Showing posts with label Labis. Show all posts
Showing posts with label Labis. Show all posts

Monday, January 10, 2011

Sudah tenang mari kita fokus ke Tenang


Alhamdulillah selesai sudah kemelut yang melanda Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Rasanya tidak perlu diungkit atau dibahaskan lagi.

Perlu kita sedar ada 'medan tempur' yang sedang menunggu kita di Tenang. Daripada kita bergolak sesama sendiri alangkah eloknya jika kita bergerak sederap seirama memperjuangkan kemenangan Barisan Nasional sekaligus membentuk keyakinan di dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.

Isu-isu yang berbangkit pada masa ini adalah 'modal ciptaan' puak sebelah sana sebagai bahan kempen murahan di dalam menarik perhatian pengundi Tenang. Perlu kita tangani setiap isu ini dengan bijak dan waras.

Sebut sahaja setiap apa yang berlaku dewasa ini pastinya puak Pakatan jelmakan dengan agenda politik yang akan menguntungkan mereka. Apa sahaja yang berlaku seolah-olah Barisan Nasional punya angkara. Jangkaan mereka cukup jauh di dalam merencanakan agenda politik murahan mereka.

Ibarat tin kosong, puak Pakatan haruslah sentiasa 'membunyikan dan menyanyikan' sebarang lagu untuk terus kekal di hati rakyat jika tidak momentum pergerakan mereka akan lenyap di telan masa. Justeru itulah, Pakatan terpaksa menyanyi dan terus menyanyi sebelum mereka tersembam ke bumi.

Kita sama-sama hadapi mainan politik murahan ini dan jangan kita turut sama mengalunkan lagu sumbang nyanyian Pakatan.

Ayuh..kita lakar sejarah seterusnya di Tenang..Insyaallah Barisan Nasional akan tenang-tenang saja di Tenang..

Thursday, December 23, 2010

Keretapi vs Menteri..Tahniah


Kasihan dan simpati..Dalam keadaan ada blogger sedang berjuang bermati-matian mencari isu untuk dibawa ke medan perang pilihanraya terutamanya di dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang ada pula blogger kita sendiri yang sedang seakan menahan usaha ini. Tujuan dan matlamat? Aku sendiri tidak tahu.

Dalam dunia siber dan media baru, digemparkan dengan pendedahan, projek dengan isteri orang di dalam koc keretapi..satu tamparan yang hebat kepada pimpinan sebelah sana. Dan pastinya pendedahan isu koc keretapi ini memerlukan usaha yang bukan sedikit. Malangnya..'peluru' yang disediakan ini didatangi pula oleh kereta kebal yang menahan 'peluru' koc keretapi ini dari meletus. Samalah seperti peluru berpandu Scud yang didatangi oleh peluru berpandu Patriot di dalam Perang Iraq-US.

Yang hebatnya di dalam isu ini..Blogger kita yang menyediakan peluru, blogger kita juga yang menahan peluru itu dari terus pergi ke sasaran. Isu koc keretapi berhadapan pula dengan isu Menteri projek dengan pembantu rumah. Keliru atau apa masalahnya aku sendiri sedang menggaru kepala memikirkannya.

Amarah yang marah?Tidak puashati?Hits? Arghhhhhhhh...macam-macam yang sedang berlegar di dalam kepala aku....

Secara peribadi aku berpandangan..siapa jua bebas memberi pandangan..Biar putih tulang, jangan putih mata..malangnya..sahabat-sahabat sendiri yang sedang memutihkan mata kita sendiri!!

Aduhai..bijak memang bijak tindakan ini..Teruskan usaha melawan arus ini kalau itulah yang dirasakan boleh memberi kepuasan hati..Benarlah pepatah orang tua..IKUT NAFSU LESU, IKUT HATI, MATI!!!!

P/s: Wikileaks dengan Wikileaks...rasanya tidak perlu disambut pendedahan tu..busuk bau pekung sendiri siapa nak tolong lubang hidung?Ahmad Nisfu?