Showing posts with label parpukari. Show all posts
Showing posts with label parpukari. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Mahathir berjasa..Aspan Alias juga berjasa


Rasanya di dalam Malaysia bahkan di dalam dunia seperti yang dicoretkan oleh blogger otai Aspan Alias berhubung membuat jasa ada benar dan ada logiknya. Tidak kira siapa dan apa kedudukan individu itu semuanya pasti menaburkan jasa kepada negara..Sama ada di dalam konteks jasa positif dan jasa negatif ianya tetap dianggap sebagai jasa.

Sinis benar blogger otai Aspan 'menghitung' jasa Mahathir. Dan anggap sahaja apa yang dinukilkan adalah jasa blogger otai Aspan kepada pembaca blognya. Juga boleh dianggap jasa walaupun nukilan blogger otai Aspan itu mungkin sedikit menghiris perasaan pencinta Tun Mahathir seperti blogger Parpukari.

Blogger otai Aspan Alias juga tidak kurang jasanya..Jasa kepada keluarga, jasa kepada orang kampung bahkan mungkin jasa pada negara.

Cuma yang perlu kita congakkan adalah sebesar mana jasa yang telah kita sumbangkan. Mengkritik orang juga adalah suatu jasa jika kritikan itu adalah kritikan yang membina. Kritikan yang sekadar ingin membuka pekung dan menghiris perasaan juga boleh dianggap sebagai jasa walaupun ianya tidak lebih dari jasa yang tidak bermanfaat sama sekali.

Artikel blogger otai Aspan yang bertajuk 'semua orang tidak ada jasa kecuali Tun Mahathir' membuatkan aku berfikir bahawa otai Aspan amat sinis orangnya bila 'berkata-kata'. Pemikiran itu lantas menjuruskan aku untuk berfikir bahawa siapakah individu yang sebenarnya telah membawa Malaysia untuk berdiri segagah ini. Mungkin Tun Mahathir atau mungkinkah blogger otai Aspan?

Pokoknya, seluruh rakyat Malaysia harus tahu menabur jasa atau setidak-tidaknya tahu mengenang jasa!!

Thursday, December 23, 2010

Keretapi vs Menteri..Tahniah


Kasihan dan simpati..Dalam keadaan ada blogger sedang berjuang bermati-matian mencari isu untuk dibawa ke medan perang pilihanraya terutamanya di dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang ada pula blogger kita sendiri yang sedang seakan menahan usaha ini. Tujuan dan matlamat? Aku sendiri tidak tahu.

Dalam dunia siber dan media baru, digemparkan dengan pendedahan, projek dengan isteri orang di dalam koc keretapi..satu tamparan yang hebat kepada pimpinan sebelah sana. Dan pastinya pendedahan isu koc keretapi ini memerlukan usaha yang bukan sedikit. Malangnya..'peluru' yang disediakan ini didatangi pula oleh kereta kebal yang menahan 'peluru' koc keretapi ini dari meletus. Samalah seperti peluru berpandu Scud yang didatangi oleh peluru berpandu Patriot di dalam Perang Iraq-US.

Yang hebatnya di dalam isu ini..Blogger kita yang menyediakan peluru, blogger kita juga yang menahan peluru itu dari terus pergi ke sasaran. Isu koc keretapi berhadapan pula dengan isu Menteri projek dengan pembantu rumah. Keliru atau apa masalahnya aku sendiri sedang menggaru kepala memikirkannya.

Amarah yang marah?Tidak puashati?Hits? Arghhhhhhhh...macam-macam yang sedang berlegar di dalam kepala aku....

Secara peribadi aku berpandangan..siapa jua bebas memberi pandangan..Biar putih tulang, jangan putih mata..malangnya..sahabat-sahabat sendiri yang sedang memutihkan mata kita sendiri!!

Aduhai..bijak memang bijak tindakan ini..Teruskan usaha melawan arus ini kalau itulah yang dirasakan boleh memberi kepuasan hati..Benarlah pepatah orang tua..IKUT NAFSU LESU, IKUT HATI, MATI!!!!

