tidak perlu diadakan debat ini sekiranya hanya untuk mencari populariti politik. Tidak bolehkan Nik Aziz yang kononnya alim besar ini mencadangkan untuk berbincang secara empat mata dengan Perdana Menteri tanpa dihadiri oleh mana mana pihak lain? Yang tidak menarik tentang debat ini ianya turut disokong oleh pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain antaranya Tian Chua. Sayugia diingatkan sekalipun benar debat ini diadakan ianya hanyalah untuk kepentingan UMNO dan PAS. Dua buah parti politik terbesar untuk orang Melayu dan Islam Malaysia. Rasanya Tian Chua tak payahlah nak semakkan kepala nak sibuk campurtangan dalam hal ini. Adalah lebih baik jika dia menjaga kain Elizabeth Wong dari terselak lagi.

Rasanya PERBINCANGAN EMPAT MATA antara si alim kucing Nik Aziz dengan Perdana Menteri adalah jauh lebih baik dari debat ini. Itupun sekiranya Nik Aziz benar benar ikhlas di dalam memperjuangkan nasib orang orang Melayu dan Islam. Kerana sedikit sebanyak dari debat itu pasti akan menagih maruah Melayu untuk terus dicalarkan dan diaibkan. Tidakkah si alim kucing ini sedar akan keadaan ini atau sengaja mengada mengada untuk tidak ambil tahu?

Perkara yang ingin dibincangkan di sini sejauh mana Nik Aziz si alim kucing ini ikhlas untuk mengadakan debat ini untuk kepentingan Melayu dan Islam semata mata? Kenapa Hadi Awang Tuan Presiden PAS tidak dimaklumkan tentang keinginan debat ini? Jika kepentingan dalaman iaitu perbincangan awal antara Nik Aziz dan Hadi Awang tentang debat ini tidak diadakan di manakah ikhlasnya Nik Aziz? Adakah beliau merasakan bahawa beliau saja yang arif dan serba tahu dan atas sebab itu beliau membelakangkan rakan rakannya yang lain di dalam PAS? Dan kenapakah beliau berkeras menentang idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh rakan rakan beliau di dalam PAS? Tidakkah beliau sedar bahawa matlamat kerajaan perpaduan ini juga untuk kesejahteraan umat Melayu dan Islam? Tampak benar tidak ikhlas Nik Aziz di dalam isu debat ini. Mungkin idea debat ini datangnya dari kerisauan Nik Aziz yang semakin terpinggir dari ahli ahli PAS. Beliau tidak ubah seperti Quran buruk dari kacamata ahli ahli PAS.

Kita lupakan saja tentang debat ini kerana harga yang terpaksa dibayar untuk debat cukup tinggi iaitu MARUAH MELAYU. Mungkin Nik Aziz sudah terlalu tua justeru suka penulis ingatkan beberapa peribahasa untuk renungan beliau ‘meludah ke langit muka sendiri terkena air ludah’ dan ‘tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri’.

Dulu Nik Aziz tidak seperti ini. Semuanya bermula sejak beliau bersahabat dengan setan setan gondol yang bermata sepet dan si tampuk manggis. Sampai bila beliau akan terus dirasuk oleh syaitan syaitan yang inginkan Melayu berpecah belah? Mudah mudahan Hadi Awang akan dapat mengubati sakit rasukan syaitan yang melanda Nik Aziz si alim kucing ini. Jangan rasukan yang sama turut terpalit pada Hadi Awang juga hendaknya..Sama sama kita tunggu dan lihat.

Tidakkah Anwar mampu mengubati sakit Nik Aziz ini? Lupakan saja budak dari Permatang Pauh ini kerana beliau hanya akan menambah derita yang ada dan perosak yang amat digeruni.

Tenang dan waraslah Melayu!!!!