P/s: Wikileaks dengan Wikileaks...rasanya tidak perlu disambut pendedahan tu..busuk bau pekung sendiri siapa nak tolong lubang hidung?Ahmad Nisfu?

Tuesday, November 30, 2010

Blogger kurap?

Aku ingat Pemuda UMNO Malaysia saje yang diklasifikasikan sebagai geng dan puak elitis..Rupanya ada jugak bloggers yang dianggap elitis oleh blogger lain..Lagi fenomena baru dalam Malaysia..

Ada yang mengeluarkan istilah blogger nyamuk dan blogger elitis..Siapa yang klasifikasikan atau mengkategorikan blogger sama ada nyamuk atau elitis?Alexa? Boleh ke kita percaya dengan ranking?Kalau hari-hari kita klik blog sendiri mesti naik ranking..Jadi pulak elitis yang masuk bakul angkat sendiri...Tak ikhlas dan hipokrit namanya tu....

Soal elitis tak elitis ni timbul dalam satu forum tertutup seperti yang Dato' Zaini Hasan katakan dalam kolum Cuit Utusan Malaysia. Mungkin ada yang berasa kecil hati kerana tidak dipanggil hadir ke forum tu..Ada benarnya..Tapi rasanya kalau soal kecil hati menjadi isu, bukan semua yang harus dipanggil hadir ke majlis itu..Sebabnya? Sebabnya bilangan blogger yang mesra-kerajaan sekarang ni seperti cendawan tumbuh selepas hujan..Boleh buat di Stadium Nasional Bukit Jalil..Mungkin akan dibuat secara berperingkat.

Pada aku soal dipanggil atau tidak ke forum itu tidaklah seharusnya dijadikan satu isu. Kepentingan perjuangan yang dipentingkan atau perjuangan mencari nama dan hits yang diutamakan? Seeloknya kita anggap saja, perjuangan menulis mempertahankan negara ini sebagai satu ibadah yang pastinya dijanjikan pahala. Itu yang lebih penting.

Matlamat utama adalah untuk menang dalam Pilihanraya Umum ke 13..Tiada yang lebih penting dari itu. Kepada yang dijemput hadir ke forum tertutup itu..janganlah pula mendabik dada dan beranggapan 'akulah blogger tersohor'. Apalah gunanya hits mencecah jutaan sekiranya Barisan Nasional gagal dalam pilihanraya. Kepada yang dikategorikan sebagai blogger elitis, jenguk-jenguk dan intai-intailah nyamuk di bawah. Jangan sudah berada di langit tanah dipijak terus dilupakan.

Kepada nyamuk-nyamuk di bawah..Buang saje rasa rendah diri..Duduk semeja dan saling menghormati. Anggap saje blogger elitis sebagai komandan perang dan sebagai 'abang' yang pastinya ada ego sendiri. Kalau pandai mengambil hati 'abang'..rasanya kasih abang pada adik pastinya ada. Cuma harapan 'abang' tidaklah kedekut ilmu.

Aku yang langsung tidak ada hits tidak pernah kecewa atau rasa terpinggir. Pada aku kasih pada Barisan Nasional dan UMNO itu yang aku utamakan. Biarpun sedemikian keadaannya...aku masih duduk semeja dengan blogger elitis dan blogger nyamuk kerana pada aku, perjuangan yang aku junjung adalah sama dengan mereka..MEMENANGKAN BARISAN NASIONAL DAN UMNO. Pada aku, blog adalah tempat menzahirkan rasa dan perasaan yang tidak mungkin boleh aku luahkan pada kerajaan dan orang lain..Biar tidak dibaca..setidak-tidaknya aku puas..Marah dan perasaan geram jangan disimpan..hanya akan menjadi barah.

Katalah apa saje..nyamuk atau elitis..aku tidak pernah hairan kalau aku dikategorikan sebagai banjingan atau kurap kerana aku hanya mengharapkan kemenangan Barisan Nasional dan UMNO sekaligus keamanan Malaysia. Memadailah jika apa yang aku lakukan ini hanya mendapat restu dan keredhaan Allah s.w.t..

Elitis dan nyamuk...Damai-damai saja antara kamu.

Aku menulis bukan kerna nama!!!!!!!

Thursday, October 14, 2010

Rais-Rocky: Musibat apakah ini?

Orang nak berbaik ada pulak bloggers yang cuba menjadi batu api. Separuh mati aku usahakan agar didamaikan Rocky-Rais. Tapi musibat-musibat di luar sana seakan tidak boleh terima usaha pelan perdamaian ini. Entah apa yang ada dalam kepala dia orang aku pun tak tahu. Nak jadi jaguh atau nak tunjuk handal.

Blogger anotherbrickinwall.blogspot.com kau memang suka jadi batu api ke? Kau rasa dengan apa yang kau tulis tu akan memberhentikan usaha aku untuk mendamaikan Rocky-Rais? Kau silap bro..makin kuat kau jadi batu api makin kuat aku usahakan pelan damai ni. Apa nak jadi, jadilah Eh! lupa pulak aku..nama blog kau pun dari spesies batu, apa nak heran kalau kau memang batu.

politikputramerdeka.blogspot.com/2010/10/rais-bodoh.html
..kau ni apa hal? Masa isu ni panas kau tak mau komen pulak..bila benda dah nak reda masa tu lah kau datang menyemak..Kau pun dari jenis spesis batu api ke? Spesies spesies batu api macam kau ni boleh kena sambar api petir bro..Macamlah kau pernah masuk dalam Angkasapuri tu dan tau macam macam hal..ke kau dah jadi spesies ahli nujum pulak?

aspanaliasnet.blogspot.com/2010/10/rocky-saudara-tidak-kesaorangan-bro.html pulak sibuk lambung Rocky dan hentam Rais. Macamlah dalam dunia ni takde satu jenis kebaikan pun yang Rais buat. Orang kalau tak suka bro, sebesar gunung pun kau buat kebaikan tetap dipandang taik..Kalau orang dah suka, yang taik pun boleh jadi wangi..

parpukari.blogspot.com ..penganalisa politik tersohor tanahair ni nampak gaya macam pening kepala..Rocky dianggap sebagai sifu dalam dunia blogging..ala macam M.Nasir dalam dunia muzik la ala-alanya. Sampai Parpukari nak bakar jambatan dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Kau ingat ingat Parpu Jambatan Bosi kek Batu Kikir tu boleh ke terbakar? Namo pon eh bosi..takdo terbakar de..Macam pernah dengar ayat ni..tapi di mana ye?

Udah-udah le kau orang ni..jangan jadi batu api..Susah sangat ke kau orang nak membawa sedikit kebaikan dalam hidup kau orang..Jangan sibuk nak intai salah orang lain..jangan sibuk jaga tepi kain orang..susah sangat ke nak tengok Rocky-Rais bersalaman tanda berdamai..Ala salam macam kau orang buat masa Hari Raya hari tu..Ke sebagai pahlawan blogger dunia maya kau orang dah lupa cara nak bersalam? Namo eh alam siber..adat Melayu tetap Melayu..Payah bonar..Berpijak je pada dunia nyata...

p/s: Kau orang marah dengan apa aku tulis? Kau marah pun aku peduli apa..Aku rasa kau orang yang dari spesies batu api takkan marah pasal aku tak ada kaitkan perjuangan alam media maya kau dengan kaum keluarga kau orang..Yang Rais melenting sampai buat laporan polis bila ada nama keluarganya yang dikaitkan..Sendiri mau ingat..

Tuesday, February 23, 2010

Taktik yang makan diri?

Pemuda Pakatan Rakyat tampaknya berang dengan tindakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang didakwa mengoyakkan surat cabaran berdebat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang. Pemuda UMNO Pulau Pinang tidak mahu berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat sebaliknya mahu berdebat dengan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang berasal dari Melaka. Ada benarnya dengan hujah dan keinginan Pemuda UMNO Pulau Pinang untuk berdebat dengan Ketua Menteri dan bukan Pemuda Pakatan Rakyat kerana dasar negeri yang dibuat adalah oleh Ketua Menteri dan bukan Pemuda Pakatan Rakyat. Jadi kalau KetuaMenteri yang berdebat pastinya hujah-hujah yang dikeluarkan adalah lebih jelas dan terang. Sesuai benarlah kalau Lim Guan Eng yang berdebat dan bukan Pemuda Pakatan Rakyat. Jika tidak segalanya akan jadi lebih keliru.

"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.--ini petikan dari kata-kata Ketua Dewan Pemuda PAS yang dipetik dari Harakahdaily.

Berdolak dalik? Macam biasa Jebat tengok ayat dan taktik berdolak dalik ni..Siapa yang dalam Malaysia paling pandai mencari alasan dan berdolak-dalik?Siapa yang paling handal dalam hal tangguh menangguh ni? Siapa yang paling pandai salahkan orang dalam Malaysia ni? Sedap ayat Ketua Dewan Pemuda PAS tu kata 'JikaUMNO benar usah berdolak dalik'. Ini serupalah macam pulang paku buah keras 'Jika benar jangan tangguh nak ke mahkamah'. 'Jika benar apa perlu ditangguh'. 'Kalau boleh mohon tukar hakim takkan nak mintak tukar pendebat tak boleh'. Takkan double standard pulak bro...


Monday, February 22, 2010

Betul ke karier politik Khairy sampai ke garisan penamat?

Meninjau-ninjau portal Serakahdaily, Jebat terbaca suatu artikel bertajuk 'Hikayat Terakhir Khairy dalam UMNO' yang dikupas dengan agak baik oleh penulisnya. Perkaitan antara beruk dan pokok dan beruk mana yang menggoncang pokok diolah dengan peradaban yang sempurna.
Berbalik kepada persoalan apakah Khairy sudah sampai ke penghujung karier politiknya, Jebat ada mendengar khabar yang beliau teruk didesak oleh barisan Exconya sendiri supaya melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana dikatakan gagal mengemudi Pemuda. Ada Exco yang kata dah dekat setahun barisan Exco dibentuk tetapi cuma baru dua kali bermesyuarat. Mesyuarat exco ni walaupun sekadar namanya mesyuarat tapi penting untuk membincangkan hala tuju dan aktiviti yang sewajarnya diadakan.Kalau tidak, pastinya Pemuda masih lagi ditakuk lama dengan aktiviti-aktiviti bersih kubur, futsal dan lain-lain aktiviti yang sinonim dengan Pemuda. Soal perjuangan bangsa haruslah merupakan suatu agenda yang tidak boleh terkeluar dari kotak pemikiran Pemuda.
Beberapa siri pilihanraya kecil yang diadakan pada tahun lepas, sekali lagi keupayaan Pemuda di bawah pimpinan Khairy teruji. Yang paling tidak enak di dengar ialah apabila ada suara-suara sumbang yang tidak enak didengar apabila mengatakan bahawa kewujudan dan kehadiran Khairy ke lokasi pilihanraya tidak dialu-alukan oleh pengundi kawasan tersebut dan kehadirannya hanya akan menyumbang kepada kekalahan parti. Ini suara banyak yang didengar. Sejauh mana benar, Jebat serahkan kepada anda semua untuk menilai.
Sebenarnya, banyak cerita-cerita negatif tentang Khairy yang banyak orang telah sedia maklum dan dalam ruangan blog yang naive ini cukuplah kita membicarakan beberapa kerat perkataan yang hakikatnya ramai telah sedia maklum.
Apalah yang perlu diungkapkan perkara-perkara negatif tentang seseorang yang pastinya akan menjatuhkan airmukanya..kata orang hanya akan mendapat dosa kering. Tetapi apa pula yang seharusnya dilakukan oleh orang yang dimaksudkan dengan cerita-cerita negatif tentang dirinya..Seperti tajuk lagu..Jikalau orang tak suka apa..Langkah sebaiknya ' Ku bermohon diri'..

Tuesday, February 16, 2010

Akhirnya Pemuda UMNO menjadi hero?

Jebat mendapat perkhabaran dari orang kuat Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkenaan dengan demo aman yang akan diadakan esok di Kedutaan Australia untuk membantah dan menyerahkan memorandum bantahan terhadap 50 orang MP Australia yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat ke atas Nuar Berahim. Jebat yang tak pandai soal perundangan ni pun hairan..kes liwat ni siapa lawan siapa? Saiful lawan Nuar ke Kerajaan Malaysia lawan Nuar? Siapa plaintif dan siapa defenden? Yang si bodoh 50 orang MP ni nak menyemak kenapa pulak?Menyemak tu satu hal tapi sapa pulak yang menjemput bahalol 50 ni masuk campur? Kata orang tua-tua..nak cari yang salah cari puncanya...Lagipun dia orang ni mat salleh..setakat main-main jubo ni mana ada hal..

Berbalik kepada jemputan dari orang kuat Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni (siapa eh Ketua Pemuda UMNO Malaysia..Jebat hampir-hampir lupa pasal selama ni Pemuda UMNO nampak macam dah jadi macam stok beku dalam peti ais tu). Sebenarnya Jebat dah dapat jemputan untuk ke demo aman tu dua hari lepas dari rakan-rakan. Baru malam ni Jebat dapat jemputan dari orang kuat Ketua Pemuda UMNO Malaysia tu. Khabarnya PERKASA terlebih dulu membuat rancangan demo aman ni. Tak kisahlah siapa dulu. Akhirnya bergerak jugak Pemuda UMNO ni setelah nyenyak tido berbulan-bulan lamanya. Ada blog yang kata Pemuda tumpang aktiviti PERKASA. Jebat rasa ada benarnya. Dah macam-macam hal berlaku, Pemuda tak pernah ke depan untuk bersuara. Tido nyenyak sampai berdengkur meleleh air liur basi pulak tu. Kalau Pemuda UMNO pusat macam ni, macam mana agaknya Pemuda UMNO Bahagian dan Pemuda UMNO Cawangan? Sibuk main futsal dan bersihkan tanah kubur ke?Kan ke itu antara aktiviti wajib Pemuda UMNO..Soal perjuangan ni..simpan-simpan je lah ye..

Jebat ada menghubungi seorang kawan untuk ajak dia meninjau-ninjau demo yang akan diadakan tu. Selamba dia jawab.."Kalau setakat Pemuda UMNO yang buat adalah 30 orang yang datang" ceh..lahanat betul jawapan kawan Jebat tu walaupun Jebat tergelak sakan dengan jawapan dia. Ada benarnya..Tapi mengikut sumber yang boleh dipercayai program esok akan melibatkan PERKASA. Kalau PERKASA memang ramai yang akan turut serta dalam program tu. PERKASA dah banyak kali membuktikan yang mereka mampu menarik orang ramai turut serta dalam program yang dia orang anjurkan. Agaknya pasal tu lah Pemuda UMNO Malaysia kelam kabut nak turut serta. Boleh jugak tumpang semangkuk jadi popular kan.

Tak apalah..Jebat nak gosok baju untuk ke program tu esok. Mestilah kena gosok kemeja linen kan nak join Pemuda UMNO Malaysia..dah kira uniform tu...hehehe..Gurau je..manalah Jebat ada baju linen..rakyat marhaen macam Jebat tak mampu nak ada baju tu..Parpukari khabarnya ada banyak baju linen..hehehe...gurau je bro...jumpa di sana salam cium tangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia..huhuhu..Mana nak patuk?